"Kenapa awak sangat nak balik ?" Tanya opah yang baru nak duduk di meja makan untuk sarapan
"Aryan ada kerja sikit opah nak dibuat dekat KL tu yang nak gerak pagi pagi ni" kata Aryan sambil makan mihun goreng yang dibuat oleh Medina . Aryan sudah berseluar jeans hitam bersama tshirt polo purple kerana lepaa sarapan terus balik ke KL
"Ouh iyelah . Ni adik taknak tinggal sini dengan opah sekejap?"
"Hmm tak la kot opah nanti Aryan rindu dekat adik kan abang kan?" Sambil kenyitkan matanya . Medina sudah siap dengan baju blouse bersama seluar jeans biru dan bertudung purple .
"Eii mana ada opah Medina ni yang selalu nak berkepit dengan Aryan . Tak boleh langsung Aryan hilang" kata Aryan
"Mana ada"
"Ada"
"Mana ada"
"Assalamualaikum" orang diluar memberi salam
"Waalaikummussalam" laung opah dari dalam .
"Jap opah pegi tengok" lalu opah terus pergi ke pintu dekat dapur
"Lah kamu Nizam meh masuk" pelawa opah
Aryan yang mendengarnya terus hilang selera makan .
"Ingat sayang jangan nak over abang jealous!"pesan Aryan perlahan
"Eleh semalam ada orang tu kata tak jealous" ejek Medina
"Medinaa!" Suara tegas tapi masih keadaan berbisik
"Haha yelah"
"Meh duduk Nizam makan sekali" pelawa opah
"Ha takpe saya datang ni sebab mak suruh bagi lauk sikit ni ha opah" kata Nizam lalu dihulurkan pada opah
"Ouh sedapnya ayam sambal awalnya mak kamu masak baru pukul 9 pagi" kata opah
Aryan dan Medina hanya makan dan sesekali tengok opah dan Nizam . Medina nak bersuara takut si suami cop gatal nanti merajuk pula"Itulah mak kata ttbe rasa harini semangat nak masak pagi haha" kata Nizam diselangi dengan tawa
"Ouhh meh sini duduk Nizam makan sekali opah pegi ambik cawan kejap" kata opah
"Eh opah takpe Zam nak balik dahni"
"Takpe duduk kejap je" laung opah di belakang yang sedang amik pinggan dan cawan untuk tetamu .
"Kau nak gi mana lawa lawa macam ni?" Tanya Nizam yang baru melabuhkan punggung disebelah opah
"Ha aku nak balik KL dahni" jawab Medina yang baru bersuara apabila ditanya
"Lahh nak balik dah sekejapnya aku tak dan nak hilangkan rindu kat kau " kata Nizam niatnya gurau
"Err Aryan ada kerja sikit tu yang kene balik awal" kata Medina gugup risau Aryan marah dan berubah badmood
"Ouhh yelah " kata Nizam sambil angguk
"Ha nah jamah sikit bihun Medina yang buat ni" kata opah yang baru membawa pinggan berisi bihun dan disua pada Nizam
"Medina yang buat wahh dah pandai kau masak eh" kata Nizam
"Haha pandai la sikit sikit" kata Medina yang dah siap makan . Aryan juga .
"Mmm sedap gila kalau kau dok kampung ni boleh la aku rasa lagi air tangan kau ni hari hari" kata Nizam selamba
Aryan yang dengar itu terus bangun dan keluar rumah . Mahu tenangkan hati yang terbakar .
"Abang nak gi mana ? " tanya Medina
"Luar . Cepat sikit makan nak balik dahni"kata Aryan kemudian berlalu pergi
"Hm okay"
"Kenapa dengan laki kau tu ?" Tanya Nizam seperti soalan bodoh
"Ha takde pape dia memang macam tu . Ok la aku nak gi basuh pinggan jap" kata Medina kemudian terus berdiri dan ambil pinggannya dengan Aryan lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh
"Takpelah adik letak je nanti opah basuh nanti habis baju kamu basah pulak" kata opah dari meja makan
"Takpe opah sikit je"
"Hm iyelah"
"Kamu Nizam jangan la cakap macam tu dah dengan Medina laki dia cemburu . Dulu boleh la takde sape yang nak cemburu" tegur opah
"Lah iyeke mintak maaf opah Zam mana tau sebab dah terbiasa cakap macam tu dengan Medina" kata Nizam yang baru menyedari kesilapannya .
"Ha tak apa kamu tu pegi la cari jodoh kamu tu mak kamu dah bising sangat dah kata anak dia tak kahwin kahwin . Kamu tu umur dah 30 . Bukan takde rupa elok je handsome kerja pun elok tauke kedai makan"
"Err baik opah" sambil garu belakang tengkuk
"Opah jom kami nak gerak dahni"kata Medina yang baru lepas siap basuh pinggan . Kemudian dicapai handbag nya di atas meja makan .
"Ha yelah mari" kata opah lalu bangun . Nizam juga turut bangun dan keluar bersama dengan opah .
Aryan yang panaskan enjin tadi pergi ke arah opah yang sudah berada di luar .
"Opah" kata Aryan sambil salam tangan orang tua itu .
"Hati hati memandu jangan bawak laju rasa penat ke mengantuk berhenti mana mana RnR berehat . Faham?" Pesan opah
"Baik opah "
"Bro aku gerak dulu" kata Aryan pada Nizam yang berada di sebelah opah lalu mereka berjabat tangan . Walaupun hatinya sakit tapi dia tetap hormat orang .
"Ha okay selamat memandu" kata Nizam
"Opah sorry tak dapat nak duduk dengan opah lama sikit" kata Medina sambil salam tangan opah
"Takpe opah paham dah jadi bini orang kan . Ni kamu tu jaga suami elok elok jangan derhaka dengar cakap suami . Jaga diri tu baik baik ni cicit opah jaga betul betul . Paham ?" Pesan opah pada Medina
"Cicit ? Dia dah mengandung rupanya" kata Nizam dalam hati
"Ye opah . Weh aku balik dulu tolong jaga opah aku tau " kata Medina pada Nizam pula
"Yee kau tak pesan pun memang aku jaga la" kata Nizam
"Haha yelah kami gerak dulu assalamualaikum" kata Medina kemudian berlalu masuk ke dalam kereta .
"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak .
Pon pon
Kereta marcedez Aryan sudah jalan .
Opah dan Nizam angkat tangan .
"Abang okay?" Tanya Medina lepas kereta bergerak
"Hmm" jawab Aryan sepatah
"Nak merajuk lagi lahtu . Abang ni jangan terlampau ikut kan sangat cemburu tu . Kawal sikit okay " kata Medina lalu dicubit pipi Aryan yang tengah drive tu
"Hm tengok la macam mana" kata Aryan
"Abang kenapa nak balik awal sangat bukan ke cuti abang ada lagi 2 hari ?"
"Tadi PA abang call kata client nak meeting harini . Malam ni la abang kene pegi jumpa . Sorry sayang"
"Hm takpelah nak buat macam mana" kata Medina
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...