BAB 23

5.1K 162 1
                                    


Danial jadi tidak senang duduk. Mana Dhiya ni? Kenapa call tak dapat?


Dia jadi risau sebab Jumaat lepas drivernya datang untuk menjemput Dhiya dan Qisha di lapangan terbang, kerana sudah malam. Tapi yang menghairankan, Qisha sorang je yang kembali. Dhiya? Mana?


Sudah ditanya banyak kali kepada Qisha. Tapi katanya Dhiya ada urusan. Urusan apa di Sabah? Kenapa tak inform aku?


Sudah hari Ahad ni, Dhiya masih tidak dapat dihubungi. Dari pagi sampailah ke malam.


Hati masih bersabar. Tak apa. Esok adalah tu. Esok kan Isnin, Dhiya mesti kerja. Aku harus ke sana esok.


---------------------------------------------------------


"Dhiya!" Danial memanggil Dhiya dari jauh setelah ternampak susuk tubuh kecil itu.


Dhiya seraya menoleh.


"Encik buat apa kat sini?" Dhiya bertanya pelik sambil mengerutkan dahi. Tak patut tanya soalan tu, Encik Danial kan bos. Mestilah datang nak lawat tapak projek. Alahai Dhiya.


"Saya datang cari awaklah, Dhiya. Awak ke mana? Saya call tak dapat. Saya risaukan awak. Driver saya datang ambil kat airport Jumaat lepas, awak tak ada. Manalah saya tak risau. Saya hantar Qisha ikut awak untuk jaga awak, tahu-tahu dia balik seorang je." Danial dengan muka risaunya, membebel.


"Encik, maaflah. Saya bukan nak berkasar, tapi encik boleh tak jangan kacau urusan peribadi saya. Jumaat tu urusan kerja saya untuk syarikat dah selesai, dan Sabtu, Ahad adalah cuti hujung minggu saya. Encik bukan siapa-siapa untuk tahu lebih-lebih pasal saya." Suara Dhiya tegas kali ini. Sebab dah makin rimas. Apa benda mamat ni. Tak fahamlah aku.


"Dhiya, awak tahu saya cintakan awak, kan?" Danial mencapai lengan Dhiya tapi cepat-cepat direntap kasar.


"Jangan sentuh saya. Apa ni? Saya tak sukalah macam ni. Saya tak ada apa-apa perasaan langsung terhadap encik. Jadi tolong. Jangan sampai saya letak jawatan." Dhiya memberi amaran dengan suara lebih keras. Melebih dah Encik Danial ni.


"Kenapa ni, Adra?" Harraz tiba-tiba datang mencelah.


Dhiya hanya memandang Harraz sekilas dan matanya kembali memandang Danial.


"Hubungan kita hanya sekadar majikan dan pekerja. Tolong ya, Encik Danial. Jangan ganggu hidup saya." Dhiya menghabiskan kata-katanya lantas berlalu pergi.


"Bro, kau ada apa-apa masalah dengan Adra ke?" Harraz bertanya Danial yang sedang tercengang dengan apa yang telah berlaku tadi.


"Kau siapa?" Danial bertanya kembali. Apa hal nak tahu sangat pasal Dhiya mamat ni?


"Kawan Adra." Hanya itu yang mampu dijawab.


"Kau kawan Dhiya? Setahu aku dia tak ada kenalan lelaki." Danial mengangkat kening.


Harraz hanya tersenyum sinis.


------------------------------------------------


"Aku dah kenal Adra lama. Dari zaman universiti. Ye, aku bukan kawan Adra. Tak akan jadi kawan sebab aku cintakan dia." Harraz menghirup sedikit kopi. Tenang saja kata-kata Harraz.


Aku yang mengajaknya duduk untuk berborak mengenai Dhiya. Selama ni hanya tahu perihal Dhiya di ofis, sekarang aku nak tahu lebih mendalam. Dan aku rasa aku dah salah pilih orang untuk bertanya. Sebab lelaki di depan ku ini juga mengaku mencintai Dhiya. Ke ini boyfriend Dhiya?


"Kau kekasih Dhiya ke?" Soalan Danial hanya dibalas dengan senyuman Harraz.


"Kau lupakan je Dhiya kau tu. Sebab dia tak akan pilih kau pun."


"Aku tak faham." Danial masih keliru. Banyak benda dia tak tahu tentang Dhiya rupanya. Dan dia perlu tahu. Penolakan Dhiya tak akan mematahkan semangatnya.


"Okaylah, bro. Aku minta diri dulu. Lupakan jelah niat kau tu. Kau takkan dapat Adra. Sebab dia aku punya." Harraz tersenyum sinis dan melangkah pergi.


Kenapa aku rasa si Harraz ni lain macam je? Macam ada niat buruk kat Dhiya.


Fikiran mula celaru. Dia fikir Dhiya jenis yang betul-betul tak kenal sesiapa. Rupanya ada juga lelaki yang rapat dengannya. Tapi aku tak boleh biarkan. Betul aku rasa tak sedap hati dengan mamat ni. Macam ada niat buruk.


Aku kena lebih waspada pasal Dhiya lepas ni. Untuk keselamatan Dhiya.


Tapi aku dah buat Dhiya bencikan aku. Aduh. Macam mana ni. 

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now