Bab 46

12.2K 169 1
                                    

"Hai alone ?" Tanya Nadia

Aryan yang menyedari akan kehadiran orang yang dibencinya terus pergi ke tempat lain .

"Baby baby you nak pergi mana ? Rileks la I just nak tenangkan hati you je" kata Nadia yang masih mengekor Aryan .

"Kau boleh bla tak perempuan semak" kata Aryan tanpa memandang Nadia . Dia masih meneruskan jalannya tanpa arah tuju . Hanya berjalan sekitar KL untuk tenangkan hatinya . Biasanya bila dia sakit hati dia akan lepak dengan Khairi tapi memandangkan Khairi dah tau masalahnya dan still back up Medina sebab tu dia taknak lepak dengannya . Sudah la hatinya sakit sebab Medina tapi dia masih back up Medina . Jadi itu membuatkan hatinya bertambah sakit . Iyelah sahabatnya sendiri tak back up dirinya .

"Alah chill la I akan hilangkan tekanan you malam ni please" kata Nadia sambil rangkul lengan Aryan dan menyandarkan kepalanya di lengan Aryan . Tanpa disedari Aryan gambar mereka diambil .

"Kau ni pahal miskin kasih sayang sangat ke ? Berambus la semak kau tau ! Konon hilangkan tekanan aku . Kau tau kau datang ni lagi menambahkan tekanan aku" marah Aryan yang sudah hentikan jalannya nak memandang Nadia .

"Please baby just for toninght . I promise you akan enjoy this night" kata Nadia sambil peluk Aryan dan sengaja mengenakan buah dadanya di dada Aryan dan bergerak ke kiri dan kanan untuk menghairahkan Aryan .

Aryan yang merasakan itu mula ghairah . Dia sudah lama tidak merasa sentuhan wanita sejak bergaduh dengan Medina . Aryan hanya membiarkan perbuatan Nadia . Video mereka diambil secara senyap .

Nadia yang perasan itu terus senyum kegembiraan . Yes peluang emas !

"Jom I bawak you tempat yang kita boleh enjoy dan dapat hilangkan stress you" kata Nadia sambil membawa lengan Aryan . Aryan hanya ikut seperti dipukau .

"Eh tu bukan Aryan ke ?" Tanya Khairi seorang diri

"Ya allah Aryan apa nak jadi dengan kau ni ? Kau boleh keluar dengan betina lain ?" Kata Khairi

"Diorang nak pegi mana tu ? Aku kene follow ni" kata Khairi kemudian dia follow Aryan secara senyap .

"Kau masuk club Aryan ? Seriously sampai macam ni sekali kau dah berubah ? Aku kene bantu dia sebelum dia jadi lagi teruk . Aku tak sanggup kawan baik aku jadi teruk macam ni" kata Khairi sambil ikut Aryan masuk ke dalam club juga . Semasa ditahan oleh bonzer Khairi bagi duit yang agak banyak baru la dia lepas masuk . First time jejak kaki di tempat setan ni .

Khairi hanya duduk jauh dari Aryan untuk perhatikan apa yang dibuat oleh Aryan . Tiba tiba dia ternampak seseorang sedang merakam atau menangkap gambar Aryan dan seorang perempuan . Perempuan itu sudah berjaya menewaskan Aryan . Khairi masih tidak nampak siapa perempuan tersebut .

"Nah you minum ni baby and I sure your problem akan hilang" jerit Nadia kerana musiknya yang kuat

"No it's okay I tak minum arak" kata Aryan sambil tangannya sekejap bermain dipinggang sesekali diperut Nadia .

"You must try this and I sure you enjoy this tonight" kata Nadia yang masih mendesak . Sebenarnya dia sudah plan untuk bagi Aryan mabuk supaya senang kerjanya untuk dapatkan Aryan . Dia mahu bagi Aryan mabuk dan bawanya ke hotel . Kemudian panggil jais dan menangkapnya . Dengan cara itu dia boleh kahwin dan dapatkan harta Aryan .

Aryan yang sudah tak memikir apa diambil cawan tersebut . Baru mahu diteguk cawannya ditepis hingga jatuh ke bawah . Aryan dan Nadia tengok siapa gerangan yang berani menolak cawan tersebut jatuh .

"Khairi" panggil Aryan terkejut . Dia tak sangka kawannya itu turut berada disitu .

"Kau memang betina tak guna" kata Khairi selepas menampar Nadia kemudian ditumbuk muka Aryan 2 kali .

"Kau pahal nak tumbuk aku ?" Marah Aryan apabila mukanya ditumbuk . Nadia di tepi takut .

"Aku tak sangka kawan baik aku boleh jejak kaki dekat tempat setan ni ?! Kau ni manusia jenis apa haa sampai sanggup jejak kaki dekat sini lepastu minum air kencing setan . Bro kalau kau ada masalah pun bukan ni cara penyelesaiannya" marah Khairi . Aryan diam membisu . Dia baru sedar akan kelakuannya .

"Dan kau betina kau ni memang tak reti serik kan ? Aku nampak muka kau lagi sekali kacau Aryan aku akan make sure kau mati" ugut Khairi sebelum menarik tangan Aryan .

"Kau pergi balik sekarang . Aku dapat tau kau jejak kaki dekat tempat setan ni lagi aku akan bagitau mommy dengan daddy !" Kata Khairi . Khairi memang panggil mommy and daddy jugak diorang yang suruh .

"Okay fine aku balik!" Kata Aryan kemudian dibawa diri ke kereta .

Khairi geleng kepala melihat Aryan yang sekarang . 100% berubah . "Aku akan cari siapa punca semua ni Aryan " kata Khairi seorang diri kemudian dia pergi jauh dari tempat itu .

****

"Siapa yang hanta chat banyak sangat malam malam ni" kata Medina sambil meraba raba cari phone dengan mata terpejam .

"Gambar dengan video apa ni ?" Tanya Medina seorang diri sambil download .

Apabila selesai download Medina buka gambar itu dahulu dan tak semena mena airmatanya menitis di pipi .

Gambar seorang perempuan tengah peluk lengan Aryan dan disandarkan kepalanya di lengan Aryan . Dia tak sangka lepas Aryan mengamuk tadi dia keluar . Medina ingat Aryan masuk ke biliknya .

Kemudian dibuka video pertama .  Baru dia tahu siapa yang bersama Aryan .

"Nadia ? Kau kata kau benci dia Aryan ? Tapi kenapa dalam video ni tak sama macam apa yang kau cakap ?" Kata Medina sambil nangis . Matanya masih melihat isi video tersebut .

Dalam video pertama itu Nadia seperti menggoda Aryan . Aryan seperti termakan dengan godaan Nadia . Kemudian mereka berjalan bersama sambil Nadia merangkul lengan Aryan . Betapa pedihnya hati Medina melihat video ini tapi dia tau yang ini bukan salah Aryan . Dia yakin bahawa Aryan hanya cintakannya .

Kemudian dibuka video kedua dimana Aryan sedang memeluk Nadia . Tangan Aryan bermain main dipinggang dan perut Nadia dan tempat ni di club  "Ya allah Aryan sampai macam ni sekali kau berubah ? kenapa kau sanggup buat aku macam ni ?" Rintih Medina sambil menangis . Sungguh sakit hati ini hanya tuhan yang tau .

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now