BAB 52

4.8K 152 4
                                    


Danial yang sedang berjalan sambil bermain phonenya menuju ke lif, ingin menekan butang lif tetapi ada tangan lain juga yang sudah pun menekan butang tersebut. Lantas tangan mereka bersentuhan.

"Sorry." Danial mengangkat muka memandang pemilik tangan itu.

"It's okay." Wanita itu tersenyum segan. Danial senyum kembali. Phone dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Dia datang untuk bertemu dengan Hasif, memandangkan harini Hasif kerja. Alang-alang ada hal dekat area ni, boleh juga dia menyinggah untuk datang berborak dengan Hasif. Hasif ni pelik betul. Baru balik semalam, harini dah kerja. Kalau aku, aku peluk bini je seminggu, tak keluar rumah. Hahaha.

"You kerja sini?" Wanita itu bersuara, sekadar ingin beramah. Memang dia jenis yang peramah.

"Eh no. I datang jumpa kawan." Danial menjawab saja.

Pintu lif terbuka, dan mereka jalan beriringan masuk. Tangan masing-masing ingin menekan floor yang sama juga. Danial jadi makin segan. Kau ni Danial! Kalut betul! Ladies first!

Wanita itu ketawa kecil.

"Sama pula floor. Haha. Anyway, I'm Kyla."

"Danial." Danial membalas sepatah. Kenapa aku jadi macam ni?! Tak pernah aku macam ni!

"Hmmm, Danial. Rasa macam pernah jumpa. Tapi dekat mana, ya?" Kyla memandang Danial, mengamati mukanya.

Danial mengerutkan dahi. Bila masa pula pernah jumpa ni... Hm.

Ting! Pintu lif terbuka.

Danial membiarkan Kyla melangkah keluar dulu. Dan dia membuntuti di belakang. Elok saja sampai ke ruang menunggu untuk tetamu, Danial terpandangkan Hasif.

"Sif!" Danial mengangkat tangan. Hasif menoleh dan mengangkat tangan kembali. Kakinya di atur mendekat.

Kyla yang berjalan di sebelah Danial, tersenyum juga kepada Hasif.

"Oh.. Kawan you Hasif rupanya."

"You kenal Danial?" Hasif memandang Kyla pelik.

"Kenal. Baru je kenal 5 minit lepas. Hahaha." Kyla tergelak, Danial juga.

Danial mengangkat kening ke arah Hasif, membuat isyarat bertanya siapa Kyla.

"Ini Kyla, bekas stewardess tempat aku kerja dulu." Hasif memperkenalkan Kyla kepada Danial.

"I dah ingat. I nampak you dulu dekat airport lah. Masa tu you dengan Hasif. Patut rasa macam pernah jumpa." Kyla mula bersuara ceria sedikit.

"Okaylah, I nak kerja dulu. Nice to know you, Danial." Kyla tersenyum kepada Danial.

"Nice to know you too." Danial melambai sedikit.

"Kau recommend dia kat syarikat kau ke?" Polos sahaja soalan Danial setelah Kyla mula melangkah. Terus tangan Hasif menutup mulut Danial dan ditariknya Danial menjauh.

"Kau nak tak Kyla?" Hasif mengangkat kening.

"Nak??? Nak apa?"

"Tukar company. Kerja tempat kau." Hasif sudah tersengih macam kerang busuk.

"Uish. Asal kau ni?"

"Dia suka rapat-rapat dengan aku. Adra tahu confirm mengamuk." 

"Kau cakaplah kau dah kahwin."

"Aku dah cakap haritu aku nak kahwin. Aku tengok sama je dia."

"Dia suka kau lah tu." Danial ketawa. Confirm ni perempuan tu suka Hasif.

"Adoi susahlah." Hasif menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Yang kau ambil dia kerja sini asal?" Danial pelik. Yang Hasif pun satu, ajak dia kerja sini kenapa.

"Dia tak tahu lah ni syarikat aku." Danial melihat Hasif, lama.

"Masalah betul kau ni, Hasif. Bagi jelah kat aku." Danial tersengih. Cantik juga perempuan tu. Bekas stewardess, mestilah cantik. Tinggi. Tapi tulah, tak cukup kain.

