BAB 54

5.1K 147 2
                                    


Sebilah pisau ditangan dipandang dengan pandangan kosong. Kemudian pisau itu diasah-asah, mengeluarkan bunyi yang nyaring. Tapi tidak sedikitpun mengganggu pendengarannya.

Kebahagiaan yang dilihat tadi sangat menyakitkan mata dan hatinya. Melihat Hasif bahagia bersama orang tercinta. Adra pastinya.

Kenapa dalam hidupnya selalu saja Hasif datang merampas apa yang dia inginkan.

Masih teringatkan dulu, dia begitu akrab dengan Safira. Sangat akrab. Hingga Hasif datang, dan hancurkan segalanya. Safira mengaku padanya, dia cintakan Hasif. Dan itu cukup membunuh seluruh jiwa. Dia ada untuk Safira setiap waktu. Tapi Safira lebih memilih Hasif. Apa lebihnya Hasif?

Dan dia merampas kembali Safira, dan ya akhirnya dia fikir dia menang. Hasif tinggalkan Safira. Selamanya. Tapi, itu tidak cukup buat dia puas hati. Safira masih ingatkan Hasif.

Selepas bertunang, Safira masih sama. Masih bodoh. Tak menghargai apa yang ada depan mata. Dia tidak tahu apa yang Safira buat dibelakangnya. Sehingga satu hari, Safira kantoi menghantar bungkusan ke rumah Hasif. Itu pun sebab dia mengikut Safira.

Sakit betul hati masa tu. Rasa macam tak cukup. Rasa macam manusia bodoh. Makin lama, makin sakit hatinya, makin sakit jiwanya. Safira makin buat tak endah kepadanya.

Safira akhirnya meninggal. Dan dia cuba untuk berubah, bangun kembali. Mencari hidup baru. Mencari jiwa baru.

Dia teruskan hidup, sambung pengajian. Saat itu dia terlihatkan seorang gadis, cantik. Sangat cantik. Gadis itu sempat menjadi buah mulut di kalangan kawan-kawannya. Dan dia cuba mendekat. Terlupa dia pada Safira. Gadis yang ini mempunyai auranya yang tersendiri. Mungkin mukanya sombong, tapi entah apa yang menarik di hati ni.

Makin hari makin mendekat, tahu-tahu saja itu girlfriend Hasif. Remuk hati ini. Kenapa apa yang dia minat milik Hasif?

Nafas dihembus kuat. Gambar Adra di dinding, ditoreh-toreh. Berbeza dengan gambar Safira di sebelah, yang dijaga dengan sangat baik. Cinta pertamanya.

Kalau dulu dia sangat suka dengan Adra, sekarang dia sangat membenci Adra. Adra lain. Lain daripada yang lain. Sudah dipesan untuk menjauhi Hasif, masih melekat pada Hasif. Bodoh betul kan perempuan ni.

Cinta? Aku tak percaya cinta. Sebab cinta aku jadi macam ni.

Dan sebab dendam aku jadi macam ni. Kerana seorang Syed Hasif. Hidup aku hancur. Apa yang aku inginkan, semua hancur.

Dan aku takkan biar kau bahagia, Hasif. Selagi aku masih hidup, kau takkan bahagia.

Pisau tadi ditikam sedalam-dalamnya ke dalam patung milik Safira. Patung itu diambilnya setelah Safira meninggal. Patung yang dulunya dia beri kepada Safira.

----------------------------------------------------

"Abang." Adra yang sedang memasak, memanggil suaminya yang sibuk memotong bawang. Sibuk betul kan? Suruh duduk depan je tak nak.

"Ya, sayang." Mata Hasif sudah berair. Nak menangis! Muka sedih dipamerkan kepada Adra, mengundang ketawa besar Adra.

"Alolololo macam muka angry bird waktu sedih. Hahaha!" Adra makin menghampiri Hasif, dan tangan Hasif yang masih memotong bawang, dihentikannya perlahan-lahan.

"Tulah... Sayang kan dah suruh abang duduk depan, tapi abang degil." Mata Hasif dilapnya lembut menggunakan tangannya yang bersih.

Hasif hanya diam dengan muka merajuknya. Bini gelak! Orang dah tolong potong bawang, dia boleh gelak?!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now