Bab 47

12.5K 193 1
                                    

"Ahh tak guna siall !" Marah Nadia apabila plannya hancur .

"Kalau tak aku dah dapat kau Aryan . Bodoh sial .  Aku ingatkan lepas kau dapat tau betina tu curang belakang kau kau akan ceraikan dan tinggalkan dia tapi kau pegi simpan . Arghh tak guna . Kau tunggu game is not over yet . You just wait and see" kata Nadia dengan senyuman sinis .

****

"Abang pegi mana semalam ?" Tanya Medina pada Aryan yang sedang sarapan

"Bukan urusan kau" jawab Aryan

"Tapi saya isteri awak saya juga berhak tau"

"Kau tak payah nak sibuk la tau hal aku . Kau bukan siapa siapa lagi untuk aku !" Marah Aryan .

Hanya tuhan yang tau betapa sakit dan pedihnya hati Medina apabila Aryan kata begitu . "Aku bukan siapa siapa lagi untuk dia . Aku dah tak penting untuk dia" Medina kata dalam hati .

Tiba tiba phone Medina berbunyi . Medina ambil phone disebelahnya kemudian ditengok screen siapa yang call awal pagi ni ?

"Abang ?"

"Hello abang kenapa call pagi pagi ni rindu adik ke hahaha" kata Medina

"Adikk" kedengaran suara Paan seperti menangis

Terus hilang tawa Medina . "Abang kenapa ?" Medina sudah takut .

"Ibuu dik" kata Paan

"Abang kenapa dengan ibu ? Bagitau la cepat ? Marah Medina

"Ibu dah takde dik" kemudian Paan menangis teresak esak

"Abangg jangan main main la . Tak lawak abang" marah Medina tapi airmatanya sudah mengalir .

Aryan didepannya hanya memandang Medina . "Dah kenapa pulak perempuan ni menangis?" Kata Aryan dalam hati

"Abang tak main main dik . Ibu kita dah takde . Ibu jatuh bilik air terhentak dekat sinki dan jatuh kebawah . Adik datang sini cepat" kata Paan sambil nangis .

"Ibuuu" deras airmatanya mengalir di pipi . Phone ditangan terjatuh di meja makan .

"Kenapa dengan ibu?" Tanya Aryan . Medina tak menjawab soalannya malah terusan menangis .

"Aku tanya kenapa dengam ibu payaj sangat ke nak jawab !" Suara Aryan naik seoktaf

"Ibu tsk ibu dah meninggal" kata Medina kemudian dia menangis sekuat kuatnya .

"Haa bila kenapa ?!" Tanya Aryan . Medina hanya geleng kepala . Dia tidak mampu jawab soalan Aryan .

"Dah jom jom kita pergi rumah ibu" kata Aryan kemudian mereka pergi bersiap dan pergi ke rumah ibu .

****

"Ibu kenapa ibu tinggalkan adik bu macam mana adik nak teruskan hidup tanpa ibu . Ibu bangun la bu jangan tinggalkan adik bu tolong la bu bangun ibu bangun . Adik tak boleh hidup tanpa ibu" kata Medina menangis sambil digoncang goncang tubuh ibu yang tak bernyawa .

"Adik jangan macam ni kesian ibu dik kita kene redha dengan pemergian ibu" kata Paan sambil pegang bahu Medina untuk tenangkannya .

"Tak ibu belum pergi . Ibu bangun ibu . Ibu jangan buat adik macam ni bangun la ibu bangun" raung Medina sekuat hati . Orang disekeliling tidak dihiraukan .

"Medina jangan macam ni . Tak baik kau buat ibu kau macam ni . Kau kene redha dengan semua ni . Kau mesti kuat untuk ibu kau" kata Zetty yang sudah memeluk tubuh Medina agar bertenang

"Aku tak kuat Zetty . Aku tak kuat . Kenapa aku diuji sampai macam ni sekali . Apa salah aku ? Aku memang tak boleh rasa kebahagiaan ke ? Apa salah aku" kata Medina yang sudah memeluk Zetty dengan erat sambil menghamburkan tangisannya .

"Tak baik Medina kau cakap macam ni . Jangan menidakkan takdir . Aku ada untuk kau . Kau jangan macam ni" kata Zetty sambil gosok gosok belakang Medina untuk tenangkannya .

