BAB 34

4.6K 151 1
                                    


Adra melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah setelah penat seharian. Pagi pusing-pusing Alor Setar, petang terkejarkan flight, dan sekarang pukul 10 malam baru sampai rumah. Tadi sampai je KLIA, Hasif minta temankan dia sekejap, ada urusan di sana. Lepastu, pergi makan dan sekarang, ya aku di sini, dah landing atas katil dah pun.

Nasiblah aku ni seorang pekerja di darat saja, kalau aku terbang macam Hasif, mahu mati keletihan aku ni.

Dirinya memang begini, cepat letih dan penat. Entah makan apa entah kecil-kecil dulu. Tiba-tiba dah tua bangka ni jadi macam ni. Hahaha.

Tet tet.

Satu pesanan ringkas masuk. Tangan terus mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di meja sisi katil.

Ini mesti Mia...

Ha'ah kan? Baru perasan Mia tak ada tadi.

Pantas saja ibu jari menyentuh punat bulat iPhonenya dan mesej tadi terus terbuka.

Tahniah atas pertunangan kau. Kau tak akan bahagia, Adra. Kau milik aku. -Unknown.

Kening terus berkerut. Jantung terus berdegup laju. Tak sedap hati. Ahhh siapa pula ni? Salah number ke? Tapi, betullah aku Adra.

Hati terus tak keruan. Didail number Hasif dan satu saat... Dua saat... Tiga saat... Panggilan disambung.

"Ya, sayang?" Suara Hasif kedengaran.

"Awak kat mana?" Adra terus bertanya laju.

"Atas highway lagi, sayang. On the way balik rumah. Jauh lagi. Kenapa, sayang?" Hasif bersuara pelik.

"Oh... Em... Takpelah, drivelah dulu. Nanti dah sampai rumah, bagitahu tau. Drive safe sayang. Jaga diri. I love you." Adra rasa macam... Takut pula Hasif risau. Jadi takpelah. Kejap lagi aku bagitahu dia, bila dia dah sampai rumah dengan selamat.

"Sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Takdelah. Saja tanya awak kat mana. Nanti dah sampai, call tau. Take care, I love you."

"I love you too, sayang." Seraya itu Hasif mematikan panggilan.

Adra kembali berbaring di atas katil. Hatinya jadi tak sedap. Ada orang nak apa-apakan Hasif ke? Tapi dengar suara Hasif elok saja. Atau ada orang nak apa-apakan aku?

Bang!

Bunyi pintu dihempas kuat.

Terlempar telefon di tangan Adra jatuh ke bawah. Terkejut!

Adra terus bangun, bergegas mendapatkan kayu besbol yang dah disediakan dia belakang almari, seraya itu terus melangkahkan kaki ke arah pintu biliknya.

Kaki dilangkah perlahan-lahan.

Sesampainya di pintu bilik, telinganya ditekapkan di pintu, untuk mendengar bunyi di luar. Terdengar bunyi televisyen dipasang. Dahinya berkerut.

10 saat... 20 saat... 30 saat... Tiada apa-apa yang aneh.

Dah cukup seminit, pintu itu dibuka perlahan-lahan. Adra menjenguk sedikit ke luar, terlihat susuk tubuh seseorang melintas.

Tangan yang memegang kayu besbol digenggam erat, dan...

"Siapa kau?!"

Lantas orang itu menoleh.

"Kau ni dah kenapa?" Mia mengerutkan dahi. Gila ke minah ni?

Adra terus menghembus nafas lega. Bodoh lah Mia ni! Macam pencuri! Asal pakai macam tu?

Matanya menilik pemakaian Mia, atas sampai bawah. Rambut disanggul rapat. Sweater besar menyarung tubuh dan kepala, serta seluar jeans koyak.

"Kau dari mana? Asal pakai macam ni?"

"Aku sejuk lah. Kan musim hujan sekarang ni. Yang kau apahal sampai kayu besbol bagai ni? Tak kenal housemate sendiri dah?" Mia tergelak.

