EPILOG

10.8K 242 66
                                    


Hasif bangun dari perbaringan apabila matahari sudah memacak di atas. Sinaran matahari yang agak terik menyakitkan mata.

Hasif menghela nafas perlahan. Dan dia tersenyum. Tempat di sebelahnya dipandang seketika dan dia tersenyum lagi.

Sudah setahun berlalu kejadian dulu, sudah setahun juga dia pergi tinggalkan aku.

Dan setahun itu juga hari-hari aku merenung tempat tidurnya yang sepatutnya di sebelahku.

Sejak pemergian Adra, Hasif bawa diri ke Dubai. Menerima tawaran sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Emirates. Tiada apa lagi yang dia boleh lakukan sekarang. Kembali kepada dunianya yang satu ini, melihat ciptaan Allah yang sangat indah di atas sana.

Kuala Lumpur, Malaysia. Terlalu banyak kenangan tentang Adra. Di mana saja pasti terlihat bayangan Adra. Berlari ceria. Ketawa riang. Dan aku masih tidak dapat menerima dia sudah pergi tinggalkan aku, untuk selamanya. Aku tak mampu menetap lagi disitu.

Perit.

Mungkin aku akan kembali ke Malaysia, tapi entah bila. Entah berapa tahun lagi aku mampu menerima semua ini.

Aku redha dengan ketentuanNya. Tapi aku cuma sedih sangat-sangat aku tak mampu selamatkan orang yang aku cinta. Wanita terindah untuk aku, wanita terbaik yang aku pernah miliki. Mana aku nak cari pengganti seperti itu?

Hasif bangun dan menuju ke meja solek, dan membuka perlahan laci meja tersebut. Diambil gambar Adra yang sedang tersenyum manis ke arahnya sambil membuat peace.

Gambar ini adalah gambar kegemarannya, di ambil sewaktu mereka berjalan-jalan di tepi pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Masih terlintas dalam ingatan bayangan Adra berlari menjerit saat aku ingin menarik tangannya ingin menolak dia jatuh ke dalam laut.

Hahaha. Indahnya waktu itu. Aku tidak dapat lupa semua itu. Adra dengan mulut becoknya, Adra yang selalu ceria, Adra yang tak pernah berhenti bercakap. Aku rindu Adra.

Kenangan indah bersama awak, saya takkan pernah lupa, Adra. Takkan sekalipun terhapus dari jiwa saya.

Sejak pertama kali bertemu awak. Sejak pertama kali kita bercakap. Sejak pertama kali kita bergurau. Sejak pertama kali saya mengaku saya sukakan awak. Sejak pertama kali awak balas cinta saya. Semuanya indah buat saya. Kenangan terindah. Saya takkan lupakan semua tu.

Hasif senyum lagi. Saya cintakan awak, Dhiya Adra. Sangat mencintai awak. Semoga tenang di sana, saya akan menyusul satu hari nanti.

Semoga kita dipertemukan kelak di syurga, untuk kekal bersama sampai bila-bila.

Sekeping gambar itu kemudiannya dibiarkan sepi di atas katil dan Hasif berlalu pergi keluar dari bilik tidur.

Dia harus kuat. Demi Adra. Demi Dhiya Adra.

Tunggu saya, sayang.

*************************

Cinta itu tidak pernah kekal. Sama ada cinta meninggalkan kau sementara atau meninggalkan kau untuk selama-lamanya. Hanya cinta Allah yang kekal sampai ke akhirnya.

Semoga kita dipertemukan dengan cinta yang kita perlukan kelak. Dan semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya.

❤❤❤

❤❤❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank you for everything, love❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank you for everything, love❤

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now