Bab 57

18K 224 4
                                    

"Mana along mommy tak nampak batang hidung pun malam ni takkan terperap dalam bilik lagi ?" Tanya Yana yang baru turun dari bilik

"Haah mommy Rissa pun tak nampak" kata Rissa pula yang sedang duduk di meja makan

"Along dekat rumah mak Medina" jawab mommy Aryan

"Hah ? Diorang dah berbaik ke ?" Tanya Yana separuh jerit

"Belum tapi along kamu yang nak duduk sana katanya nak pujuk Medina dan nak dekat dengan anak anaknya " kata mommy Aryan

"Macam mana mommy muka anak buah Rissa comel tak ada macam muka Rissa tak ?" Tanya Rissa

"Banyak la kamu . Mesti la ikut muka mak bapak dia . Comel kamu pergi la dengan angah esok tengok anak buah korang . Geram tau mommy rasa macam taknak berenggang je dengan diorang tu" kata mommy Aryan geram

"Yeke mommy ? Angah esok kita gi tengok jom" kata Rissa pada Yana yang sedang tuang air dalam gelas

"Onn" kata Yana sambil menaikkan jari OK

****

Aryan buka pintu bilik Medina perlahan lahan . Kemudian dia masuk dan menutup pintu semula perlahan .

Aryan tengok Medina yang sedang menyusukan Airis dalam keadaan baring . Airis dan Medina sedang tidur . Aiden tidur dalam baby cot . Aryan duduk disebelah Airis dan perlahan lahan baring . Aryan tengok muka Medina yang sedang tidur sambil menyusukan Airis .

"Tidur pun cantik" kata Aryan perlahan . Tiba tiba Airis merengek . Medina yang sedang tidur terjaga .

"Apa kau buat dekat sini ?" Marah Medina pada Aryan sambil mengangkat Airis yang sedang menangis .

"Nak tidur la" kata Aryan selamba

"Kau ni dah gila ke main masuk je bilik orang dahla suka hati duduk rumah orang" kata Medina yang masih cuba memujuk Airis . Entah kenapa Airis tak lena tidur malam ni .

"Abang kan isteri sayang so tak salah kan abang tidur sini" kata Aryan yang perhatikan Medina pujuk Airis

"Dah shh shh kenapa sayang ni"kata Medina sambil cuba menyumbat putingnya dalam mulut Airis supaya diam tapi Airis masih menangis .

"Dia kembung kot sayang . Meh sini" kata Aryan sambil cuba ambil Airis tapi Medina tak bagi . "Takpayah nak sentuh anak aku la" kata Medina

"Sayang abang nak pujuk Airis je . Bagi la nanti Aiden jaga kalau Airis terus menangis" kata Aryan kemudian diambil Airis dari Medina . Medina hanya akur memandangkan Airis terusan menangis .

"Anak baba kenapa ni dah shh shh "kata Aryan sambil mendodoikan Airis . Dipusing badan ke kiri dan kanan untuk bagi Airis tidur . Lama lama tangisannya semakin berkurang dan dalam beberapa minit kemudian Airia tidur . Medina hanya perhatikan je Aryan menidurkan Airis .

Setelah memastikan Airis dah tidur lena Aryan letakkan Airis atas katil semula tapi Airis menangis semula tak mahu diletak . Aryan mengangkatnya semula dan popok nya kembali dalam keadaan duduk diatas katil .

"Sayang sapu minyak dekat kaki dan perut dia abang rasa dia kembung ni" kata Aryan yang masih popok Airis .

Medina tanpa banyak kata terus diambil minyak bayi di atas meja sebelah katil dan disapu minyak di kaki dan perut Airis . Setelah selesai Medina letak balik ditempat asalnya dan kembali duduk tengok Airis .

