Bab 45

12.8K 185 7
                                    

"Tak sangka abang adik dah jadi suami orang . Lepasni dah takde sape la nak kacau adik and adik pun dah tak boleh nak manja manja dengan abang dah" kata Medina sambil peluk dan menangis di dada bidang abangnya yang baru selesai sesi bergambar . Dia rindu nak buat macam ni dengan Aryan .

"Siapa kata abang dah tak boleh kacau adik ? Abang sentiasa akan kacau adik okay . Kenapq nak manja dengan abang lagi suami adik kan ada" kata Paan sambil gosok kepala adiknya yang berbalut tudung .

"Tu suami adik tak sama dengan abang" kata Medina yang masih tidak mahu lepas dari peluk abangnya seperti ini abangnya seorang tak boleh share !

"Ni kenapa ni manja sangat adik abang ni ?" Kata Paan

"Biarlah ni abang adik" kata Medina yang masih sedih

"Haha yelah abang bukan pegi mana pun abang duduk dengan ibu je . Dah dah" kata Paan untuk memujuk adiknya

"Betul ni ? Abang janji takkan tinggalkan adik dekat sini ?" Tanya Medina setelah meleraikan pelukan .

"Iyee"kata Paan sambil lap airmata Medina .

"Dekat sini rupanya awak" kata Laili yang baru sampai . Laili walaupun duduk di Amsterdam tapi dia fasih berbahasa melayu kerana ayahnya orang melayu plus mereka pernah tinggal di Malaysia .

"Haah layan budak tadika ni . Nak jadi mak orang pun still perangai macam budak kecik" kata Paan sambil rangkul bahu adiknya

"Abangg" marah Medina sambil tepuk peha Paan

"Haha biasa la tu adik mesti nak bermanja dengan abang kan" kata Laili

"Hehe sorry kakak pinjam suami kakak" kata Medina sambil senyum

"Haha takpelah . Kakak tak kisah pun . Kakak datang ni pun nak ajak bergambar . Jom la"ajak Laili .

"Haa okay nanti kami datang" kata Paan

"Ha okay Laili pegi sana dulu ye ?" Laili pergi sebelum mendapat anggukan dari mereka berdua

"Dik mana Aryan ? Dari tadi abang tak nampak dia ?" Tanya Paan

"Entah tadi kata dah otw"kata Medina

"Kenapa Aryan tak tido rumah ibu sekali?" Tanya Paan

"Mungkin dia tak selesa kot kan ramai sedara mara kita kat rumah tu . Lagipun rumah kitorng bukan jauh samgat ke rumah ibu"

"Ouhh okay . Dahla jom diorang dah tunggu kita"kata Paan kemudian mereka pergi .

****

Kini kenduri kecil kecilan itu tadi sudah selesai . Sekarang mereka mengemas rumah pula .

"Adik kamu pergi la rehat ibu tengok dari tadi kamu dok buat kerja . Kamu tu mengandung tak boleh buat kerja berat" tegur ibu pada Medina yang sedang membasuh pinggan

"Alah sikit je bu" kata Medina

"Sudah biar ibu sambung . Kamu pergi masuk bilik kamu mandi solat lepastu rehat . Takpayah nak risaukan ibu ni ha ramai boleh tolong ibu" kata ibu Medina

"Yelah bu adik naik dulu" kata Medina kemudian dibawa langkah naik keatas .

Usai siap mandi dan solat Medina baring diatas katil untuk merehatkan tubuhnya . Medina memejamkan matanya .

Tiba tiba bunyi pintu dibuka . Medina buka mata perlahan lahan untuk lihat siapa yang masuk ke biliknya .

"Eh kenapa abang tak balik lagi ?" Tanya Medina yang sudah duduk dari pembaringansambil tengok jam . "Dah pukul 10:42 dah"

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now