"Kau sini sini" kata Aryan sambil menarik rambut Medina untuk keluar dari kereta dan dibawa tubuh Medina masuk ke dalam rumah .
"Abang sakit bang" kata Medina dengan tangisan
"Kau tau sakit kau je sakit aku kau tak pikir ke perempuan" kata Aryan kemudian ditolak tubuh Medina di sofa .
"Abang tsk tsk bagi saya explain dulu apa yang tsk terjadi bang tsk ni bukan salah tsk saya abang" rayu Medina sambil peluk kedua kaki Aryan .
"Kau nak explain apa lagi ha perempuan aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri ! Aku tak sangka aku boleh cinta dan sayang orang yang sejijik kau . Entah entah anak dalam perut kau tu bukan anak aku !" Kata Aryan
Pangg ! Medina lempang pipi Aryan dengan kuat sekali .
"Sampai hati abang cakap saya macam ni ? Anak ni hasil hubungan percintaan kita berdua abang . Tergamak abang cakap macam tu ?" Kata Medina yang cuba menahan tangisan .
Pangg ! Kini Aryan pula lempang Medina .
"Kau siapa perempuan nak lempang aku . Kau tau tak syurga kau bawah tapak kaki aku je . Memang betul apa aku cakap . Aku baru takde seminggu kau dah buat tunjuk belang kau . Memang aku menyesal cintakan kau . Kau perempuan yang paling jijik aku pernah kenal" kata Aryan sambil tunjal kepala Medina .
"Abang saya betul betul tak buat abang tsk tsk percaya la cakap saya abang" rayu Medina lagi namun diendahkan oleh Aryan kemudian dia terus naik kebilik dan dihempas pintu dengan kuat .
Terhinjut bahu Medina dengarkan hentakan pintu yang ditutup kuat oleh Aryan .
"Ya allah kenapa disaat aku baru merasa kebahagiaan kau datangkan ujian yang begitu berat buatku?" Kata Medina dengan tangisan . Kemudian dia baring diatas sofa sambil menangis . Tidak lama kemudian matanya menjadi kuyu dan tertido sendiri . Mungkin terlampau penat menangis .
****
"Woii bangun . Kau memang dah tak reti nak buat sarapan untuk aku ke ? Bangun bangun " kejut Aryan
Medina yang menyedari itu terua bangun dari pembaringan
"Auch auch" kata Medina sambil pegang lehernya . Mungkin kerana tido di sofa semalaman .
"Dah kau tak payah nak berdrama pulak kat sini . Pergi buat sarapan aku , aku lapar" kata Aryan kemudian dia duduk di sofa berlainan .
Sempat Medina tengok jam di dinding . "Ya allah dah pukul 10 pagi ? Aku tak solat subuh pagi tadi" kata Medina dalam hati .
Baru dia nak bangun dari duduk tapi gagal .
"Aduhh" kata Medina
"Kau pahal ? Kata Aryan yang menyedari Medina seperti tak boleh bangun
"Saya pening kepala abang. Abang beli je sarapan boleh saya tak larat la" kata Medina sambil memicit kepalanya
"Ahh takde takde kau jangan nak mengada sangat . Pergi bangun masak sekarang aku lapar" arah Aryan
Mengalir airmata Medina tengokkan perubahan mendadak Aryan . Walaupun kepalanya pening sekali namun digagahkan jua bangun untuk memasak sarapan untuk Aryan .
Setelah 30 minit berhempas pulas di dapur siap juga nasi goreng .
"Abang saya dah siap masak dah tu . Saya dah letak atas meja makan semua . Abang makanla" kata Medina kemudian mahu naik keatas .
"Kau nak pegi mana ?" Tanya Aryan
"Saya nak naik atas mandi"
"Asal tak makan ?"
"Saya tak selera . Abang makan la" kata Medina kemudian mahu melangkah naik tangga .
"Kenapa tak selera sebab tak dapat jumpa buah hati ?" Duga Aryan dengan senyuman sinis
Medina yang dengar itu terus memandang Aryan kemudian airmata jatuh di pipi "macam mana saya nak makan kalau hati saya tak tenang" kata Medina dalam hati kemudian terus naik keatas tanpa jawab soalan Aryan .
****
"Rindunya kau babe . Lama tak jumpa kau " kata Alia sambil melaga pipi kiri kanan bersama Nadia
"Aku pun rindu kau jugakk" kata Nadia
"Ni asal ni tiba tiba nak jumpa aku kalau tak asal aku ajak kau keluar mesti kau tolak" kata Alia yang sudah duduk di kerusi .
"Haha sorry sebelum ni aku busy dengan misi aku tu sekarang misi aku dah selesai" kata Nadia dengan senyuman sinis .
"Misi ? Misi apa kau ni ? Misi nurse ke ?" Tanya Alia polos
"Ish kau ni misi nak hancurkan rumah tangga Aryan la . Sekarang misi kedua nak dapatkan harta Aryan pulak HAHAH" kata Nadia kemudian gelak
"Hah ? Kau hancurkan rumah tangga Aryan ? Ya allah Nadia apa kau dah buat ni tak baik la" marah Alia
"Alah kau tak payah nak berlagak suci la . Kira baik aku tak membunuh tau . Kalau ikut hati aku memang aku nak bunuh je betina tu" kata Nadia kemudian minum sedikit air fresh orange yang berada didepannya .
"Kau buat apa weh sampai rumah tangga diorang boleh hancur ?"
"Aku kidnap dia 4 hari lepas then bawak dia pergi hotel tinggalkan dia dengan jantan then Aryan nampak semuanya . Memang meletup la si Aryan tu . Hahaha padan muka dia" kata Nadia tanpa ada rasa serba salah
"Lelaki tu ada buat apa apa tak dekat Medina ?"
"Takde pun . Diorang macam acah je baru lepas berasmara" jawab Nadia jujur .
"Ouhh " kata Alia
"Aku taktau la apa nak jadi dengan kau ni Nadia . Aku kalau boleh taknak subahat dengan kau" kata Alia dalam hati .
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...