"Kenapa sayang nangis ni ?" Tanya Aryan yang sedang drive
"Saya rasa kesian la tengok diorang kene tinggal" kata Medina sambil kesat airmata
"Sayang jangan risau la kan Aiden dan Airis happy je tadi duduk dengan mommy daddy . Arissa dan Yana pun ada boleh main dengan diorang . Kak Suzi pun ada boleh tengokkan diorang"
"Memang la tapi ni first time tau saya tinggalkan anak anak lebih dari sehari"
"Dah jangan risau la nanti spoil mood kita nak honeymoon . Lagipun kita pergi 3 hari je . Dah taknak nangis nangis kita enjoy our honeymoon okay sayang" kata Aryan sambil pegang tangan Medina
"Okay" kata Medina dengan senyuman sambil lap airmatanya .
****
"Abang cantiknya bilik ni besar pulak tu mesti mahal kan ? Kenapa la membazir duit ambik bilik yang besar kan kita dua je" kata Medina yang baru labuhkan punggung di katil empuk
"Takpelah sayang bukan selalu . Duit boleh dicari . Dah takpayah nak pikir tentang rugi ke apa sekarang ni kita gi solat asar dulu jom" kata Aryan sambil menarik tangan Medina untuk bangun
"Iyelahh" kata Medina kemudian akur .
"Aaminn.." kata mereka serentak sambil mengaminkan doa . Kemudian Aryan pusing kebelakang dan Medina salam tangan Aryan .
"Sayang nak keluar jalan ke nak rehat dulu ?" Tanya Aryan selepas selesai bersalam .
"Emm rehat dulu la kot penat . Lepas isyak kita keluar cari makan and jalan . Okay ?" Tanya Medina
"Okay abang ikut je" kata Aryan . Medina senyum .
"Sayang lambat lagi ke abang dah lapar ni" kata Aryan dari pintu
"Ye kejap kejap . Tudung saya ni buat hal taknak elok pulak" marah Medina depan cermin .
"Sayang dah cantik dah jom la abang lapar ni"
"Abang ni sabar la sekejap . Ergh tudung pun time ni la taknak betul" bebel Medina seorang diri .
Aryan pergi kearah Medina dan pusingkan Medina kearahnya .
"Sayang bagi abang dah okay dah cantik je" kata Aryan sambil pegang bahu Medina
"Tu bagi abang . Bagi saya tak okay nanti malu je orang tengok" kata Medina dengan bibir panjang sedepa .
"Sayang cantik untuk siapa ? Untuk tontonan orang ke ? Nak pikat lelaki dekat luar sana macam tu ?"
"Saya cantik untuk abang" kata Medina sambil tunduk .
"Ha lepastu apa nak kesah lagi . Bagi abang dah cantik dah . Jom"kata Aryan sambil menarik tangan isterinya .
****
"Mommy Aiden tak berhenti menangis lagi ni macam mana ?" Tanya Yana yang sedang dukung Aiden
"Tulah mommy pun taktau nak buat apa lagi ni . Nak bagitau Medina nanti ganggu diorang honeymoon pulak" kata mommy Aryan yang sedang main dengan Airis . Airis elok je diam .
"Meh sini saya tidokan Aiden . Dia dah mengantuk ni nak tido" kata Kak Suzi yang baru turun . Tadi dia pergi solat isyak .
"Tadi saya dah try bagi tido tapi dia tetap menangis" kata Yana sambil bagi Aiden dekat Kak Suzi
"Aiden dan Airis kalau nak tido kene tempat yang gelap dan buka alunan al-quran baru senang nak bagi tido sambil dia menyusu" kata Kak Suzi
"Ouh patutla sini terang berderang memang la dia taknak tido" kata mommy Aryan
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...