BAB 17

6.2K 217 1
                                    


Adra sampai awal di KLIA. Dia hanya menaiki KLIA Transit dari TBS, lebih jimat lebih cepat. Lagipun nak elakkan jem, waktu orang pulang kerja ni, silap-silap terlepas flight aku.


Jadi dia sampai awal daripada waktu. Kaki melangkah mencari kedai makan terlebih dahulu. Perempuan. Macam tu lah. Dah benda tu je dalam kepala.


15 minit, aku dah bosan. Sekarang baru pukul 5.15, flight pukul 7. Apa aku nak buat?


Jadi aku bercadang untuk pergi makan. Kaki diatur ke old town white coffee, entah apa yang mengajak aku ke sana. Padahal aku kurang berminat dengan restoran tu. Tapi harini, feeling dia lain. Jadi kaki aku melangkah ke sana.


Punggung dilabuhkan, beg bagasi diletakkan di sisi meja. Dan aku memesan makanan setelah membelek menu. Tiba-tiba saja, perut aku sakit.


"I tinggal barang kat sini sekejap. Tolong tengokkan boleh? I nak pergi washroom." Aku beramah sedikit dengan pelayan yang baru sahaja mengambil order.


"Okey, cik." Dia memberikan senyuman.


Kaki dilangkah laju menuju ke toilet berdekatan. Tapi memandangkan handbag aku hampir terjatuh dari pegangan tangan, aku menguatkan pegangan dan mataku memandang ke bawah takut-takut ada benda jatuh.


"Gedebuk!" Aku terlanggar seseorang, dari sisi tepi dia. Aku meminta maaf dan terus melalui belakang lelaki itu, meneruskan perjalanan ke destinasi paling penting sekarang ini, tandas.


Lantaklah laki tu. Siapa suruh tiba-tiba ada depan aku.


Keluar saja dari tandas, hidung aku terbau wangian yang sangat menenangkan. Pantas saja aku mencari bau itu di segenap badan aku. Ini bukan bau perfume aku.


Dan aku menarik hujung shawl aku, baunya kuat disitu. Sedapnya bau.


Aku tersenyum. Mana datang bau ni?


Bau macam dia. Dia yang aku cinta. Aku kenal bau perfume itu.


Ni bau lelaki tadi ke?


Fikiranku jadi keliru.


Tak mungkinlah.


---------------------------------------------------------


Hasif melangkahkan kaki keluar dari kokpit setelah selesai semua penumpang turun dari pesawat.


Tangannya terus mencapai luggagenya dan dia terus melangkah meninggalkan pesawat. Esok dan lusa off day. Bolehlah berehat kat rumah.


Kaki laju melangkah untuk mencari kedai makan di dalam lapangan terbang tersebut. Nak rasa benda baru harini. Bosanlah asyik makan benda yang sama je. Yelah aku kan suka benda yang sama je.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now