"Serious? Okey dalam masa berapa minggu lagi, aku minta dorang tukarkan dia. Tukar cawangan!" Hasif sudah teruja. Dapat bagi jodoh dekat kawan baik! Hahaha.

"Macam mana keadaan kau?" Danial sudah menukar topik, dan mereka berjalan beriringan untuk masuk ke dalam bilik Hasif.

-----------------------------------------------------

"Hai sayang." Hasif yang baru saja pulang, melabuhkan duduk rapat disebelah Adra yang sedang menonton televisyen. Adra dibawa pulang ke rumahnya. Rumah lama Adra dibiarkan Mia saja menetap, sampai Mia berkahwin tak lama lagi.

"Awal abang balik?" Kening Adra berkerut. Dia melihat penampilan suaminya. Seluar slack hitam dan baju kemeja kuning cair.

"Ada sikit je kerja." Hasif mula memeluk Adra, kepalanya dilentokkan ke bahu Adra.

"Ingat abang fly harini." Adra menjawab biasa. Ye, dia ingat Hasif fly. Baru nak merajuk.

Pagi tadi lepas Subuh, Adra tertidur kembali. Letih lagi. Kemudian dia bangun jam 9 pagi, dilihat Hasif tiada di sisi. Cuma ada surat je Hasif tinggalkan. Katanya Hasif kerja harini. Nak merajuk, sampai hati tinggalkan dia sorang-sorang. Tapi takpelah, dia kan kena faham kerja Hasif.

"Abang tak fly dah." Hasif menjawab pendek sambil matanya terpejam. Dibau wangian Adra yang wangi, menenangkan jiwanya.

"Kenapa?" Adra mengerutkan dahi. Hasif dah tak fly? Habis? Kerja di KLIA je ke?

"Abang berhenti."

"Kenapa?" Adra menoleh memandang Hasif. Terbeliak matanya.

"Dah sebulanlah, sayang. Nak jaga sayang. Kalau abang fly, siapa nak jaga sayang? Risaulah keadaan sayang." Hasif mengemaskan pelukan.

"Sorry, abang. Adra menyusahkan abang je." Adra sudah tertunduk.

"Eh sayang, mana ada. Abang yang nak jaga Adra. Lagipun memang abang nak berhentilah." Hasif memalingkan muka Adra memandangnya.

"Habistu abang pergi mana pagi tadi?" Adra memuncungkan mulutnya. Sampai hati tak bagitahu dah berhenti jadi pilot. Sampai hati. Dah sebulan pula tu. Patutlah manjang ada je. Dulu kejap-kejap hilang. Sekarang, hari-hari ada.

"Abang minta maaf ya tak bagitahu. Abang nak bagitahu. Tapi Adra asyik halau je. Macam mana nak cerita." Hasif tergelak kecil.

"Tak sempatlah sayang nak suami sayang bawa sayang terbang." Adra mencebik. Berangan! Suka berangan!

"Hahahaha oh pasang angan-angan rupanya." Hasif ketawa.

Lengan Hasif dicubit.

"Auch, auch." Hasif mengaduh sakit. Hm kenapa rasa cubitan bini lagi sakit daripada kena tikam? Inikah rasanya cinta???

"Abang ni..." Adra memuncung lagi.

"Abang minta maaf. Sayang ingat tak sayang minta suami sayang ada dengan sayang sentiasa? Abang ingat tau kata-kata sayang dulu. Abang dah tunaikan ni."

"Sayang gurau jela. Orang tahu abang tu memang cinta mati dengan kapal terbang."

"Yes. Tapi sekarang, cinta mati dengan sayang pula." Hasif mencium lembut pipi Adra.

"Tadi abang pergi mana?" Adra bertanya sekali lagi. Suka tukar topik Hasif ni! Suka berahsia!

"Kerja."

"Kerja apa?"

"Emmm..." Hasif buat-buat pandang ke atas. "Kerja apa ya?"

"Bebetullah!" Adra mencubit lagi.

"Kerja jaga sayang je kot." Hasif mula menggomol dan menggeletek Adra. Terjerit Adra dibuatnya. Habis terlupa Adra pada pertanyaannya tadi. Hasif memang nakal!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now