BAB 18

6.1K 194 0
                                    


Hasif yang sedang fokus memandu, mengalihkan pandangan matanya sedikit untuk melihat jam di tangan.


8 malam dah. Lantas kereta yang dipandu diberhentikan di bahu jalan.


Let's see where are you now, sweetie.


Tangan terus mencapai iPhonenya dan terus menjejaki kekasih hati seorang itu.


MH2612. In the middle of the China Selatan Ocean. Estimated time arrival by 9.40 pm.


Hasif kini tersenyum dan meneruskan perjalanan.


I actually miss you a lot, sayang. Saya tak boleh jauh dari awak dah. Nak lepas rindu. Please I need to go there. No matter what.


Tiada apa boleh menghalangnya, kini kereta dah dihalakan kembali ke KLIA.


----------------------------------------------------------


Sejak melangkahkan kaki masuk ke dalam pesawat, hati masih tak tenteram. Masih resah. Tak tahu macam mana nak describe perasaan ni. Bercampur. Serabut.


Aku tak rasa nak menangis langsung sekarang ni. Aku tak tahu nak rasa macam mana. Sangat mengelirukan.


Inikah rasa bertemu kembali dengan Hasif?


Cincin dijari manis tangan kiriku disentuh dengan jari tangan kanan. Hati masih berdegup. Apa yang harus aku lakukan ni? Aku tengah gembira ke?


Aku tak tahu, ya Allah. Fikiran bercelaru. Semalam aku menangis, meraung kepada Kau kerana teringatkan dia. Hari ini, Kau datangkan dia kembali kepada aku.


Besarnya kuasa Allah. Sekelip mata je.


Jangan tipu diri kau kalini, Adra. Tolonglah. Kau akan menyesal lagi sekali kalau kau lepaskan peluang kali ini.


Satu jam lagi aku akan sampai ke Kota Kinabalu. Dan Hasif nak aku bagitahu dia, aku dah selamat sampai.


Fikiran mula bercampur.


Nak mesej ke tak.... Nak mesej ke tak....


Aaaaaa!!!! Adra mula menjerit dalam hati.


Susahnya nak buat pilihan!!! Tiba-tiba rasa malu, rasa segan. Bertahun tidak berhubung dengan Hasif. Hari ini, malam ini, nak mesej. Macam tiada apa-apa berlaku. Segan lah, gila!


Adra tersenyum sendiri. Rasa macam dirinya yang dulu dah kembali. Ini baru betul Dhiya Adra.


Adra melangkahkan kaki memasuki kereta yang telahpun disediakan untuk ke hotel yang ditempah. Bagus betul bos aku ni. Ni baru betul anak emas syarikat. Hahaha.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now