BAB 62

6K 174 2
                                    


"Sayang, dah nak dekat seminggu sayang macam ni. Sayang tak nak bangun ke?" Hasif cuba untuk bercakap dengan Adra yang hanya terdiam kaku dengan alat bantuan.

"Sayang..." Hasif masih mengelus rambut Adra lembut.

"Sayang ada nak cerita apa-apa dekat saya?" Hasif masih bersuara. Tak boleh hidup lah tak bercakap dengan Adra. Selalu Adra yang cakap banyak. Rindunya dengar suara Adra. Tapi apa yang ada di depan mata, cuma Adra yang kaku membisu.

Tangan Adra disentuh lembut, dicium beberapa kali. Kemudian tangan itu diletakkan di pipi Hasif. Tangan inilah yang buat jantung berdegup bagai nak gila dulu.

Saat itu Adra baru sahaja menerimanya sebagai kekasih. Kemudian dia mengajak Adra untuk keluar dating. First time. Selama ni jumpa sebagai kawan. Itu pun dah teruja habis. Inikan sebagai girlfriend.

Adra ada mengajaknya untuk ke KLCC. Makan dan jalan-jalan dekat taman tu.

Awal-awal dulu, dia dengan Adra hanya menaiki LRT dari KL Sentral ke KLCC. Rasa indah sangat masa tu. Kemudian mereka makan di Avenue K, kemudian ingin melintas jalan ke KLCC.

Adra ni jalan mesti macam bersiar-siar, tak kira tempat. Sebab kaki dia pendek agaknya, tu yang jalan lambat. Nak dibandingkan aku, langkah laju. Jauh. Lepastu tertinggallah budak kecik ni dekat belakang sedikit.

Hasif lantas menoleh, Adra sudah jauh sedikit ke belakang sewaktu melintas zebra line. Hasif yang melihat lampu isyarat pejalan kaki sudah hampir habis, terus mencapai tangan Adra dan menarik Adra berjalan disisinya dengan lebih laju.

Waktu itu, usah katalah. Hati ni dupdapdupdap. Kali pertama dia menyentuh tangan Adra. Dan Adra langsung tidak memarahi dia, dia ingat Adra nak marah tarik tangan sesuka hati. Tapi Adra hanya diam saja. Mengikuti langkahnya walaupun agak laju.

Kemudian Hasif melepaskan sebentar pegangan tangan itu, kerana ingin membiarkan Adra berjalan didepannya. Semasa berjalan di taman KLCC, dia sebenarnya nak pegang lagi tangan. Tapi segan! Kemudian Hasif menyuakan tangan kepada Adra tanpa memandangnya.

Gatal kan aku ni?

Yang seronoknya, Adra memaut kembali tangan aku. Tapi, di hujung jari kelingking aku saja.

Tangan Adra memegang jari kelingking aku. Dalam hati aku waktu itu, makin berbunga. Comelnya budak ni pegang jari kelingking je?! Eeee geram. Aku biarkan saja, tidak rasa untuk menukar posisi jariku itu. Wak pegang jari kelingking pun saya dah macam nak pengsan teruja ni.

"Awak memang suka pegang jari je eh?" Adra bersuara tiba-tiba. Aku tergelak lalu terus memaut tangannya kembali.

Indah. Aku takkan dapat lupakan saat itu.

Tangan Adra aku usap lagi. Kepala Adra aku cium lembut. Kemudian badan aku baringkan dibelakangnya, aku mendakap dia dan aku memejamkan mata.

"Cepat sedar, sayang. Saya tak boleh lama-lama tak cakap dengan sayang. Saya rindu sangat-sangat." Air mata Hasif menitis sedikit tapi cepat-cepat dilap. Takut-takut Adra bangun dan melihat air matanya. Pasti Adra akan sedih.

Senyuman pahit cuba diukir. Kenapa sayang tak bangun lagi, sayang?

Hasif menghela nafas lembut. Dia harus kuat, demi Adra.

-----------------------------------------

"Sayang..." Hasif yang baru masuk ke dalam bilik wad Adra, merapati katil Adra.

"Sorry tadi abang pergi makan sekejap. 10 minit je kan abang tinggal sayang. Haha." Hasif buat-buat ketawa.

"Anyway, malam ni, kita buat bed time story nak?" Hasif membuat suara agak ceria sedikit. Harap-harap Adra dengar.

"Abang nak cerita pasal semua benda. Yang abang tak pernah cerita sebelum ni. Mesti sayang tertanya-tanya kan?" Hasif mengelus lembut rambut Adra. Dan dia tersenyum.

"Abang tak bermaksud nak berahsia. Tapi yelah, kita kan baru jumpa balik je. Pastu sibuk dengan persiapan kahwin lagi. Abang cuma nak cari waktu sesuai je."

