BAB 5

10.4K 297 4
                                    



Syed Hasif melangkah masuk ke kelas dengan perasaan berdebar. Berdebarlah gila nak tegur crush kot harini! Kalau tak tegur kang dia kata aku tipu pula sebab dah janji nak tegur. Okey, Hasif. Kau boleh!


Harini aku harap duduk sebelah dia lagi. Memandangkan dia seorang perempuan dalam kelas ni, dan dia tak pernah lagi menukar tempat duduk lain, so aku rasa dia selesa kalau aku yang temankan dia.


Temankan....? Hehehehehe.


Aku juga lihat tak ada seorang pun yang dia bercakap dalam kelas ni. Memang batu cendana betul. Dah berminggu-minggu ni. Pernah sekali Madam Hanis tegur dia cakap nanti after few weeks or months mesti dah tak pendiam sebab dah dapat kawan. Tapi apa yang aku lihat ni, dia tetap keras begitu.


Apalah jenis perempuan ni. Peliklah.


Harini aku akan mulakan misi aku untuk bersuara lebih banyak. Dan aku dah dapat akal sebenarnya nak curi-curi ambil gambar dia. Harapnya tak kena marahlah! Aku pastikan dia takkan perasan. Hehe.


Mata aku tak lari dari memandang dia yang sedang berjalan dari pintu masuk, ke tempat duduk sebelah aku ni. I feel you, baby!


Hasif ketawa sendiri. Feel apa doh? Hahaha.


"Hai awak." Aku tersenyum manis. Dia masih dengan muka ketatnya dan berkata hi.


Walaupun hanya hi yang dia katakan, hati aku ni dah berbunga. Ya ampun parah ni kau jatuh cinta, Sif!


"Asal kau datang awal harini?" Dia bertanya aku.


"Tunggu kaulah. Selalu kau awal." Aku jadi segan pula nak guna saya awak.


"Oh ha harini kelas aku jauh. Pastu habis lambat, so makan masa nak jalan datang sini. From COE nak ke CF bukan dekat doh." Si dia membebel. Hasif makin tersenyum. Dah ada improvement gais!


"Kesiannya kau. Dah lah sorang-sorang. Lepas ni aku temankan nak?"


"Takyah ah aku lagi suka sorang-sorang." Dia menolak pelawaan aku. Hasif tersenyum lagi. Awak tolaklah sekarang. Nanti awak mesti akan jatuh juga.


Hasif tidak membalas apa-apa selepas itu kerana kelas telahpun bermula.


Sesekali Hasif menoleh melihat sebelah.


Cantik.


Hanya satu perkataan yang keluar dari hati.


Baik. Dan comel! Okay dah banyak perkataan.


Hasif kau dah berangan ni.


"Weh!" Si dia mengetuk kuat meja. Terkejut aku dibuatnya. Rupanya kena teruskan kerja macam biasa. Group work. Dan inilah waktu paling sesuai nak curi-curi ambil gambar dia. Dahlah tak approve dekat Instagram! Ada pun gambar display picture Whatsapp tu pun diblurkan. Stress aku! Susah nak pandang gambar dia. So ini je cara yang ada.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now