Bab 2

27.9K 379 4
                                    

"Aku kene dapatkan perempuan tu juga walau apa cara sekalipun . Aku tau dia je yang boleh tolong aku dan  aku yakin mommy and daddy akan suka pilihan aku ni comfirm !" Kata Aryan dengan penuh yakin .

****

Sampai je dirumah terus dihempas badan di sofa ruang tamu . Kepala masih memikirkan keadaan semasa menemu duga tadi . "Pelik ada ke orang temu duga macam tu eh ?" Sambil meletakkan tangan didahi

"Woii macam mana ? Dapat tak kerja tu ?" Sergah Zetty kawan karib si Medina . Zetty ni bff dari zaman U lagi .  Mereka ni dah macam adik beradik kandung dah rapat sangat . Umur pun sama .

"Hmm dapat"

"Aik orang kalau dapat kerja muka gembira kau ni muka sedih pehal?

"Ni bukan muka sedih ni muka pelik . Kau tau tak aku gi temu duga tadi mamat tu dok tenung muka aku lama lama then senyum senyum pastu kan dia cuma tanya apa sebab aku nak kerja kat situ then aku jawab pastu terus dia kata aku diterima esok boleh mula kerja dah . Kau tak rasa pelik ke ? Dahla kekwat gila aku pikir aku nak kerja je kalau tak kau tau kan mulut aku macam mana . Aku rasa macam ada something wrong la ngan mamat tu" kata Medina panjang lebar

"Lah kau ni sebab tu je kau nak termenung bagai . Come on la babe maybe dia terpesona dengan muka kau yelah muka kau kan cantik , peloles , gojes sape je yang tak tertarik dengan kau so dia taknak lepaskan peluang emas ni dia tak pikir panjang terus dia amik kau . Alah kau pikir positif jelah jangan la mudah pikir yang negatif ."

"Hmm okay la" tapi dalam otak dia masih pikir ada something yang tak kene ni tapi buat masa ni dia tolak tepi dulu yang penting dia dah dapat kerja .

****

"Alhamdulillah nasib baik baru pukul 7:47 a.m kalau tak first day dah kene buang" kata Medina sambil tengok jam di tangannya . Okay sekarang ni aku tengah duduk di meja yang ditunjukkan Atikah pekerja boss baru aku yang semalam . Meja aku betul betul depan bilik boss aku . Yelah dah nama PA mesti la sentiasa ada di sisi . Ceh ayat !

"Haa macam tu la PA aku seorang yang punctual . Bagus ! Masuk bilik aku sekarang !" Kata Aryan sambil melangkah masuk ke biliknya .

"Baik boss"sambil mengekor belakang Aryan Mukhriz .

"Nah siapkan semua kerja ni . Aku dah suruh Atikah ajar kau . Yelah baru first day kan mesti takde pengalaman lagi so make sure masa Atikah ajar kau betul betul focus sebab aku tak suka orang buat kerja cuai . Paham ?" sambil hulur beberapa fail keras hitam kepada Medina

"Okay boss" terus dicapainya fail itu dan sekarang fail sudah bertukar tangan .

"Okay kau boleh pergi buat kerja . Panggil Atikah suruh tunjuk ajar kat kau .

"Haa okay boss"

****

"Okay settle semuanya huh" keluhnya . Haduh lenguhnya tangan aku . Baru first day kot dia dah seksa aku macam ni . Ibuuu huwaa rengeknya dalam hati .  Sekarang baru dia tau keperitan nak mencari duit demi sesuap nasi . Dia tengok jam di tangannya dah pukul 5:58 p.m sepatutnya balik pukul 5:30 tapi disebabkan kerjanya yang menimbun dia terpaksa pulang lewat . Tadi masa lunch pun dia tak dan keluar dan hanya menyuruh Atikah tolong belikan mee goreng mamak dan teh o ais ikat tepi untuknya . "Medina agak terkejut apabila mendengar orang bukak pintu dan orangnya ada la boss nya .

