BAB 12

6.3K 217 0
                                    


Hasif bangun dari tidur, terus masuk ke bilik mandi. Dah pukul 9 pagi. Aku janji nak balik rumah mama awal pagi harini. Tapi letih sangat semalam, aku cuma bangun solat subuh pagi tadi, lepastu pengsan balik.

Selepas mandi, aku keluar dan terus ke ruang baju bilik ini. Aku asingkan dari bilik tidur, senang. Sebabkan aku bujang dan seorang je kat rumah ni, aku agak malas. Malas sangat. Ni kalau mama datang, habislah aku kena bebel.

Sejak aku beli rumah ni, hujung minggu ataupun semasa aku off day, aku balik rumah mama. Kalau tak, aku hanya di awanan.

Aku beli rumah ni pun baru setahun. Agak berdekatan dengan KLIA. Senang aku nak pergi kerja. Takdelah kelam kabut sangat. Tapi takdelah dekat sangat, dalam 30 minit juga.

Semua aku punya sekarang, satu saja belum aku miliki, Adra.

Adra, awak kat mana? Penat saya cari awak.

Saya dah janji lepas saya bekerjaya, mampu tanggung awak, saya nak melamar awak. Tapi kenapa awak hilang macam ni, sayang? Awak tak kesian kat saya ke?

Hasif yang sedari tadi menyiapkan diri, sedikit termenung dan dia duduk di sofa yang disediakan di ruang baju itu. Haih. Kepala aku kalau fikir pasal ni, mesti serabut.

Apa aku dah buat? Kenapa Adra buat macam ni kat aku? Kenapa?

Habis saja melayan perasaan, terus kunci di atas meja dicapai dan kaki melangkah keluar dari bilik, menuruni tangga dan keluar dari rumah. Enjin dihidupkan dan Hasif meneruskan perjalanan.

Sampai saja di rumah mama, mama sudah pun menunggu di taman bunga kecil bersebelahan porch. Aku turun, dan menyalami mama.

"Lewat Sif harini? Jem ke?" Mama memerli.

"Mana ada jem, ma. Sif bangun lambat. Letih sangat." Hasif tersengih.

"Semalam fly pergi mana?" Mama membuka topik.

"Ho chi minh, ma. Mama nak pergi beli barang dapur ke? Jomlah Sif temankan."

"Okeylah, kejap mama pakai tudung dulu." Mama terus melangkah masuk ke dalam rumah dan bersiap, sementara aku, macam biasa, scroll Instagram.

Bosan.

Hidup ni bosan. Hari-hari buat benda yang sama. Rutin yang sama.

Terlihatkan wanita-wanita cantik di Instagram, aku jadi rindukan Adra. Adra dulu selalu jealous kalau aku like gambar perempuan cantik. Dia pun cantik, dia nak jealous kenapa hahaha. Aku kadang tergelak dengan perangai dia, semua benda tak kena. Semua benda nak jealous. Aku tahu dia sayang aku. Ye aku pun sayangkan dia.

Bila aku hilang Adra, aku jadi kosong je pandang semua ni. Hanya boleh discroll untuk mengisi masa lapang, tak lebih dari itu.

"Jom, Sif." Mama masuk ke dalam kereta.

Aku pun terus memasuki kereta dan menghidupkan enjin, meneruskan perjalanan ke Aeon berdekatan. Memang selalu ke sana. Abah busy. Adik aku masih belajar. Aku? Haha. Memang selalunya akulah yang temankan mama, sejak dulu.

"Sif belum ada sesiapa ke?" Mama bertanya lagi. Haih. Selalu sangat dia tanya. Tua sangat ke aku ni? Muda lagi, ma.

"Ada." Kalini yakin pula jawab begini, selalu aku hanya diam.

"Lah, kenapa tak bagitahu? Mama ingat selama ni tak ada sebab tu diam je." Mama mula ceria.

"Nama apa? Orang mana?" Laju saja soalan keluar dari mulut mama.

"Adra, ma. Orang Kedah." Hasif tergelak kecil.

"Patutlah diam je anak mama ni. Orang jauh rupanya. Bila nak masuk meminang dia? Bagitahu je nanti mama uruskan." Laju je mama ni kalau bab ni. Yelah mana tak laju. Macam-macam perempuan mama tunjukkan kat aku. Dari anak kawan, sampailah ke entah siapa-siapa yang dia jumpa. Satu pun aku tak nak. Mama langsung tak memaksa, dah aku tak berkenan katanya. Nak buat macam mana, kan?

"Lambat lagi, ma. Tak jumpa lagi orangnya." Hasif bersuara perlahan.

"Aik? Macam mana ni? Mama tak faham." Mama mula konfius dengan kata-kataku. Aku tergelak lagi.

"Tadi kata orang Kedah, tiba-tiba cakap tak jumpa lagi orang. Habistu tahu mana ni orang Kedah. Mama konfius." Mama bebel. Hahaha mama memang macam ni. Selalu buat aku ketawa. Aku pula suka usik dia.

Aku rasa patut je aku luahkan dekat mama. Lagipun aku memang rapat dengan mama.

"Sif dah lama berkenankan dia, ma. Dari study dekat universiti lagi. Lama sangat dah. Lepastu sejak masuk flying school, dia sambung degree engineering. Sejak tulah makin menjauh sikit. Lost contact. Tapi Sif dah janji akan masuk meminang dia, dia pula yang hilang sekarang." Hasif menghela nafas perlahan.

"Dia merajuk agaknya dengan Sif. Sif busy sangat tu, sampai lupa kat dia. Perempuan ni kalau kita tak bagi perhatian, dia ingat kita dah tak sayangkan dia. Padahal kita sayang, cuma kita ada komitmen. Sif tak cuba cari dia? Pujuk?"

"Nak pujuk macam mana, cari pun tak jumpa." Hasif gelak.

"Ish pergilah Kedah. Cari."

"Dah pernah pergi dah, mama. Alamat lama. Alamat baru entah kat mana." Hasif mengeluh lagi.

"Laju je ye anak mama buat kerja." Mama mencubit lengan Hasif sedikit. Tapi anaknya dah besar, memang patut tindakan itu. Lelaki, kalau dah sayang, dikejar yang satu itulah.

"Dia sayangkan Hasif juga ke?"

"Ye, dia sayangkan Hasif juga. Betullah kot mama cakap dia merajuk. Lagipun dulu dia pernah je tanya kalau dia merajuk even bertahun, Sif akan cari tak. Mestilah Sif akan cari." Hasif bercerita jujur kepada mamanya.

"Patutlah sayang. Patutlah dia merajuk lama. Takpelah, mama doakan yang terbaik untuk anak mama. Jodoh tak kemana, Sif. Kalau dia memang untuk Sif, Allah kembalikan balik." Mama tersenyum manis. Hati sudah tidak risau lagi mendengarkan cerita anak terunanya yang satu ini. Ingatkan tak ada calon. Gay ke... Nauzubillah. Rupanya ada kisah. Patutlah diam je, banyak mengelamun. Fikirkan kekasih yang hilang.

"Insyallah, Sif pun berharap bertemu kembali." Hasif tersenyum mendengar doa mamanya. Terima kasih mama. Selalu tenangkan hati dan jiwa Sif.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now