Bab 29

11.9K 173 1
                                    

Kini wad bilik yang menempatkan Medina sudah penuh dengan family Aryan dan Medina .

"Kamu ni kan Ayyan mommy dah cakap kan jaga Medina betul betul . Jangan asyik dengan kerja sangat sampai lupa tanggungjawab kamu" marah mommy Aryan

"Tau along ni sian kaklong . Kalau jadi apa apa dekat anak buah Rissa siap along" marah adik bongsunya pula

"Ye Ayyan mintak maaf . Ayyan janji lepasni tak jadi macam ni lagi okay" kata Aryan yang duduk disebelah Medina atas katil . Medina terpaksa berlakon baik dan bahagia dengan Aryan kerana depan family mereka . Kadang kadang Aryan saje ambil kesempatan cium dahi la peluk baju dan sebagainya sebab dia tau Medina tak boleh marah dia depan family mereka .

"Medina lepasni makan ikut masa jangan ditahan tahan . Pasal badan jangan risau orang mengandung memang akan berisi balik lepas bersalin Medina jaga badan balik okay" kata mommy Aryan

"Haah betul tu adik . Baby dekat dalam tu perlukan zat makanan" kata ibu Medina pula

"Okay mommy ibu . Medina mintak maaf" kata Medina kemudian dilemparkan senyuman palsu kepada mereka padahal dalam hati dah sumpah seranah pada Aryan . Dia punca aku jadi macam ni . Pastu dok pegang je tangan aku dari tadi . Aku kalau takde diorang ni memang aku dh siku perut dia geram . Fake gila bila belakang dia hina aku macam macam .

"Lepasni kalau along abaikan kaklong lagi cakap je kat Yana nanti tau la Yana nak ganyang muka dia"kata Yana pada Medina kemudian dia pandang Aryan tajam . Walaupun umur Yana 2 tahun lagi tua dari Medina tapi disebabkan Medina kahwin dengan alongnya jadi dia panggil kaklong .

"Haha okay Yana" kata Medina sambil gelak kecil

"Haa buatla kalau berani" ugut Aryan

"Nasib baik kat hospital tau kalau tak memang kene dah"kata Yana

"Padahal tak berani tu" kata Aryan mengejek

"Ish dahla tu asyik bergaduh je korang ni . Dah jom balik daddy ada meeting lepas ni" kata daddy Aryan lalu bangun dari duduk kemudian pergi ke Medina

"Medina jaga makan elok elok tau" kata daddy Aryan sambil bersalam dengan Medina .

"Okay daddy" jawab Medina

"Haa Aryan ingat jaga makan minum Medina jangan bagi Medina stress . Jangan nak pergi kerja lagi buat masa ni . Medina dah sihat baru boleh pergi kerja paham ?" Kata daddy Aryan kemudian bersalam dengan Aryan pula

"Baik daddy" kata Aryan

"Mommy balik dulu" kata mommy Aryan pula dan bersalam dengan Medina dan Aryan . "Aryan ingat pesan daddy" sempat mommy berpesan sebelum melangkah meniggalkan bilik itu bersama Yana dan Rissa .

Aryan merangkul bahu Medina dan semakin rapat kedudukan mereka . Medina cuba nak ke tepi namun gagal sebab Aryan peluk bahunya erat

"Okay la paham nak spend time masa berdua kan jom ibu kita balik" kata Paan

"Hahaa nak balik dah ke ?" Tanya Aryan

"Haah balik la belum solat zohor lagi ni jom bu" kata Paan

"Alah jangan balik lagi ibu teman adik kat sini adik takut duduk sorang sorang dekat hospital" kata Medina sambil pegang tangan ibu

"Lah kan abang ada . Abang jaga Medina dekat sini okay" kata Aryan

"Haa Aryan ada tu . Okay la ibu balik dulu ye" kata ibu kemudian Medina dan Aryan salam tangannya

"Abang balik dulu" kata Paan sambil gosok kepala Medina sampai berserabut rambutnya .

"Hmm" kata Medina sedih sambil salam tangan abangnya

"Bro balik dulu . Jaga adik aku elok elok" kata Paan lalu berjabat tangan dengan Aryan

"Okay bro" kata Aryan . Kemudian ibu dan abang Medina sudah hilang dari pandangan .

"Dah pergi jauh semak" kata Medina kemudian ditolak badan Aryan jauh sedikit kemudian direbah kepalanya di bantal membelakangkan Aryan

"Sayang i'm sorry"kata Aryan sambil letakkan dagunya ditangan Medina

Medina hanya diam malas nak bagi apa apa respond . Hatinya sakit apabila suami tak percayakan isterinya sendiri . Sebenarnya Medina dah dengar perbualan Aryan semasa diluar bilik ini tadi . Dia hanya berpura pura tidur je .

"Sayang tengok la abang" kata Aryan lagi namun Medina masih tak memberi respond . Disebabkan Medina tak beri apa apa respond Aryan baring dibantal yang sama sebelah Medina dan dipeluk Medina dari belakang

"Tak payah la nak baring dekat sini . Tak nampak ke sofa kat sana pergi baring sana la" marah Medina yang sudah menolak tangan Aryan yang berada diperutnya

"Taknampak abang nampak sayang je sekarang ni" kata Aryan sambil memperkemaskan lagi pelukannya

"Baring la sini nak sangat kan biar saya yang pergi dekat sofa tu" kata Medina sambil mahu berura ura bangun namun gagal kerana tangannya dipegang Aryan

"Eii lepas lah" kata Medina sambil menarik tangannya

"No abang taknak lepas selagi sayang tak duduk sini balik" kata Aryan

"Saya taknak selagi awak ada atas katil ni" lawan Medina

"Duduk sini abang kata" suara Aryan mulai keras

"Saya kata taknak tak paham bahasa ke?!" Marah Medina

"Apa yang payah sangat nak dengar cakap ni abang kata duduk balik . Now!" Suara Aryan naik seoktaf

Airmata Medina dah turun membasahi pipinya . Medina naik ke atas katil dan menarik selimut menutupi mukanya sambil baring .

Aryan dah menggosok mukanya berkali kesal kerana termarahkan Medina . Dah tau Medina sensitif orang naik suara kepadanya .

"Sayang abang mintak maaf. Abang salah sebab tak bagi sayang explain dulu . Abang memang selfish . Abang mengaku silap abang . Abang mintak maaf"kata Aryan yang tengah duduk sambil pandang Medina yang menutupi mukanya dengan selimut . Medina hanya diam membisu .

Aryan keluh berat . Bukan senang nak pujuk Medina ni .

"Sayang abang pergi beli makanan dekat kantin bawah kejap tau" kata Aryan kemudian keluar dari bilik .

Medina yang menyedari itu terus keluar dari bawah selimut . Phone diambil lalu mendail nombor Zetty .

"Hello kenapa call aku ni?" Tanya Zetty

"Hello weh aku masuk wad ni aku nak kau teman aku kat sini boleh tak ?" Tanya Medina

"Hahh ?! Masuk wad kenapa macam mana boleh masuk wad ? Bila kau masuk ?" Tanya Zettu bertalu

"Ishh kau ni kalut la nanti aku cerita . Sekarang ni kau datang je hospital aku nak kau teman aku sepanjang aku dekat hospital ni" kata Medina

"Mana laki kau ? Asal laki kau tak teman aku ?" Tanya Zetty

"Laki aku busy banyak kerja . Dahla jangan banyak tanya datang cepat" kata Medina lalu dimatikan talian . Nanti kalau dibiar macam macam soalan yang akan diajukan .











Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now