"Asal kau tak balik lagi kau tak reti tengok jam ke ?" Kata Aryan selepas menutup pintu biliknya semula

"Cett Medina mendecit . Geram pulak dikata begitu . Ingatkan dipuji malah sebaliknya . "Saya siapkan kerja kerja yang boss bagi ni la sampai saya balik lewat ni .

"Yang kau nak settlekan semua ni harini kenapa esok tak boleh sambung ke bukan nak kene hanta esok pun semua ni . Tak payah nak acah rajin sangat la . Kalau ikutkan kerja memang tak pernah habis" kata Aryan agak pedas

Eii geramnya aku . Mulut tu takde insurance ke cakap main lepas  je . Ergh nasib boss ! " Hehe sorry boss" tu je yang mampu keluar kang lebih lebih kang jadi harini first and last day kerja . Matilahnakk !

"Dah gi balik nak dekat malam ni . Bahaya perempuan balik lewat lewat ni .

"Baik boss . Caring jugak boss dengan saya eh" kata Medina sambil sengeh macam cendawan busuk . Eh?

"Takde masa aku nak caring dengan kau . Aku pikir kau tu PA aku je kang tak pepasal aku nak kene cari orang lagi jadi PA aku . Dah nyusahkan aku !

"What the heck ?! Kuajaaq betul aku ingat ye ye je dia caring kat aku . Hilang langsung senyuman ayu aku ! "Yelah saya balik dulu bye !" Walaupun sakit hati tapi kene hormat jugak sebab apa sebab dia boss kau !

****

"Assalamualaikum Mommy...Daddy... mana semua orang dalam umah ni ? kata Aryan sambil mencari cari kelibat orang di dalam rumah

"Waalaikummussalam . Haa Ayyan ada apa datang ni ? Kata Tan Sri Hisyam daddy Aryan  sambil turun dari tangga

"Aryan ada hal nak bincang ni tu yang datang mommy mana ? sambil berjalan ke daddy dan salam tangan orang tua itu

"Ada kat belakang kot tengok bunga bunga dia . Pegi la panggil mommy kat belakang daddy tunggu kat ruang tamu ni ha kata ada hal nak bincang kan ?"

"Haah . Okay daddy Ayyan panggil mommy jap" sambil melangkah pergi ke tempat daddy katakan tadi .

****

"Haa ada apa Ayyan nak kami berkumpul ni ? Apa yang Ayyan nak bagitau pada kami ?" Tanya daddy yang sedari anaknya dari tadi hanya diam .

"Haah Ayyan kata nak bincang tadi bagitaula apa yang nak dibincangnya ?" kata Puan Sri Marina mommy Aryan

"Hmm Ayyan dah dapat . Mommy and daddy buatla apa yang patut .

"Along dah dapat calon bini ke along ? Seriously ? Lawa tak ? Baik tak ? tanya Yana pula adik Aryan yang kerja bawah daddy

" Iyeke Ayyan ? Ya allah alhamdulillah akhirnya mommy and daddy nak dapat menantu dah" kata mommy yang kelihatan sangat teruja

"Penuhi ciri ciri menantu pilihan mommy and daddy tak ? Kalau tak baik kami buka program pilihan menantu Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Marina lagi 3 minggu tu" kata daddy

"Insyaallah mommy and daddy suka . Nanti Ayyan bawak dia datang sini okay".

"Hmm kalau macamtu baiklah . Jangan lama lama sangat kami tak sabar nak timang cucu ni . Kata daddy .

" Haa okay" . Mommy and daddy memang sudah lama menyuruh Aryan kahwin kerana hendakkan cucu . Katanya mereka bosan duduk rumah sunyi takde suara budak . Sebab itu mereka wujudkan program tersebut . Dan disebabkan ini la Aryan terpaksa menggunakan Medina untuk menjayakan misi dia . Maafkan aku Medina aku terpaksa . Kalau tak aku kene kahwin dengan pilihan mommy and daddy . Aku taknak ! Pilihan orang tua bukan boleh pakai . Mulai esok aku akan mulakan misi aku ." Get ready Medina" kata Aryan dalam hati sambil tersenyum sinis tanpa disedari keluarga Aryan






Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now