BAB 8

6.9K 205 6
                                    


Hakimi menarik kerusi untuk duduk kembali di tempat duduknya di sebelah Hasif. Tadi dia keluar ke tandas. Kemudian dia terlihatkan telefon bimbit Hasif yang sedang menyala. Confirm budak ni takperasan ada orang call. Khusyuk sangat dengar pensyarah terangkan bab baru Fluid Mechanics.


"Awek kau call doh." Kimi mencuit Hasif sedikit. Terperanjat Hasif dibuatnya.


Terus Hasif mencapai phonenya dan menjawab panggilan tersebut.


"Hello sayang? Kenapa? Saya dalam kelas ni." Hasif bersuara perlahan. Nasib baiklah duduk belakang sikit takdelah nampak sangat jawab panggilan telefon dalam kelas.


"Baby tak bagitahu pun ada kelas! Orang ingat baby tidur. Sejak bila baby ada kelas waktu macam ni? Sayang tak tahu pun? Dah la hilang cam tu je eeee geramlah." Adra dah bebel tak habis-habis.


"Ye sayang, sorry orang bangun lambat tadi. Nanti saya call awak balik sayang. Boleh tak?"


"Okey boo. Babai. I love you." Adra bersuara ceria. Tak pernah tak ceria dia ni.


"Byee." Hasif terus mematikan panggilan.


Sejurus panggilan dimatikan, satu Whatsapp masuk.


'Tak cakap love you balik pun!' –Adra.


Hasif tergelak sedikit. Adoi. Sayang ni sengaja latu nak bagi orang malu cakap I love you dalam kelas.


Hasif terus menelefon Adra kembali dan berkata I love you. Kemudian terus mematikan telefon kembali.


Aku tak malu pun lah nak express feeling kat sayang aku sorang ni. Kalau boleh aku nak semua orang tahu aku sayang dia sangat-sangat. More than anything.


Sepuluh minit selepas itu, kelas tamat. Dan kawan-kawan aku ajak pergi makan di Bangi. Banyak kedai best-best kat situ. Aku pun on jelah sebab aku tak kisah sangat bab nak makan ni. Semua aku telan.


Sesampainya di restoran itu, kitorang terus turun daripada kereta dan terus melangkah memasuki restoran tersebut. Tiba-tiba Amir mencuit bahu aku.


"Sif, awek tu usyar kau doh." Amir mengerlingkan matanya ke satu sisi.


Aku tak pandang pun tempat tu. Malas.


"Tu lah kau muka baby face sangat, handsome-handsome macam ni awek sukalah usyar." Amir dah bebel.


"Eh elok sikit. Muka handsome ni lah awek sayang sangat tau." Aku dah gelak-gelak sebab Amir tak ada kekasih lagi. Hahaahaha. Kesian.


Tapi tulah aku pun tunggu sayang aku tu lama. Adoi gelakkan orang lah sangat. Padahal aku pernah lalui perit tunggu orang yang kita sayang tu.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now