Bab 16

18.2K 228 1
                                    

Aryan hanya akur sahaja dengan perangai Medina yang langsung tak boleh berenggang . Sekarang mereka dalam mall . Medina masih peluk pinggang Aryan dengan erat . Tadi dalam kereta pun tak lepas tangan Aryan dari dipeluk .

"Medina jangan la peluk macam ni orang ramai tengok la" kata Aryan cukup perlahan dan lembut .

"Kenapa apa masalah kalau saya peluk awak ? Awak malu ke dapat isteri macam saya ni ? Yelah saya kan dah gemuk dah tak lawa . Ke awak takut girlfriend awak nampak ? Ha ?" Marah Medina yang sudah lepaskan pelukan di pinggang Aryan . Air mata Medina sudah membasahi di pipi gebu Medina

Aryan sudah garu kepala . Ini la jadinya . Medina sangat sensitif sekarang ni tak boleh di tegur !

"Okay okay aku mintak maaf . Sini peluk aku balik" sambil Aryan tarik Medina ke pelukannya balik . Dia sudah buat tidak tau dengan keadaan orang yang memandang drama mereka . Aryan mengesat airmata Medina dengan ibu jarinya .

"Okay dah diam jangan nangis lagi . Kata nak jalan kan ? Pujuk Aryan seperti memujuk budak 6 tahun .

"Hmm awak saya lapar" kata Medina dalam pelukan Aryan .

"Lapar ? Bukan kita baru makan tengah hari kat rumah ke tadi ? Tanya Aryan pelik .

"Tu tadi sekarang saya lapar balik . Jom la" kata Medina lagi

"Hm okay jom" kata Aryan sambil membawa budak kecik itu jalan eh isterinya yang seperti budak kecik itu .

"Medina makan slow slow sikit . Karang tercekik susah aku" tegur Aryan pada Medina yang sedang makan eh tu bukan makan tu melahap . Aryan tidak makan dia hanya order kan nasi ayam untuk isterinya . Dia kenyang yelah baru lepas makan kat umah tadi .

"Hehe sorry" kata Medina dengan mulut penuh .

Aryan hanya geleng kepala sahaja . Nanti ditegur beria menangis pulak .

Setelah Medina selesai makan nasi ayam 2 pinggan Aryan pergi membuat bayaran . Setelah selesai mereka kembali berjalan balik dalam mall itu . Medina memegang erat lengan sasa suaminya itu .

"Aryann ? Wtf ! Bukan main sweet diorang eh kau tunggu !"kata Nadia perlahan sambil ingin berjalan ke arah mereka .

"Eh Nadia kau nak pergi mana woi tunggu la aku" kata Alia sambil mengejar Nadia .

"Hai baby . Tak sangka I boleh jumpa U kat sini . Kuat betul kan jodoh kita? " kata Nadia setelah betul betul sampai di depan Aryan dan Medina .

"Siapa baby kau ? Pegi mampus la dengan baby kau" kata Aryan kasar

Medina disebelah memegang lengan Aryan dengan kuat . Medina berasa cemburu .

"Wow kasarnya U baby . Lagi I suka" kata Nadia sambil menyentuh dada Aryan .

Aryan yang menyedari itu terus menepis tangan perempuan itu .

"Jom sayang kita pergi tempat lain dekat sini ada setan la" kata Aryan lalu ditarik tangan Medina dengan segera .

"Tak guna ! Kau tunggu la !" Kata Nadia sendiri .

"Babe kau pegi mana kau ni puas aku cari kau cepat betul kau menghilang ." Kata Alia

"Erghh" rengus Nadia lalu terus berlalu pergi .

Alia agak terkebil kebil dengan perubahan Nadia tiba tiba . Alia pandang depan dan dia ternampak satu pasangan . "Ouh sebab ni rupanya . Haih bila la kau nak berubah Nadia . Jangan dimain dengan api nanti makan diri kau sendiri" kata Alia seorang diri .

****

Medina menutup pintu kereta dengan kuat . Aryan yang disebelah pandang Medina dengan pelik .

"Kau kenapa tutup pintu kuat kuat?" Tanya Aryan

"Cepat la jalan saya panas kat sini!" Kata Medina yang sudah monyok .

"Kau jealous ke ? Teka Aryan

"Mana ada" kata Medina lalu disilang tangannnya ke dada .

"Dah jangan nak buat muka macam ni buruk tau" kata Aryan lalu dihidupkan enjin kereta .

"Biar la muka saya ! Bentak Medina

"Kau buat muka macam ni aku cium kau sampai kau sesak nafas " ugut Aryan lalu di masukkan gear dan jalan .

"Ugut je kerja awak" kata Medina lalu dipandang ke luar tingkap .

Dalam beberapa minit..

"Awakk saya nak aiskrim baskin robbins tu" kata Medina sambil menunjukkan kedainya yang berada di petronas .

"Kau ni memang tak reti kenyang ke apa ?" Tanya Aryan pelik .

"Alah boleh la saya nak sangat " kata Medina merayu .

"Ish kau ni macam macam!" Kata Aryan lalu dibawa keretanya ke petronas .

Sampai je depan baskin robbins Aryan keluar pergi beli . Dalam 10 minit kemudian Aryan sampai dengan membawa aiskrim yang Medina mahu .

"Yeay thank you" lalu dicium pipi Aryan . Sudah menjadi tabiat agaknya apabila Aryan menunaikan permintaannya dia akan cium Aryan di pipi .

"Dah lepas ni jangan nak mintak apa apa dah " kata Aryan sambil memandu .

"Okayy" kata Medina sambil makan ais krimnya itu .

****

"Tak boleh jadi ni . Hubungan diorang makin rapat . Aku kene buat something" kata Nadia pada Alia . Nadia tinggal di rumah Alia kerana bila dia balik rumah parents nya pasti tidak dibenarkan keluar kerana Aryan yang bagi warning pada parents Nadia . Kalau tidak Aryan takkan teragak agak buat company mereka jatuh .

"Jangan la babe . Kau tak kesian ke dekat mak bapak kau . Nanti Aryan akan buat company bapak kau jatuh dan hidup kau pun akan susah . Kau nak ke ? Kau biar je diorang happy okay ?" Kata Alia yang usaha memujuk kawannya itu

"No . Aku takkan biarkan diorang happy . Happy diorang adalah penderitaan untuk aku penderitaan diorang adalah kebahagiaan untuk aku .

Alia hanya geleng kepala dengan sikap Nadia . Sampai macam ni sekali kau nak hancurkan rumah tangga mereka .


Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now