Bab 63

20.7K 228 0
                                    

Medina rasakan seperti ada ulat gonggok yang bermain di mukanya . Di perutnya juga rasa seperti basah . Perlahan lahan Medina buka matanya . Medina agak terkejut apabila muka Aryan betul betul berada dihadapan mukanya .

"Awak jauh la" marah Medina sambil tolak muka suaminya .

"Morning sayangg" ucap Aryan yang sedang memegang Aiden .

"Mi mi" kata Airis yang berada di perut Medina . Patut la rasa basah rupanya air liur Airis .

"Ye anak mommy nak apa ni hm?" Kata Medina sambil gomol Airis .

"Mommy nak jugakk" kata Aryan manja

"Eii taknak awak busuk"

"Abang sayang . Eh kata kita pulak yang busuk dia yang baru bangun tido tak gosok gigi lagi"

"Yelah sorry . Aik anak anak mommy dah mandi ? Awalnya cayang mommy mandi . Ni mesti moyang mandikan ni kan?" kata Medina sambil main pipi Aiden dan Airis .

"Hello baba yang mandikan okay . Nak harapkan mommy petang karang baru mandikan baby boy kan ?" Kata Aryan sambil gomol Aiden .

"Suka hati je . Baru harini saya bangun lewat sikit okay . Tu pun sebab jaga awak eh abang tengah malam . Kejap batuk la lepastu tak boleh tido la badan panas lepastu bila abang dah tido anak pulak jaga nak nyusu" terang Medina

"Hehe sorry sayang sebab susahkan sayang . I love you" kata Aryan sambil mendekati Medina dan mahu cium bibir Medina .

"Aduh sakitt sakit" kata Aryan apabila Aiden gigit jari Aryan .

"Hahaha padan muka gatal lagi pagi pagi" gelak Medina

"Baby boy ni spoil la" kata Aryan masam

Tiba tiba Aiden kiss pipi Aryan"baby boy kiss baba ? Geramnya budak ni emm" kata Aryan sambil baringkan Aiden diatas katil dan gomol Aiden sampai mengekek ketawa . Airis yang dengar itu terus pergi ke Aryan dan turut baring sekali sebelah Aiden . Nak jugak lettew !

"Haha Airis nak jugak bang" kata Medina

"Baby girl nak jugak ye emm" kata Aryan kemudian digomol Airis juga berselang seli dengan Aiden . Mengekek mereka ketawa .

Lepas Aryan berhenti gomol mereka Aiden meniarap dan mengambil tangan Airis . Mula mula dia main je tiba tiba Airis menangis kuat .

Medina terus angkat Airis . "Aiden gigit tangan kakak ye"kata Medina apabila lihat kesan gigitan ditangan Airis . Aiden sengih . Airis masih menangis sebab sakit . Aiden dah ada 4 batang gigi 2 atas 2 bawah tu nak tumbuh lagi la tu asyik nak menggigit je .

"Dah shh shh" kata Medina sambil nyusukan Airis . Terus senyap tapi masih ada sedunya lagi .

"Nakal eh baby boy ni" kata Aryan sambil angkat Aiden .

"Demam abang dah hilang ke ?" Tanya Medina sambil rasa dahi Aryan dengan belakang tapak tangannya .

"Okay dah . Dah tak rasa pening dah and panas dah"

"Hm okay aman sikit saya kalau tak nak kene jaga 3 baby . Tiga tiga manja pulak tu" perli Medina

"Alah tak demam pun tetap nak manja jugak . Tetap nak jadi baby" kata Aryan kemudian diletak Aiden ditepi Medina dan dilentokkan kepalanya dibahu Medina .

"Mengada la jauh sikit anak nak nyusu ni" marah Medina

"Nak jugak" rengek Aryan

"Abang jauh la" marah Medina

"Okay fine ! Jom baby boy kita main dengan moyang dekat luar" kata Aryan sambil dukung Aiden dan dibawa keluar

****

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now