Bab 31

11.8K 196 1
                                    

"Arghh bodoh bodoh bodoh" kata Nadia sambil hentak stereng dengan tangannya

"Lepastu kita nak buat apa ni bos?" Tanya salah seorang upahan Nadia

"Aku tak kira aku nak betina tu mati harini jugak aku dah tak tahan nak hidup macam ni" kata Nadia

"Dah korang boleh bla biar aku buat semua ni sendiri" kata Nadia psiko

"Tapi boss"

"Aku kata bla tu bla la . Nanti ada kerja lagi aku panggil korang . Soal duit tunggu semua ni settle baru aku bagi . Dah berambus" kata Nadia sambil menghalau . Mereka bertiga akur dan keluar dari kereta .

"Aku akan pastikan kau mati dekat tangan aku betina tak guna HAHAHA" kata Nadia sendiri kemudian gelak seperti orang gila

****

"Ha ye saya akan jaga dia betul betul dan takkan tinggalkan dia" jawab Zetty dalam talian

"Okay bagus . Saya dah hanta orang untuk jaga bilik tu . So jangan sesekali keluar dari bilik tu paham" kata Aryan lagi

"Dia hanta orang jaga bilik ni ? Gumam Zetty perlahan kemudian dia pergi ke arah pintu dan buka sedikit .
Bulat mata Zetty apabila tengok 2 bodyguard yang berbadan sasa sedang berdiri di depan pintu bilik mereka . 2 orang bodyguard tersebut yang menyedari mereka dipandang toleh kebelakang .

"Hehh" sengih Zetty kemudian ditutup pintu

"Hello Zetty woii" sergah Aryan entah kali keberapa sebab Zetty tak menjawab soalannya

"Eh ha sorry ye apa ?" Jawab Zetty kalut . Lupa pulak yang dia sedang bercakap dengan Aryan

"Saya tanya Medina okay tak ? Dia buat apa ? Tanya Aryan lagi

"Ouhh dia okay . Sekarang dia tengah tido sebab terlampau banyak makan . Dah macam orang bela hantu raya dah dia makan . Banyak gila bini awak makan" cerita Zetty jujur

"Makan banyak?" Tanya Aryan

"Haah awak jangan pelik la tadi dengan awak dia taknak makan . Tu tandanya dia protes jadi dia takkan makan dengan orang yang buat dia sakit hati . Awak bersabar je . Awak kene usaha lebih la nak dapatkan kemaafan dari dia . Medina payah nak marah orang tapi sekali dia dah marah memang susah sangat nak dapatkan kemaafan dari dia . So I wish you goodluck okay" kata Zetty

"Hm okay . Saya akan usaha . Thanks sebab tolong jaga dia . Okay la asslamualaikum"

"Waalaikummussalam" lalu panggilan dimatikan .

****

Nadia sudah masuk di dalam hospital dan berpakaian cleaner dengan mask yang menutup hidung .

Dia berpura pura mop untuk memantapkan lagi lakonannya . Sambil mop dia mencari cari bilik Medina .

"Jangan bagi sesiapa langsung masuk bilik isteri aku pahamm ?!" Kata Aryan melalui panggilan

"Baik bos" kata salah seorang bodyguard yang menjaga bilik Medina lalu panggilan dimatikan .

"Okay comfirm ni bilik Medina" kata Nadia perlahan .

"Mintak maaf saya nak mop sekejap dalam bilik ni ye?" Kata Nadia yang berpura jadi makcik cleaner

"Maaf bilik ni orang asing tak dibenarkan masuk" kata salah seorang dari mereka

"Tapi saya nak mop je lepas saya siap saya akan keluar terus" kata Nadia yang bertopengkan mask di mulutnya

"Maaf tuan Aryan tak benarkan sesiapa orang asing termasuk orang cleaner masuk ke dalam bilik ni" kata guard tersebut

Nadia terus pergi dari situ . "Susah betul nak bunuh betina tu" kata Nadia dalam hati sambil cabut mask dimulutnya rimas . Aku kene buat plan lain ni . Tengah dia berjalan di lorong yang agak sunyi dia terlanggar sorang nurse

"Ouh sorry cik" kata Nadia sambil pandang nurse yang terduduk dibawah itu . Tiba tiba idea jahatnya muncul . Dengan segera dia menutup mulut dan hidung nurse itu supaya bagi nurse tersebut tak bernafas . Setelah berjaya membuatkan nurse itu tidak sedarkan diri terus dia heret tubuh nurse itu ke toilet yang kebetulan dekat dengan mereka . Tanpa disedari terdapat cctv tersorok di kawasan itu .

Kini mereka sudah bertukar pakaian . Nurse berpakaian cleaner manakala Nadia berpakaian nurse . Tak lupa memakai mask untuk menutup identiti diri . Bilik Medina dituju lagi sekali .

Dengan selamba Nadia mahu masuk ke bilik Medina namun ditahan oleh 2 orang bodyguard tersebut .

"Ye encik ?" Tanya Nadia sebagai seorang nurse

"Tuan Aryan tak benarkan sesiapa pun masuk ke bilik ini"kata salah seorang bodyguard

"Saya nurse dekat sini dan saya nak rawat puan Medina . Ini memang kerja saya jadi saya berhak masuk" jawab Nadia selamba

"Baik la tapi cik kene tanggalkan mask itu dulu untuk kepastian"

"Haa kenapa saya kene cabut mask ni saya nurse dekat sini bagi saya masuk saya banyak lagi kerja lain ni " kata Nadia sedikit tegas

"Tapi cik kene cabut dulu mask ni . Ini arahan dari tuan Aryan" kata bodyguard itu lagi

"Argh serabutt!!" Marah Nadia kemudian ditinggalkan bilik itu .

"Aku rasa perempuan ni menyamar sebab baru je tadi nurse datang tengok keadaan isteri tuan Aryan" kata Sudin salah seorang bodyguard itu

"Ye aku pun pikir macam tu . Kita kene bagitau tuan Aryan ni" kata Daud juga salah seorang dari mereka

"Betul tu" kata Sudin kemudian dikeluarkan phonenya dari poket dan mendail nombor Aryan untuk memberitahu perkara sebenar .

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now