"Kau ni memang suka menyusahkan aku kan" kata Aryan sambil tarik rambut Medina
"Saya mintak maaf abang tsk tsk saya tak sengaja terpecahkan cawan ni " kata Medina sambil nangis .
"Kau diam jangan nak nangis !" Marah Aryan yang masih menarik rambut Medina
"Tsk tsk tsk" nangis Medina kerana sakit
"Kau ni karang aku cakap di.." belum sempat Aryam habiskan ayatnya ada orang beri salam diluar
"Assalamualaikum" laung orang dari luar
"Nasib baik ada orang" kata Aryan kemudian dilepaskan rambut Medina dan pergi ke depan .
"Kenapa abang berubah macam ni sekali abang tsk tsk tiada lagi ke rasa kasih sayang abang pada Medina walaupun tsk sebesar zarah ?" Kata Medina seorang diri sambil menangis
"Waalaikummussalam . Mommy ? Rissa ?" Kata Aryan terkejut yang baru buka pintu . Kemudian disalam tangan mommy dan Rissa salam dengan abangnya .
"Kamu kenapa terkejut sangat mommy datang ni ?" Tanya Mommy Aryan
"Err takde apa cuma tak sangka mommy datang rumah" kata Aryan sambil garu belakang tengkuk .
"Along memang taknak bagi kitorang masuk ke?" Tanya Rissa
"Eh ha masuk la masuk" jemput Aryan yang sudah membuka ruang . Dalam hatinya sudah risau kalau mommynya tau tentang keadaan menantu kesayangannya itu
"Medina mana ?" Tanya mommy Aryan
"Ada kat dapur mommy" jawab Aryan
"Ouh okay" kata mommy sambil mahu melangkah pergi ke dapur bersama Rissa
"Eh eh mommy takpayah gi dapur la biar Ayyan panggilkan Medina" kata Aryan yang sudah duduk betul betul di depan mommynya dengan mendepakan tangan .
"Kamu ni kenapa Ayyan pelik sangat mommy tengok . Biarla mommy pegi dapur tengok Medina" kata mommy Aryan sambil tolak badan Aryan
"Eh mommy takpayah la . Dapur kitorang berselerak . Nanti Medina malu kalau mommy tengok dapur kami . Biar Ayyan panggil Medina ke depan ye ? Mommy gi duduk atas sofa dulu dengan Rissa okay" kata Aryan
"Hm yelah" mommy Aryan akur kemudian dibawa langkah ke sofa bersama Rissa
Setelah memastikan mereka berdua sudah berada di ruang tamu depan terus Aryan pergi ke dapur .
"Oii mommy aku datang . Kau pegi cuci muka kau bagi nampak segar muka kau tu. Kau ingat eh jangan berani bukak mulut paham ?!" Kata Aryan pada Medina yang sedang cuci pinggan .
Medina tanpa banyak bunyi terus mencuci mukanya dengan air kemudian dilap guna tisu . Setelah siap mereka berdua jalan kedepan .
"Mommy" kata Medina sambil hulur tangannya untul bersalam dengan mommy kemudian mereka berlaga pipi .
"Ya allah besar dah cucu mommy dalam ni . Berapa bulan dahni" kata mommy Aryan sambil mengusap perut Medina yang sudah membesar .
"Dah 6 bulan mommy" jawab Medina dengan senyuman .
"Kaklong" kata Rissa sambil bersalam dengan Medina .
"Kaklong kenapa tangan dengan muka kaklong lebam lebam ni ?!" Tanya Rissa curiga
Medina sudap ketap bibir . Tu semua perbuatan Aryan padanya . Sudah seminggu Aryan melayannya tidak beza seperti binatang tanpa ada rasa belas kasihan .
"Ouh tu kaklong baru ni gi klinik kene cucuk tu yang banyak lebam tu doktor tu tak jumpa darah" cover Aryan sambil peluk bahu Medina konon tiada apa apa yang berlaku .
"Hmm habis muka tu takkan kene cucuk jugak ?" Tanya Rissa dengan keningnya diangkat sebelah seperti menduga sesuatu .
"Aaa err ouh ni kaklong baru pergi bekam . Rissa macam taktau kaklong ni kan jaga muka tu yang lawa sangat kan sayang" kata Aryan kemudian dicubit pipi Medina . Medina lemparkan senyum palsu kepada mereka . Aryan sangat fake depan orang !
Aryan yang pandang muka curiga Rissa dan mommy terus berubah topik
"Eh harini Medina ada masak nasi tomato dengan ayam masak merah tau . Mommy dengan Rissa makan tengah hari sini eh ?" Kata Aryan yang sengaja mengubah topik
"Haa okay sangat la . Lama dah mommy tak rasa masakan menantu kesayangan mommy ni" kata mommy Aryan
"Hehe jom la makan . Medina dah siap semua dah tinggal nak hidang je lagi" kata Medina
"Okay jom" lalu mereka semua ke meja makan untuk menjamu selera .
"Kenapa sikit sangat makan Medina ?"tanya mommy Aryan pada Medina yang sudah meneguk air .
"Err Medina kenyang mommy pagi tadi dah makan banyak sangat" tipu Medina . Padahal pagi tadi dia hanya jamah roti sapu kaya sekeping sahaja bersama air teh . Sekarang dah pukul 3 sepatutnya perutnya sudah berkeroncong minyak diisi tapi dia hanya mampu makan 3-4 suap je . Mungkin seleranya dah mati .
"Iyeke Medina . Mommy tengok badan Medina dah tak bermaya je . Kalau tak dulu awal awal pregnant berisi je badan Medina . Kamu tak bagi Medina makan ke Ayyan ?!"
Aryan yang sedang jamah nasi itu hampir tersedak .
"Ehemm apa mommy ?" Tanya Aryan
"Mommy tanya kamu tak bagi Medina makan ke mommy tengok badan Medina lemah je . Kamu jaga elok elok Medina tu tengah mengandung . Anak dalam perut tu kene jaga" pesan mommy Aryan
"Eh tak la mana ada Ayyan tak bagi Medina makan . Biasalah mommy mungkin Medina dah penat sangat dengan bawak perut yang besar ni" dalih Aryan
"Hm iyelah kalau macam tu . Ni mommy datang ni nak bagitau mommy dah book tempat yang kamu nak pergi holiday berdua tu"
Terus tersedak Aryan dengarkan itu . Dia sudah lupa yang dia mintak mommynya carikan tempat yang cantik untuk mereka berdua bercuti . Masalahnya hubungan mereka sedang keruh .
Medina terus bagi Aryan air kemudian diminum air dengan rakus .
"Along ni dah kenapa tersedak pulak ?" Tanya Rissa
"Ehem ehem em takde apa . Dekat mana mommy ?"
"Dekat Cameron Highlands. Sekarang kan musim panas elok la bawak bini kamu pergi tempat sejuk tu . Mommy dah book dah hotel kat situ 3 hari 2 malam" kata mommy Aryan
"Ha okay thanks mommy" kata Aryan
"Thank you mommy" kata Medina pulak . Dalam hatinya sudah mahu menangis dah . Kalau sebelum ni dia happy Aryan nak bawa pergi jalan tapi keadaan dah berubah "Kenapa disaat ini nak pergi jalan dengan orang yang tiada belas kasihan terhadapnya"
"Welcome" kata mommy Aryan sambil senyum .
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romance☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...