"Aku tak kuat Zetty aku tak kuat" kata Medina sedikit tenang tapi masih menangis didalam dakapan Zetty . Orang sekelilingnya turut mengalirkan airmata melihat keadaan Medina yang sedih

"Dah shh shh aku tau kau kuat . Kau boleh Medina aku yakin kau boleh" kata Zetty yang masih setia memujuknya .

Aryan hanya duduk jauh sikit dari Medina dan membaca yasin . Sesekali dia tengok Medina yang masih tak boleh terima pemergian ibu . Jujur dia agak sedih dengan Medina . Ialah secara tiba tiba kini Medina anak yatik piatu . Sungguh dia tak sangka dengan berita ni .

****

"Makan la sikit adik , dari tadi adik tak makan apa apa . Dari pagi tadi sampai dah malam ni ha adik langsung tak jamah apa apa makanan" kata Laili

"Kenapa allah uji adik sampai macam ni sekali kak ? Adik tak mampu hadapi ujian ni kak" kata Medina sambil nangis

"Adik jangan cakap macam ni . Tak baik kita menidakkan takdir adik . Kita kene terima dengan hati yang terbuka" kata Laili sambil peluk Medina

"Kenapa ibu pergi secepat ni kak" kata Medina dengan tangisan yang masih tak henti henti .

"Dah adik . Adik kan ada kakak abang suami kawan baik . Semua orang sayang adik . Okay" pujuk Laili

"Tak kak tak semua yang sayang adik"

"Semua sayang adik . Adik jangan risau dah mari makan . Ni kakak ada bawak bihun goreng makan sikit kesian baby ni dari tadi mommy dia tak bagi dia makan" kata Laili sambil usap perut Medina .

Medina makan sedikit bihun apabila terfikirkan anaknya dalam perut . Dia kene ingat bahawa anaknya juga perlu zat . Jangan disebabkan sedih anaknya tak diberi makan .

Aryan dah balik rumah . Medina taknak balik lagi . Memandangkan Aryan lihat keadaan Medina seperti itu dia terpaksa bagi . Walaupun dia benci Medina tapi hatinya masih ada sisa sedikit belas kasihan . Tapi dia dah cakao dekat Medina hanya harini sahaja esok kene balik !

****

"Abang ingat abang nak pindah ke Amsterdam dengan kakak . Abang tak boleh duduk sini . Abang tak kuat nak tengok semua kenangan abang dengan ibu disini" kata Paan yang duduk di kerusi taman halaman rumah ibu .

"Habis adik macam mana ? Abang nak tinggal adik sorang dekat sini ?" Tanya Medina

"Adik kan dah kahwin . Adik ada suami kan . Nanti kalau abang free abang datangla sini jenguk adik" kata Paan sambil rangkul bahu adiknya

"Tak abang tolong la jangan tinggalkan adik . Ibu dah tinggalkan adik takkan abang pun sama ? Tolong la abang" rayu Medina

"Abang mintak maaf adik itu keputusan abang . Abang tak boleh duduk sini . Abang asyik rasa yang ibu masih hidup . Nanti abang boleh jadi gila kalau abang teruskan duduk sini . Tolong paham abang ye adik" kata Paan perlahan .

"Abangg" kata Medina sambil hamburkan tangisannya . Dia masih tak percaya akan takdirnya .

"Bila abang nak pindah sana ?" Tanya Medina apabila sudah sedikit tenang

"Abang memang ada flight hujung minggu ni ke Amsterdam . So time tu la kami nak cari rumah ke apa yang patut . Tapi abang balik sini balik sebab abang tak bawak barang banyak sangat . Tu sekadar nak cari apa yang patut dulu kat sana . Bila abang dah dapat rumah baru abang pindah sana betul betul" terang Paan

"Lepastu rumah ibu ni macam mana ?"

"Rumah ibu abang takkan jual . Kalau abang balik Malaysia abang duduk rumah ibu tapi bila abang dah betul betul redha dengan semua ni" kata Paan

Medina hanya angguk . Airmatanya masih tidak henti mengalir . Sudahla sedih pasal perangai Aryan yang berubah 100% , ibunya tinggalkan dia dan kini abangnya juga mahu pergi tinggalkannya .

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now