Bab 28

11.5K 202 1
                                    

"Dah pukul 10:30 malam dah ?" Kata Aryan sendirian dalam kereta . Aryan baru selesai meeting dengan client dari Shah Alam untuk membangunkan resort itu . Aryan tak berapa risau sangat keadaan Medina kerana dia dah suruh bibik jaganya sampai dia balik .

Aryan start enjin kemudian terus memandu hingga sampai ke rumah . Aryan ambil briefcasenya di seat sebelah kemudian dibuka pintu keretanya . Aryan membuka kasutnya kemudian dibuka pintu rumah .

"Tuan kenapa lewat sangat balik saya risau keadaan puan . Dia taknak makan langsung tuan . Dia hanya bancuh air milo dan makan dengan biskut je tu pun tengah hari punya lepastu dia langsung tak makan nasi" kata bibik Fatimah apabila Aryan sudah masuk ke rumah

"Haaa ? Dari pagi sampai sekarang dia tak makan langsung ?" Tanya Aryan risau

"Ye tuan . Saya dah paksa dia makan saya kata kalau puan tak makan nanti tuan marah tapi dia kata 'tuan tak pedulikan saya dah' . Jadi dia tak makan langsung" terang bibik Fatimah lagi

"Hm kalau macam tu awak boleh balik saya masuk dulu ya" kata Aryan kemudian naik ke bilik . Bibik Fatimah balik dengan menaiki kereta kancilnya sendiri .

Aryan buka pintu biliknya dan lihat keadaan Medina . Medina tengah tido sambil tangan di perutnya . Aryan tatap wajah isterinya . Rindu dengan telatah isterinya namun ego menguasai diri . Aryan lihat lagi muka isterinya dan baru dia perasan mata Medina bengkak mungkin selalu menangis . Pipi Medina juga dah tak naik sangat bermakna Medina dah kurang makan kalau tidak makanan dan Medina tidak boleh dipisah .

Aryan pergi mandi dan solat isyak dulu . Selesai menunaikan solat Aryan pergi ke arah katil tempat dimana Medina tido .

"Medina bangun bangun" kejut Aryan sambil tepuk tangan Medina

"Hmm" jawab Medina sambil perlahan lahan buka matanya .

"Asal kau tak makan bibik cakap kau langsung tak jamah nasi kenapa?!" Tanya Aryan

"Suka hati la perut saya bukan perut awak pun" jawab Medina

"Lepastu anak yang dalam perut kau tu bukan anak aku ? Kau tak pikir ke anak aku pun perlu makanan kalau tak macam mana dia nak membesar . Kau ni memang selfish langsung tak pikir" marah Aryan

Tak semena mena airmata jatuh dipipi Medina . Siapa tak terasa kene tengking macam tu lepastu di cop selfish pulak tu .

"Awak rasa saya boleh makan ke dalam keadaan sekarang . Suami tak percayakan isteri sendiri cakap saya curang . Awak kata saya selfish awak pun sama  langsung taknak dengar penjelasan saya . Awak patut dengar jugak penjelasan saya jangan nak buat andaian macam tu je !" Marah Medina kemudian dia keluar dari bilik dan masuk ke bilik tetamu di sebelah biliknya dan di hempas pintu kuat .

"Haduh kau ni Aryan mulut tak boleh nak jaga" kata Aryan sendirian sambil menampar mulutnya sendiri . "Ahh lantak kau la" kemudian dibawa kaki ke arah katil dan tido . Tak lupa tutup lampu dulu .

"Auch sakitnya perut aku" kata Medina sendirian sambil badannya merengkok tahan sakit . Airmata mula keluar lagi akibat menahan sakit .

****

"Bik tolong pegi tengok puan jap dekat bilik tetamu . Kejut dia suruh makan saya suruh kata" arah Aryan yang baru turun ke meja makan pada bibik Fatimah

"Baik tuan" lalu dibawa langkah ke tangga

"Ya allah puan kenapa ni ? Puan bangun bangun ?" Kejut bibik Fatimah namun masih tak bergerak

"Tuan"

"Tuan"  jerit bibik Fatimah dari atas .

Aryan yang mendengar itu terus naik keatas .

"Tuan puan pengsan saya dah kejut dia tapi tak bangun pun muka dia pun pucat" kata bibik Fatimah cemas

"Ya allah" kata Aryan lalu terus dicempung tubuh Medina dan dibawa ke kereta .

"Bik awak boleh balik"kata Aryan lepas letak Medina dalam kereta .

"Baik tuan"

****

"Doktor macam mana dengan isteri saya ? Tanya Aryan

"Alhamdulillah tiada apa apa yang serious . Nasib baik encik bertindak cepat sebab kalau lambat anak dalam kandungan boleh terjejas" terang doktor tersebut

"Alhamdulillah" kata Aryan

"Saya nak tanya isteri encik ada masalah apa apa ke sebab isteri encik kelihatan stress . Ingat ye encik ibu mengandung tak boleh stress sangat"

"Ha baik doktor" kata Aryan sambil garu belakang tengkuk

"Dan lagi satu kenapa isteri encik skip makan sampai kene gastrik . Jangan bagi dia skip makan dah make sure dia cukup makan ye ? Pesan doktor

"Okay doktor . Boleh saya masuk ?"

"Boleh . Baikla saya mintak diri dulu ye " Aryan angguk sebelum doktor tu pergi .

Aryan baru mahu masuk ke dalam bilik VVIP yang ditempatkan Medina phonenya berbunyi . "Aiman ?"

"Hello ?"

"Hello bos saya ada maklumat nak bagitau bos ni" kata Aiman

"Hm apa dia cepat sikit ?" Kata Aryan

"Saya dah tau siapa yang kacau isteri bos dekat rumah tu"

"Siapaa ?!" Tanya Aryan

"Orang upahan Nadia bos orang yang bos paling benci" kata Aiman

"Tak gunaa!" Kata Aryan dengan rahangnya sudah bergerak gerak

"And saya ada lagi satu info"

"Apa?"

"Masa bos suruh saya follow isteri bos tu saya ada nampak sorang mamat bertopeng hitam pakai spek dok usha bini bos . Dan saya nampak dia snap gamba bini bos dengan laki tu dan orang tu juga salah sorang orang upahan Nadia" terang Aiman

"Whatt ?!!" Suara Aryan naik seoktaf

"Ye boss saya nampak dengan mata saya sendiri . Sebenarnya isteri bos takde buat apa pun . Lepas kawan isteri bos keluar toilet terus kawan dia ajak balik then tinggalkan laki tu sendirian . Lepastu bini bos dengan kawan dia keluar dari mall tu then pegi tempat lain" terang Aiman

"Kenapa kau tak cakap awal awal ?!" Marah Aryan

"Ya allah apa aku dah buat dekat Medina" kata Aryan dalam hati

"Sorry bos saya tak bagitau bos sebab saya cari info yang tepat dan harini baru saya tau semuanya" kata Aiman

"Hm okay la teruskan tengok diorang . Jangan bagi ada satu pun info yang kita terlepas faham ?!" Kata Aryan

"Paham boss" lalu panggilan ditamatkan .

Phone disimpan dalam poket semula . Perlahan lahan Aryan buka pintu bilik tersebut kemudian duduk di sebelah katil Medina yang sedang tidur .

"Sayang abang mintak maaf" kata Aryan kemudian dikucup tangan Medina

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now