BAB 55

5.1K 146 1
                                    


"Sayang!" Hasif yang baru sahaja bangun, terus turun ke bawah. Macam biasa. Nak tengok bini masak apa pagi. Lapar!

"Opocot!" Adra sudah terlompat sedikit saat tangan Hasif mendarat di pinggangnya.

"Eeee ya Allah suka macam tu! Kalau macam ni perangai abang, alamatnya bini abang tak hidup lama la." Adra mencubit manja perut Hasif.

"Ish apa sayang cakap macam tu. Abang tak suka. Tak baik. Abang tak nak hilang sayang. Tarik balik!"

"Haha abang ni. Cowie okey." Adra menarik tangan Hasif untuk duduk di meja makan. Semua sudah siap terhidang, tunggu Hasif bangun saja. Kemudian Adra mencedokkan nasi goreng untuk Hasif, dan menuangkan air milo. Air kegemaran Hasif di waktu pagi. Macam kanak-kanak kan? Memang! Manja!

"Harini sayang ada nak pergi mana-mana tak?" Hasif yang sedang elok menyuap nasi ke dalam mulut, bersuara.

"Tak de kot. Nak kemas rumah je harini." Adra pun sibuk menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Kalau macam tu, lepas makan ni sayang packing barang okay." Hasif bersuara tanpa memandang muka Adra. Tahu mesti Adra nak buat muka teruja.

"Kita nak pergi mana?!" Adra bersuara ceria.

"Jalan-jalan."

"Jauh ke dekat? Lama ke tak? Honeymoon eh?!" Adra bertanya laju. Banyak betul soalan.

"Dekat je. Tak tahulah lama ke tak."

"Waaaa abang tak bagitahu pun nak bawa honeymoon minggu ni!"

Selepas saja makan, Adra terus beredar untuk basuh pinggan dan ingin berlari naik ke atas.

"Eh nak pergi mana tu?"

"Packing. Excited!" Adra sudah gelak sambil buat suara gedik.

"Ya Allah terujanya bini aku." Hasif juga ketawa.

"Nanti pinggan abang tinggal je dalam sinki. Nanti sayang basuh." Suara Adra sudah terjerit sikit dari tingkat atas. Dan Hasif tersenyum.

Ni kan rumah kita. Kenapa pula pinggan abang, sayang yang basuh? Abang ada tangan. Abang basuh sendiri.

Selesai saja mengemaskan dapur, Hasif naik ke atas ingin melihat Adra. Apalah budak ni buat, diam je.

Elok pintu bilik dibuka, sudah siap dua luggage besar Adra dah muatkan hampir penuh. Satu aku punya, satu dia punya.

"Banyaknya?" Hasif sudah membeliakkan mata.

"Yela. Sayang packing untuk 4 hari. Kepala sampai kaki. Siang dan malam. Apa yang banyak?" Adra menjawab sambil sibuk melipat baju masuk ke dalam luggage lagi.

"Hahaha ikut sayanglah. Lepasni kita mandi, lepastu terus siap-siap tau. Pukul 2 nak kena ada dekat KLIA dah."

"Kata nak pergi dekat? Kenapa nak pergi KLIA pula? Ke abang nak bawa ayang balik Kedah je ni?" Adra sudah mengecilkan mata. Hasif ni bukan boleh kira! Entah-entah nak mainkan aku.

"Hahahaha kalau balik Kedah kang dalam flight bini abang tu air mata meleleh je. Kena main."

"Tu lah...."

"Haha sayang packing je. Dah okay ni banyak ni."

"Okay, abang!" Adra masih sibuk mengemas dan mengemas. Hasif dibuat macam tak wujud. Inilah Adra, bila busy, Hasif pun dia lupa.

-------------------------------------------------

Mata Adra ditutup menggunakan selendang Adra. Hasif lupa nak bawa kain tadi. Last-last berhenti dekat stesen minyak, tercari-cari kain. Habis dibuka luggage. Adra pula pandang dengan pandangan pelik. Lepastu elok saja jumpa selendang Adra, ditariknya dan ditutup mata Adra. Adra bisinglah, apa lagi. Tapi, aku kisah apa? Hahahaha.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now