Bab 53

15.9K 207 0
                                    

Setahun kemudian

"Ya allah Ayyan apa nak jadi dengan kamu ni ? Sudah la tu . Kamu kene move on" kata mommy Aryan sambil bukak langsir bilik Aryan .

"Mommy tutup balik Ayyan tak suka terang" marah Aryan yang masih baring atas katil .

"Jangan nak mengada Ayyan . Dah pukul 1 tengah hari ni pergi bangun mandi sekarang" kata mommy Aryan sambil kutip baju baju Aryan yang bersepah atas lantai . Ini lah rutin mommy Aryan setiap hari selama setahun ni . Aryan dah tak pandai jaga kebersihan dirinya . Asyik terperap sahaja dalam bilik . Office pun dah taknak masuk selama setahun ni . Penat daddy berleter tapi langsung tidak diendahkan .

"Kejap lagi la Ayyan mandi" kata Aryan

"Banyak la kejap lagi kamu . Pergi mandi sekarang . Kalau tak selagi mommy tak kerah kamu pergi mandi kamu memang takkan pergi kan . Dah bangun" kata mommy Aryan sambil tarik tangan Aryan untuk bangun .

****

"Medinaaa !!" Jerit Zetty di airport sambil berlari anak dapatkan Medina .

"Rindunya aku dekat kau weh" kata Zetty sambil memeluk erat sekali Medina .

"Ye aku pun rindu gila gila dekat kauu" kata Medina juga

"Ya allah kau makin cantik eh sekarang duduk dekat negara omputeh" kata Zetty yang sudah leraikan pelukan sambil tarik pipi Medina

"Sakit la gila" kata Medina sambil gosok pipinya yang sudah merah akibat dicubik oleh Zetty .

"Medina comelnyaa anak anak kauu" jerit Zetty yang sudah beralih arah ke stroller anak Medina . Kak Suri yang dari tadi pegang stroller anak anak Medina kemudian dilepaskan untuk bagi ruang Zetty untuk bermain . Kak Suri baby sitter anak anak Medina .

"Untungnya kauu . Dahla dapat baby kembar lepastu sepasang and comel gilaaa . Ni mesti ikut aunty ni kan" kata Zetty sambil bermain dengan anak anak Medina . Mereka hanya senyum je bila Zetty agah .

"Eii perasannya kau . Ofc la dia ikut aku . Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" kata Medina yang puji diri sendiri .

"Eii kau ni dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah kan suka angkat bakul sendiri" kata Zetty sambil dongak memandang Medina yang berdiri

"Suka hati aku la kenyataan kot" kata Medina

"Baby girl kau serious sebijik muka Aryan weh baby boy sebijik muka kau" kata Zetty

"Kau jangan sebut nama dia boleh tak aku menyampah" kata Medina

"Sorry . Tapi takkan kau nak putuskan hubungan anak dengan ayah diorang" kata Zetty yang sudah bangun

"Dah bapak dia pun tak mengaku anak buat apa aku terhegeh hegeh nak bawak anak aku dekat dia" kata Medina

"Tu dulu Medina . Lepas kau dah pergi ikut abang kau serioua aku tengok Aryan dah macam orang gila asyik menangis je even sampai sekarang ni aku dengar Aryan dah tak masuk office asyik terperap dalam bilik " kata Zetty

"Dah la malas aku dengar pasal dia . Ni yang penting aku balik ni sebab nak datang majlis kahwin kau . Weh sumpah aku tak caye kau tiba tiba bagitau aku kau nak kahwin . Diam diam eh" kata Medina yang sudah menukar topik

"Hahaha thank you sebab sanggup balik untuk datang majlis kahwin aku" kata Zetty terharu .

"Haha takde hal la . Kau kan sahabat dunia akhirat aku . Kau dah banyak tolong aku takkan la hari bahagia kau aku tak datang . Tapi tulah aku tak boleh nak jadi pengapit kau sebab aku dah ada 2 handbag sekarang . Tak menang tangan aku hahah" kata Medina

"Haha takpe aku paham . Aku dah suruh cousin aku jadi pengapit dah" kata Zetty

"Haha okay . Ni siapa lelaki malang yang kahwin dengan kau ni?" Kata Medina selamba

"Ahh padan muka kene dengan aku" marah Zetty sambil cubit perut Medina

"Auhh sakit gile !" Kata Medina sambil gosok perutnya yang dicubit oleh Zetty .