"Aduh Mia. Tak tahu lah. Aku rasa cuak sangat tadi." Terus kaki Adra dilangkah mendekati sofa dan badannya direbahkan di atas sofa. Mia pula duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Mia memandang aku. Aku jadi makin tak sedap hati. Patut ke aku cerita dekat Mia?

Okay patut!

"Mia, aku nak cerita something dekat kau." Aku mendekati Mia.

"Okey apa?" Mia juga buat muka serious.

"Firstly, aku nak cakap aku dah tunang."

"Whatthe...h? Dengan siapa?!" Mia dah ternganga. Yelah. Aku tak bagitahu dia pun Hasif, kekasih aku yang hilang dah kembali.

"Adalah. Yang tu tak penting. Yang penting sekarang ni, ada orang tiba-tiba mesej aku tadi." Adra terus bangun berlari ke bilik, dan datang semula ke ruang tamu.

Telefon di tangan, disuakan kepada Mia.

"Ada orang mesej aku ni." Mesej tadi dibuka.

Dahi Mia dah berkerut seribu. Kemudian dia memandang aku tidak berkelip. Aku pun sama. Tak berkelip juga!

"Kau ada musuh ke?" Mia bertanya tiba-tiba.

"Mana ada. Aku kawan pun tak ramai. Mana datangnya musuh?"

"Kau tolak pinangan sesiapa ke?" Mia bertanya lagi.

"Mana ada..." Suara Adra sedikit mengendur.... "Ada...." Adra tiba-tiba tukar jawapannya.

"Tapi dia tak pinang aku pun. Dia cakap dia cintakan aku je." Adra menerangkan lagi.

Mia terdiam.

"Kenapa? Kau rasa dia ke buat semua ni?" Adra terus rasa makin tak sedap hati.

"Aku tak pasti... Tapi dia tahu kau bertunang, dan dia mesej macam tu lepas kau balik rumah. Bukan masa kau kat sana. Aku rasa dia ikut kau. Kot?" Mia membuat andaian. Andai andaiannya benar, Adra dalam bahaya.

"Kau kenal mamat tu?"

"Dia bos aku."

"Bos kau?! Eish. Bebetul la?" Mia pula terbeliak mata.

"Dia je yang aku tolak cinta. Tapi tak sangka dia nak bereaksi sampai macam ni." Adra meraup mukanya.

"Kau sure? Dia tahu ke kau tunang? Kau bagitahu?"

Apasal soalan minah ni dah macam polis pencen. Semua dia tanya, ada gaya nak jadi polis!

"Tak bagitahu..."

"Okey. Kau dah bagitahu mesej ni dekat tunang kau?"

"Belum. Aku rasa aku nak siasat dulu siapa, baru bagitahu dia. Tunang aku tu panas baran sikit, kang aku tuduh bos aku tu, lunyai mamat tu." Adra mula berfikir secara rasional.

"Kau betul ke ni? Bahaya nanti kalau dia tak tahu."

"Nanti aku bagitahu dia."

"Adra, mana-mana kau pergi, just hati-hati." Mia berpesan.

"Aku tak risau dengan aku, aku risau dengan tunang aku. Kalau mamat tu nak aku, maksudnya dia takkan apa-apakan aku? Betul tak?"

Ya... Pandai-pandai buat assumption. Tapi logiklah kan!

"Esok kau pergi kerja macam biasa, buat macam tak ada apa-apa berlaku. Kalau betul bos kau lelaki tu, dia mesti tahu sesuatu. Jaga diri, Ra." Mia memeluk aku.

"Okey, Mia. Aku cuba esok. Apa-apa hal aku inform kau. Oh anyway, ini number phone tunang aku, in case apa-apa jadi." Aku memberikan number Hasif kepada Mia. Entah kenapa, rasa nak berbuat begitu. Mia juga mengangguk.

Aku pandang Mia lama. Aku lupa pula kekasih Mia seorang inspektor. Patut perempuan ni dah macam polis pencen! Haha!

Lega sedikit rasa. Sekurang-kurangnya, aku ada Mia.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now