BAB 56

4.7K 149 1
                                    


Adra yang sudah tercungap-cungap, menarik-narik baju Hasif dari belakang. Memang sedari tadi lagi dia menarik lenganlah, bajulah, seluarlah.

Aku tak tahu pula orang honeymoon seksa begini. Adra mengomel dalam hati

Sudah hari ke 4 kami di Bali. Dan hari ini, entah idea gila apa Hasif bawa aku ke Sekumpul Waterfall. Nasib baik aku pakai habis ringkas, kasut tertutup dan lasak!

Hasif punya kejutan, memang sentiasa luar jangkaan ke macam mana? Ada pula diajaknya jungle trekking nak naik tengok air terjun punya pasal.

Tapi itulah. Itu. Aku sebenarnya yang sukakan air terjun. Haha! Memang aku kena dajal dengan Hasiflah ni!

Sejak dulu lagi aku sukakan air terjun. Sejak kami bercinta zaman universiti dulu. Pernah dibawanya aku ke air terjun Sungai Gabai, Selangor. Itu pun aku dah excited macam nak mampos. Sebab aku suka air terjun.

Memang macam nak mampos panjat ke atas tu. Aku punya penat, macam nak merangkak.

Dan sekarang ni, aku sedang ulangi benda tu. Panjat naik Sekumpul Waterfall ini, lebih mencabar pastinya! Rasa macam nak suruh Hasif dukung je. Urgghhhh! Kenapa la suami aku macam ni...

"Sayang okay?" Hasif menoleh sebentar melihat aku yang semakin lama semakin melekat di belakangnya. Hasif ni tak tahu erti penat ke? Hah?!

Naik Broga pun tak penat macam ni!

"Penat..."

Hasif tergelak.

"Takpe sayang. Sikit lagi. No pain, no gain!" Hasif memberi semangat.

No gain apa bendalah........ Sayang dah tua....

"Macamlah tak ada tempat lain lagi abang nak pergi." Adra bersuara letih. Perlahan saja bunyinya.

"Kan kita dah pergi macam-macam tempat sayang. Pantai, muzium, pulau pastu apa benda tu Tirta Gangga tu." Hasif pula bebel.

Cantik. Aku masih ingat pemandangan di sana semalam. Sangat memukau mata. Gambar usah kata. Beribu!

"Abang dah plan semua dah. Abang tahu, kalau abang tak masukkan waterfall ni dalam list pun, sayang akan ajak datang juga." Hasif kembali meneruskan perjalanan sambil menarik tangan aku.

Hm betullah tu. Pandainya Hasif. Bebetul kenal diri aku. Aku memang suka tempat macam ni. Tapi sejak-sejak dah kahwin ni, beratnya kaki nak melangkah!!!

Kuat Adra, sikit je lagi! Go go go!

Dan Adra terus mengikuti langkah Hasif perlahan-lahan. Biar lambat asal selamat!

Lebih kurang sejam, kami sampai di kawasan air terjun tersebut. Betul. Cantik. Sangat cantik. Tapi menyeramkan pun ada! Kemudian aku dan Hasif terus menikmati alam semula jadi yang indah ini. Mohon lepasni balik ke resort. Aku tak sanggup dah nak pergi tempat lain. Esok jelah.

---------------------------------------------------

Aku yang hanya memakai dress separas lutut, berdiri di balkoni yang menampakkan permandangan indah Pulau Bali ini. Cantik. Sejukkk. Tapi semua tu tak dihiraukan. Tenangnya rasa.

Malam ini, adalah malam terakhir kami di sini. Aaaa rasa macam tak nak balik. Tempat ni cantik sangat. Balik KL tu menyakitkan kepala. Menyakitkan otak.

Okey jap. Cakap macam kau kerja hadap jem eh, Adra? Kau lupa ke kau duduk rumah je. Adra tergelak.

Hasif dah mula kerja mulai lusa. Dan aku akan memisangkan diri di rumah. Dikelilingi bodyguard yang tak tahu erti penat. Dorang tak de family ke?

Tiba-tiba dua tangan melingkar di pinggangku dan kepala Hasif di daratkan di bahu aku.

"Sayang suka tak datang sini?"