"Siapa suruh cakap macam tu" kata Zetty seperti merajuk

"Elele sorry aku main main je . Alah lagi 3 hari lagi kau nak jadi isteri orang tak payah la nak merajuk bagai ni" kata Medina sambil tepuk belakang Zetty perlahan .

"Hmm yelah . Ni kau nak gi mana ? Duduk mana ?" Tanya Zetty

"Aku cadang aku duduk rumah arwah ibu aku dulu sampai kenduri kahwin kau then aku duduk rumah opah aku dekat Kedah" kata Medina

"Ha okay jom la gerak" kata Zetty

"Ha jom . Kak Suzi tolong bawak beg beg ye biar saya tolak stroller ni " kata Medina kemudian diambil stroller kembar itu dari pegangan kak Suzi dan jalan .

****

"Alala anak mommy nak apa ni ?" Tanya Medina pada anak lelakinya yang bernama Aiden Zafriel

"Nyen nyen" sebut Aiden pelat

"Nak nenen ni Aiden lapar ni sayang " kata Medina kemudian diangkat anak lelakinya di pangkuan riba dan di nenenkan . Sungguh rakus anaknya mengisap . Mungkin terlampau lapar agaknya . Tengah Aiden nenen tiba tiba anak perempuannya yang sedang tidur di sebelah tadi menangis . Ah sudah tak menang tangan .

"Shh shh sabar ye sayang " pujuk Medina

"Kak Suzi , Kak Suzi" laung Medina dari dalam bilik

"Ye puan kenapa ?" Tanya Kak Suzi yang baru buka pintu biliknya .

"Ni Airis menangis . Saya tengah susu kan Aiden ni . Tolong bagi dia susu yang saya baru pam tadi atas meja tu " kata Medina

"Baik puan" kata Kak Suzi kemudian diambil susu tersebut dan disumbat dalam mulut Airis sehingga lena .


"Puan Airis dah tidur . Nak letak mana ni ?" Tanya Kak Suzi

"Letak dalam baby cot la kak nanti dia duduk sini mudah terjaga sebab katil bergerak gerak" kata Medina

"Okay" kemudian diletakkan dalam baby cot twin yang baru dibeli semalam untuk kegunaannya sepanjang berada di Malaysia ni .

"Saya keluar dulu ye puan" kata kak Suzi kemudian keluar sebelum mendapat anggukkan dari Medina . Sebenarnya Medina dah berapa kali melarangnya panggil puan just panggil Medina saje tapi dia kata tak boleh . Ini memang panggilan yang formal apabila bekerja . Jadi Medina hanya biarkan sahaja .

"Lamanya sayang gayut ni" kata Medina sambil menarik putingnya dari mulut Aiden . Aiden kalau dah dapat nenen payah nak lepas . Pelan pelan Medina menarik putingnya dari mulut Aiden sampai terlepas . Medina menutup nenennya semula dan letakkan di baby cot tempat Airis tidur .

Kemudian Medina cium kedua dua anak kembarnya itu . Medina juga tak percaya yang dia mengandung anak kembar . Semasa di Malaysia setiap kali scan tak jumpa kata doktor dia selalu menyorok . Sekali masa nak bersalinkan Airis tiba tiba doktor kata push lagi katanya ada lagi sorang dan keluar la Aiden . Dia sungguh bersyukur dengan pemberian ni walaupun menjadi ibu tunggal tapi dia tak pernah merasa kesusahan kerana disana Medina bekerja di pejabat ayah Laili . Anak anaknya pula ditinggal bersama baby sitternya Kak Suri . Abangnya Paan dan kakak juga selalu membantunya dalam menguruskan bayi .

"Mommy sayang anak anak mommy " bisik Medina perlahan

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now