"Assalamualaikum opah oh opah" laung Medina dari luar rumah opahnya
"Waalaikummussalam" kata opah sambil buka pintu
"Opahh!!" Jerit Medina sambil berlari anak peluk opahnya
"Ya allah cucu opahh"sambil tepuk belakang Medina
"Rindu opah"
"Tulah kamu lama sangat tak balik "
"Hehe busy opah"
Selepas mereka selesai berpelukan Aryan pergi ke opah untuk bersalam
"Opah" Aryan salam dengan penuh hormat sambil senyum
"Amboi cucu menantu opah segaknya nama apa ni ?"kata opah selepas selesai salam
"Aryan opah" kata Aryan dengan senyuman
"Adik kan cantik mesti dapat laki handsome" kata Medina riak
"Banyak la kamu punya cantik muka macam bontot kerbau opah dekat ladang tu ada hati nak puji diri sendiri" kata opah selamba
"Opahh!!" Marah Medina sambil hentak kaki
Aryan hanya gelak dengar kata kata opah tadi . Tulah lain kali perasan sangat kan dah kene .
"Dah dah jangan merengek macam budak darjah 1 jom naik Aryan tinggal je budak tu "kata opah lagi sambil tarik tangan Aryan
"Bye sayang" kata Aryan sambil kenyit mata dekat Medina
"Opahh apa ni nak balik la macam ni !" Sambil berpeluk tubuh
"Ha elok la pegi la balik suruh kerbau hantar pegi kolumpo (KL)
. Aryan harini opah ada masak betik rebus pastu kamu cicah dengan sambal belacan makan dengan ayam goreng celup tepung uish memang terangkat tau . Rugi la sape yang tak makan nanti kan Aryan" kata opah dengan kuat sengaja menguji Medina"Yeke opah sedapnya" kata Aryan juga kuat
"Haduh rasa macam nak terkeluar dah air liur aku ni sedapnya opah ni memang sengaja kan pegi sebut fav makanan aku" kata Medina perlahan
"Em opah tak jadi la merajuk" sambil pegang tangan opah yang tengah berjalan dengan Aryan
"Sekarang adik nak makan bye" kata Medina sambil melepasi opah dan Aryan yang di depan tadi kemudian terus ke dapur
"Ha kamu tengok la bini kamu tu pantang dengar lauk kegemaran dia hilang terus merajuk" kata opah pada Aryan disebelahnya
Aryan senyum dan geleng kepala kemudian mereka berjalan pergi ke dapur untuk makan .
Aryan duduk disebelah Medina manakala opah duduk bertentangan dengan Medina .
"Adik pegi cedok nasi laki kamu dulu" kata opah
"Ha ok opah" kata Medina yang sedang cedok lauk untuknya kemudian terus bangun ambil pinggan dan cedokkan nasi untuk Aryan
"Cukup ?" Tanya Medina lepas cedok nasi dan lauk masuk ke pinggan Aryan
"Okay cukup" kata Aryan
Kemudian Medina duduk dan mulakan aktiviti makannya .
"Opah tak makan ke?" Tanya Aryan
"Opah dah makan tadi lepas siap masak lapar sangat pagi tadi makan kuih je"
"Ouhh"
"Opah sedapnya sambal belacan opah pedas gilaa" kata Medina dengan mulut yang penuh sambil cedok sambal belacan banyak masuk ke pinggannya .
"Makan pelan sikit adik nanti tersedak pedas karang" tegur opah
"Ye opah"
"Sayang banyaknya bubuh sambal belacan bahaya la" tegur Aryan
"Alah kalau sikit tak sedap"
"Mana boleh macam tu kamu tu mengandung tak boleh makan pedas banyak" kata opah
"Alahh tapi.."
"Takde tapi tapi nanti effect dekat baby macam mana?" Tegur Aryan tegas sambil ambil sambal belacan dalam pinggan Medina yang banyak tu kemudian dibubuh atas pinggan kosong .
"Hm yelah"
Opah hanya perhatikan je Medina dan Aryan makan
"Makin berisi kamu ni adik dah berapa bulan ? Tanya opah
"Baru 3 bulan opah" kata Medina
"Ouh ha yelah opah nak naik dulu solat zohor tadi sibuk ngemas dapur . Korang makan la ye" kata opah sambil bangun
"Okay opah"jawab mereka serentak lalu mereka menyambung makan semula
****
"Cantiknya sawah kat sini opah tenang je rasa" kata Aryan yang sedang duduk di kerusi batu bersama opah sambil menikmati pandangan yang cantik ni . Medina sudah terbongkang dalam bilik akibat penat dan melantak makanan banyak sangat
"Itulah kelebihan duduk kampung ni jauh dari dunia sibuk . Tenang je rasa" kata opah
Aryan hanya senyum
"Mana budak adik ni tak nampak batang hidung dah lepas makan tadi" tanya opah
"Dia tengah tido opah katanya tak larat nak bangun sebab terlajak makan tadi . Mana taknya nasi saje 3 kali tambah tak cukup dengan tu habis semua stok makanan opah dekat dapur tu dia telan . Lepastu buah pelam dalam peti opah tu habis semua dimakannya" kata Aryan sambil pandang muka opah
"Ya allah banyaknya dia makan yang buah pelam pun dia habiskannya ? Masam tu opah pun tak boleh nak telan dapat dekat adik habis terus?" Tanya opah pelik
"Ye opah selera Medina sekarang tengah pregnant lain sangat . Jadi kuat makan sangat . Tak cukup dengan tu kekadang malam malam buta opah dalam pukul 2-3 pagi mintak macam macam . Mana nak cari lepastu bila tak dapat dia akan menangis tersedu sedu" cerita Aryan
Opah geleng kepala dengan perangai cucunya itu .
"Nasib kamu la Aryan kene layan perangai ibu mengandung sampai macam tu" kata opah sambil tepuk belakang Aryan
Aryan senyum" takpe Aryan tak kisah pun apa la sangat nak dibandingkan jasa Medina yang sanggup kandungkan zuriat Aryan dan bertarung nyawa untuk lahirkan anak kami" kata Aryan
"Alhamdulillah untung Medina dapat laki macam kamu yang tau hargai jasa seorang wanita dan ibu" kata opah sambil senyum
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...