"Suka! Suka gila! Kita duduk sini jelah." Adra gelak. Sengaja.

"Eish tak nak lah. Baik duduk Malaysia. Kalau sayang suka, nanti kita datang lagi."

"Hm... Datang lagi? Baik pergi tempat lagi best!" Adra mencebik. Hasif ni, kalau dibodek-bodek oleh aku, semua benda dia on. Hahahaha. Sayang betul ya pada aku?

"Tempat apa, sayang?" Hasif menekapkan pipi kirinya ke pipi kananku.

"Syurga!" Adra bersuara ceria.

"Yelah sayang. Syurga tu indah. Tapi sebelum tu, sayang nak pergi mana? Nanti abang bawakan."

"Emm... Abang ingat kita pernah bergurau dulu?"

"Yang mana eh sayang?" Hasif pandang muka Adra.

"Adalah. Yang sayang cakap nak culik tu." Adra memainkan keningnya. Terus pecah tawa Hasif. Hahahaha!

Hasif ketawa kerana dulu aku pernah bergurau dengannya. Ditanyanya ingin ke mana, aku jawabkan Lombok. Dia tanya kenapa? Aku jawab dengan jawapan bodoh aku.

"Lombok kan tempat selalunya orang kena culik lepastu bawa pergi sana. Saya nak culik awaklah. Bawa pergi Lombok ehehehe adalah rasa feeling jahat sikit." Bodoh saja jawapan aku ketika itu. Ingin bergurau manja.

"Apa benda sayang ni? Hahahahaha. Saya tak pernah tahu pun! Yang saya tahu itu tempat percutian. Hahaha. Merepek jelah sayang. Yang awak nak culik tu suami awak tau nanti!" Hasif masih dengan ketawanya.

Dan sekarang, Hasif masih dengan tawanya.

"Ruginya balik esok. Kalau tak kita terus pergi Lombok je, kan sayang? Tulah sayang tak bagitahu awal. Abang ada meeting penting lusa ni. Hmm." Hasif mengeratkan pelukan.

"Alaaaa tak cakap pun nak sekarang. Nanti-nantilah!" Adra menoleh memandang Hasif.

"Malam ni dengan esok, ayang tak nak keluar bilik. Nak melekat je!" Adra kemudiannya memeluk Hasif erat.

"Betul ni?"

"Yappp."

"Tak menyesal eh cakap camtu?"

"Tak."

"Tak jadi eh beli souvenirs nak bawa balik? Alhamdulillah. Selamat duit abang." Hasif mengurut dadanya.

"Gahahahhahaha jahat! Jadi lah yang tu! Orang cakap malam ni dengan pagi esok. Tengahari check out tu sayang nak pergi shopping yay!"

"Yelah, sayang. Yelah." Hasif senyum saja. Shoppinglah sangat. Adra ni kalau benda dia tak minat, dia tak beli pun. Cakap je nak shopping lelebih. Tapi dia agak memilih.

"Abang..." Adra merangkul leher Hasif dan badannya makin mendekat.

"Ya sayang?"

"Jangan lupakan sayang, ya?"

"Takkan, sayang." Hasif senyum manis.

"Walaupun tak ada apa sangat yang sayang buat untuk abang, tapi sayang harap abang tetap akan ingat sayang, ya?" Adra bersuara lembut lagi.

"Sayang, awak tu wanita paling terbaik untuk saya. Awak baik sangat dengan abang. Abang sakitkan hati awak pun, awak macam tu je. Tak berdendam langsung dengan abang. Abang cintakan sayang. Sangat-sangat." Hasif mencium dahi Adra.

"Terima kasih. Kan sayang dah janji daripada dulu nak jadi yang terbaik. Sayang takkan mungkir janji!"

"Tahu. Abang ni ha yang selalu mungkir."

"HAHAHA sedar." Adra ketawa. Tapi cepat-cepat berhenti saat mata Hasif merenungnya dengan muka manja.

"Sorry. Hahaha. Gurau je. Minta maaf okay?" Adra buat muka manja balik.

"Terima kasih, sayang." Hasif memeluk Adra dan Adra dicempungnya masuk ke dalam.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now