"Abang cerita semuanya, okay?" Hasif mengambil tangan Adra lalu diletakkan di pipinya.

"Abang kenal Safira tu dah lama sayang. Sebelum kenal sayang. Tu cinta pertama abang. Sekolah menengah dulu. Cinta monyet je. Takde hala tuju pun. Tahan berapa bulan je, sayang." Hasif tergelak kecil. Betul. Cinta monyet.

"Safira tu muda setahun daripada kita. Kiranya abang form 5, dia form 4 lah. Abang tak kenal dia pun, cuma macam tu lah budak sekolah. Suka, bercinta. Lepas tu, kantoi pula dia curang belakang abang. Dengan Harraz. Abang tinggalkan dia. Itu je, sayang. Keluar dari sekolah, abang dah tak jumpa dia dah pun. Sayang pun tahu kan abang sekolah di Penang dulu. Bukan kat KL. Abang pernah cerita dulu. Ingat tak?" Hasif bertanya lagi. Memang dia suka bercerita kepada Adra. Cuma benda dia tak suka, dia takkan cerita.

"Balik KL, Fira tu suka hantar hadiah dekat abang. Abang dah buang dah pun. Malas nak fikir. Abang dah tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Kosong. Masuk universiti, abang terjumpa bidadari pula." Kepala Adra dikucup sekali.

"Tapi kawan-kawan abang bagitahu yang Safira bertunang dengan Harraz. Kekasih dia tu. Abang pun okey jelah. Itu last abang tahu pasal dorang. Awal-awal tu abang tak tahu Safira dah takde. Lepastu Harraz bagitahu tiga tahun lepas Safira tak ada." Hasif berkata lagi.

"Abang minta maaf tak pernah cerita. Abang sendiri pun dah tak ingat dekat dia sejak jumpa sayang. Buat apa abang nak cerita, kan sayang? Abang bukan nak kat dia, abang nak dekat sayang." Pipi Adra diusap.

Adra masih diam membisu. Hasif senyum saja. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku dapat bersembang juga dengan Adra.

"Sayang tahu tak, dulu abang dengan Harraz tu pernah bergaduh teruk tau. Sebab sayanglah. Abang tak nak sayang dalam bahaya. Abang tahu Harraz tu macam mana. Dia hampir nak culik sayang masa tu, nasib baik saya dengar, sayang. Last-last abang buat dia kena tendang universiti. Haha. Kelakar kan, sayang? Abang buat apa saja tau untuk awak, sayang." Hasif tergelak kecil. Ya, cinta matinya yang satu ini. Apa saja dia  sanggup redah.

"Dia nakkan sayang. Tapi sayang milik saya." Nafas berat dihembus. Sebut saja nama itu, amarahnya naik sedikit. Tapi dia harus sabar.

"One more thing, pasukan elit? Itu pasukan elit peribadi, sayang. Sayang nak tahu kenapa saya tinggalkan sayang sekejap?" Hasif masih bermain-main dengan rambut Adra.

"Saya sibuk sangat waktu nak habis flying school. Kita pula asyik bergaduh. Benda kecik pun bergaduh. Saya tak boleh berfikir, sayang. Saya kan dah janji takkan tinggalkan sayang. Lepas habis saja flying school, saya cuba hubungi sayang balik. Tak dapat. Lepastu saya terpaksa dimasukkan ke latihan pasukan elit peribadi tu. Untuk beberapa bulan saja, sayang. Saya tahu awak akan tunggu saya. Awak faham kan saya macam mana?"

"Saya tak ada niat pun nak tinggal sayang. Mungkin tinggal, sekejap je. Sayang tahu saya tetap akan kembali, kan?"

"Saya hubungi sayang nak bagitahu yang saya tak boleh jumpa sayang beberapa bulan, sebab dikuarantin. Tup tup, 5 tahun saya tak dapat jumpa sayang." Hasif ketawa lagi. Kelakar rasanya masa tu. Merata dia cari Adra. Sampai kecewa cari Adra tak jumpa-jumpa.

"Saya minta maaf, sayang. Bukan maksud saya nak ketepikan sayang. Sayang pun tahu saya cintakan sayang, sangat cintakan sayang." Hasif mendaratkan kepalanya ke perut Adra.

"Sayang jangan marah lagi, ya? Saya minta maaf sebab saya, sayang jadi macam ni. Sayang kena lalui semua ni. Saya tahu saya bukan yang terbaik. Saya janji kalau sayang bangun nanti, saya akan tebus semua salah saya. Kita bahagia lagi, ya sayang?" Hasif masih membuat nada ceria walaupun hatinya seperti disiat-siat. Adra tidak memberi respin apa-apa.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now