BAB 39

4.4K 135 1
                                    


Hasif duduk termenung di atas sofa bilik Adra. Adra sedang nyenyak tidur, sebab tu dia berani masuk ke sini. Sudah tiga kali dia cuba untuk mendekati Adra, tapi hanya dijerkah saja. Disuruh pergi. Disuruh tinggalkan dia. Cincin tunang juga sudah dibuang dari jari manis Adra.

Hasif hanya mampu melihat dari jauh saja, matanya sayu memandang Adra. Adra, bukan Adra yang dulu. Adra yang ini penuh kebencian, benci terhadap aku.

Tapi apa aku dah buat?

Menurut keterangan pihak polis, tak ada apa-apa yang Adra katakan tentang aku. Tapi kenapa Adra begitu membenci aku?

Hela nafas yang berat dihembus. Mata terpejam seketika. Dan dibuka kembali.

Terlihat pandangan mata tajam Adra ke arah aku. Terkejut aku dibuatnya! Dahlah bilik ni gelap!

"Kau buat apa kat sini?" Adra bersuara keras.

"Saya... Saya..."

"Keluar."

"Saya nak jaga awak je." Hasif berkata lemah.

"Aku tak perlukan kau. Jangan muncul lagi depan mata aku. Pergi." Adra terus menoleh ke arah lain. Membuatkan Hasif bangun dari duduknya dan melangkah keluar. Tunggu di luar sajalah kalau macam ni.

Apa kena dengan awak ni, sayang? Apa dah jadi? Siapa buat awak macam ni?

Hasif sudah tidak mampu memikirkan hal lain. Otaknya berserabut. Perletakan jawatan sebagai pilot juga sudah dihantar.

Tak ada apa yang dia hendak fikirkan lagi sekarang ni, kecuali Adra.

"Hasif." Papa dan mama Hasif datang.

"Eh, pa." Hasif berdiri lalu menyalami papa dan mamanya.

"Macam mana keadaan Adra?"

"Dia makin stabil tapi dia tak nak jumpa Hasif lagi. Tak tahulah apa dah jadi." Hasif berkata sayu.

"Tak apa, sayang. Sabar ya. Dia trauma lagi." Mama memujuk aku.

"Mama masuk dalam dulu, nak melawat Adra."

"Awak masuklah dulu. Nanti saya masuk." Papa kemudiannya mengajak aku duduk.

"Kerja macam mana?" Papa mula bersuara.

"Berhenti." Hasif menjawab sepatah.

Berkerut dahi papa dibuatnya.

"Are you sure?"

"Ye, pa. Hasif tak dapat fikir apa-apa sekarang ni dan Hasif tak nak fikir apa-apa."

"Takpelah, Sif. Apa-apa bagitahu papa ya. Papa tahu ini berat untuk Hasif. Banyakkan bersabar. Papa masuk dulu." Papa menepuk bahu aku kemudian beredar masuk ke dalam.

Hasif menunduk. Sebenarnya papa dah lama nak dia menggantikan tempat papa di syarikat. Tapi dia ada impian dan cita-cita, untuk terbang. Cita-cita sedari awal dulu. Lepas spm, entah apa yang membawanya menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Mungkin takdir membawa dia berjumpa Adra masa itu. Dan dia tukar fikirannya, untuk meneruskan impian dan cita-cita, terbang merentasi awan.

Satu hari dia tahu, dia pasti puas dan akan tinggalkan impian yang dah dicapai itu, untuk Adra. Sebab Adra lebih suka suaminya kelak bersama dia setiap hari.

Hasif tergelak sedikit. Rindu Adra yang dulu.

----------------------------------------------------

"Sayang!! Hahahaha!" Adra sudah tergelak besar dan berlari meninggalkan Hasif yang terpinga-pinga dibelakang.

"Okey, I terbang dulu Cip!" Adra menerbangkan kain selendangnya yang berlebihan.

"Sayang nak tengok orang jadi pilot ke?" Hasif tiba-tiba bersuara sambil menarik lembut selendang Adra.

"Teringin juga hurmmm mesti handsome! Tapi tulah, masalah besar tu. Saya ni dahlah kuat jealous. Mati perempuan-perempuan yang mengurat pilot saya nanti." Adra berkata tanpa ada rasa bersalah mengundang tawa Hasif.

"Hahahaha sayang dahlah garang."

"Ayy tak boleh bayanglah! Harap-harap awak tak malulah nanti kalau bakal bini awak mengamuk..." Adra mencebik. Sengaja dia ingin menguji Hasif.

"Hahahahahaha orang tarik sayang siap-siap nanti sebelum sayang mengamuk." Hasif melayankan saja kata-kata Adra.

"Buttttt you can't get mad at me! Tak boleh! Saya ni princess awak tau! Saya makin panas nanti."

"Kalau sayang panas, nanti orang letak ais dalam baju sayang banyak-banyak. Biar sejuk sikit." Hasif buat loya buruk pula.

"Eeee tak sayang jangan tunjuk sangat!!" Adra dah menghentak-hentak kaki. Hasif ketawa ceria.

"Bb janji kan kalau jadi pilot tak tinggal sayang?"

"Taklah. Kenapa pula nak tinggal?"

"Yelah... Sayang ni... Kecik je... Pendek pula. Tak cantik... Cantik sebenarnya tapi kalau nak beza dengan...em... Tsk tsk tsk. Menyedihkan!" Adra buat muka sedih.

Tersenyum Hasif melihat Adra.

"Awak pendek boleh pakai heels sayang. Siapa kata sayang tak cantik? Sayang cantik gila! Paling cantik kat mata saya."

Adra buat muncung.

"Jauh mana pun, saya takkan lupakan sayang. Sayang tetap dalam hati saya. Jangan risau ukei, baby?" Hasif memandang ke dalam anak mata Adra. Senyuman Adra akhirnya terukir. Manis.

"Ingat tau, menyesal tau kalau tinggal saya. Saya ni dahlah baik, cantik, comel, penyayang. Pakej cukup lengkap. Kalau awak tinggal juga ish taktahulah, Sif." Adra dah mula masuk bakul angkat sendiri. Hasif ketawa saja. Betullah tu apa dia kata. Cuma budak kecik ni suka bangga diri. Letih nak melayan. Dahlah cakap banyak. Pokpekpokpek.

"Iyaaaa sayang. Sebab tu saya taknak pun tinggalkan awak." Hasif mengiyakan saja.

"Sayang ni repeat balik je apa bie selalu cakap. Bukannya sayang perasan pun." Adra masih pokpek. Ya Allah. Haha.

"Ya sayang. Saya takkan tinggalkan awak. Nanti saya menyesal tak sudah! Saya janji!" Hasif mengangkat tangan kanannya.

"Taknak ah janji. Nanti dicapati. Saya nak tengok hasil, bukan janji. Aci tak?"

"Boleh sayang. Anything. Just name it."

"Wow. Okay I nak beli KLCC." Adra pula loya buruk.

"Amboi amboi amboi bagi betis nak peha. Bagi Hasif, dia demand nak KLCC. Hasif tak cukup ke?"

"Tak." Adra menjawab ringkas.

"Sayang!" Hasif sudah buat muka geram.

"Jadi pilot dulu. Nanti I fikir balik. HAHAHAHA." Adra ketawa besar dan berlari meninggalkan Hasif di belakang.

Ish budak kecik ni! Awak tak suruh pun memang saya akan masuk juga flying school, beberapa bulan lagi.

Sudah bersedia ke aku untuk berjauhan dengan Adra?

Entahlah.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now