"Assalamualaikum opah" laung orang dari luar
Opah , Aryan dan Medina yang sedang minum petang sambil jamah kuih itu terdengar orang bagi salam .
"Kejao opah pegi tengok" kata opah sambil berura ura mahu bangun
"Eh takpayah opah biar adik yang pegi tengok" kata Medina kemudian keluar pergi lihat siapa yang bagi salam tadi
"Waalaikumussalam . Ya allah kau Zam weh lama gila dah aku tak jumpa kau . Kau apa khabar ?" Tanya Medina teruja
"Lah kau ada dekat sini . Aku pun lama tak dengar cite kau . Aku okay je sihat . Kau macam mana sihat ?" Tanya Nizam pula
"Alhamdullillah aku sihat . Kau bawak apa tu ?" Tanya Medina
"Ouh ni aku bawak lepat pisang mak aku buat nak bagi opah . Aku mana tau kau ada sini kalau tak aku bawak lebih tadi" kata Nizam sambil hulurkan tupperware yang berisi lepat pisang itu .
"Ya allah sedapnya lama gila dah aku tak merasa air tangan mak kau . Eh meh masuk kita borak dekat dalam" kata Medina sambil memberi ruang ke Nizam untuk masuk
Nizam masuk kedalam rumah dibuntuti Medina
"Lah kamu Nizam . Meh sini duduk" pelawa opah sambil menepuk kerusi di sebelahnya .
Aryan yang sedang minum air teh itu hampir tersedak apabila opah menyebut nama itu .
"Terima kasih opah" kata Nizam apabila opah menghulur kuih dan air kepadanya .
"Weh sedap gila mak kau buat . Lama dah aku tak makan lepat pisang" kata Medina yang berhadapan dengannya sambil menjamah lepat pisang itu .
"Haha kalau nak rasa lagi meh la datang rumah aku mak aku mesti happy punya bila kau datang"kata Nizam
Aryan disebelah Medina hanyq diam membisu . Benci !
"Haa nanti kalau aku ada masa aku gi rumah kau . Aku pun dah lama tak jumpa mak kau rindu" kata Medina
"Haha mak aku je aku ? Tanya Nizam gurau
"Ish kau ni buat apa aku nak rindu . Aku menyampah ada la" kata Medina juga gurau
"Tengok la opah dahla kita je yang sentiasa ada dengam dia masa dia bosan waktu kecik kecik dulu . Sekaramg kerek kan opah kan" adu Nizam pada opah . Opah geleng kepala je .
"Haha takde la aku gurau je . Ada la rindu sikit sikit . Rindu nak panjat pokok dengan kau sampai aku jatuh then aku nangis pastu kau pujuk aku suruh berhenti nangis sebab kau takut kene marah dengan opah aku ajak aku panjat pokok hahaha" kata Medina sambil ketawa . Aryan disebelahnya tidak dipedulikan . Dia dah lupa dengan pesanan Aryan dulu .
"Hahaha kau ni jangan la cite yang tu malu la aku" kata Nizam sambil garu belakang tengkuk
"Eleh kau nak malu malu pulak" kata Medina sambil ketawa
"Haha tapi kau ingat tak yang kau nak mandi sungai tapi kau tergelincir sampai air deras nak bawa kau la dahla badan kau kecik nasib baik la ada superhero kat situ kan yang selamatkan kau hahaha" kata Nizam pula sambil ketawa .
"Hahaa eleh nak kata diri tu superhero la sebab selamatkan aku . Tapi memang nasib baik la ada kau . Dahla time tu aku tak boleh jalan sebab kaki aku sakit lepas tergelincir tu "kata Medina
"Pastu aku la yang kene angkat kau gaya bride style sampai ke rumah . Nasib badan kau kecik . Sampai je rumah kau opah marah Nizam kan sebab tak jaga Medina betul betul hahaha ingat tak opah" kata Nizam kemudian pandang opah
Aryan yang dengar itu terus naik ke atas ambil kunci motor opah .
"Opah Aryan pinjam motor opah kejap" kata Aryan lalu keluar tanpa dengan balasan opah . Opah baru nak tanya pegi mana . Nizam dan Medina juga tengok Aryan .
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...