"Sayang tidur la dulu biar abang pangku Airis sampai dia betul betul nyenyak" kata Aryan perlahan

"Takpayah letak je anak aku dekat sini . Dah kau boleh pergi tidur luar" kata Medina

"Takpe Airis taknak letak bawah . Nanti dia dah betul nyenyak baru abang letak bawah sayang pergi tidur .

Medina yang malas nak berperang mulut dengan Aryan akur . Medina  merebahkan badannya dan menarik selimut hingga ke paras dada . Baru Medina nak melelapkan mata terdengar tangisan bayi lagi . Medina bangun dari duduk dan memandang Aryan ingatkan Airis yang menangis rupanya Aiden .

Medina terus pergi ke baby cot untuk tengok Aiden . "Kenapa sayang mommy ni ni nak apa ?" Tanya Medina sambil angkat Aiden dan dibawa ke katil . Aryan tengok Medina dan Aiden .

"Nyen nyen" rengek Aiden .

Medina baringkan Aiden diatas katil sebelah Aryan . "Jangan pandang sini!" Medina bagi warning . Aryan senyum . Kemudian Medina menyusukan Aiden .

Setelah memastikan Airis betul betul lena Aryan letakkan Airis disebelah Aiden perlahan lahan . Aryan buka bajunya seperti biasa kalau nak tidur . Kemudian Aryan juga turut baring disebelah Airis . Medina malas nak bersuara nanti anak anaknya jaga pulak .

"I love you sayang" kata Aryan bisik walaupun jarak mereka agak jauh kerana bayi kembarnya berada di tengah namun jelas ditelinga Medina . Medina jeling kemudian dipejamkan mata untuk tidur .

"Ya allah terima kasih kerana kau temukan aku dengan kebahagiaan ini . Kau kekal kan la kebahagiaan ini untuk ku ya allah "kata Aryan dalam hati sambil pandang 3 buah hatinya itu . Kemudian dia juga turut tertidur .

****

"Macam mana lah adik dekat sana tu boleh ke dia handle budak berdua tu" kata Laili

"Kan ada Kak Suzi tu insyaallah boleh kot" kata Paan

"Hm iyelah adik balik sini bila bang ? Saya dah rindu sangat dekat budak budak tu" Tanya Laili

"Haritu adik cakap dalam 2 minggu sebab nak jenguk opah sekali" kata Paan

"Ouhh . Bila la kita nak merasa ada anak sendiri kan bang" kata Laili sedih

"Kan abang dah cakap jangan cakap macam tu . Belum sampai lagi rezeki kita . Kita bersabar je insyaallah ada nanti tu" kata Paan

"Baikla abang sorry" kata Laili

****

"Ba ba ba"kata Airis sambil isap perut Aryan yang tengah tidur . Aiden dah ada di muka Aryan kadang kadang digigit hidung Aryan .

Aryan yang rasa tidurnya diganggu terjaga . Buka je mata Aiden berada betul betul di depan mukanya . "Ya allah baby boy baba ni habis basah muka baba dengan air liur baby boy" kata Aryan sambil angkat Aiden dan letakkan ditepi . Baru Aryan nak bangun dia rasakan seperti basah perutnya dan terasa ada yang mencakar perutnya . "Baby girl pun sama jugak . Habis basah baba dengan air liur korang ni" kata Aryan sambil angkat Airis baring disebelah Aiden .

"Ouh biasa ni kacau tidur baba ni nak kene ni" kata Aryan sambil menggomol Airis dan Aiden bergilir gilir . Mengekek diorang ketawa sebab geli .

Medina disebelah yang dengarkan ketawa anak anaknya bangun dari baring . Airis terus naik ke riba Medina .

"Morning sayang" kata Aryan yang sudah mendukung Aiden . Medina jeling .

"Awalnya anak mommy bangun ni" kata Medina sambil cium pipi gebu Airis .

"Auch sakit baby boy . Suka sangat gigit baba ni kenapa" kata Aryan sambil cium pipi Aiden . Airis yang dengarkan Aiden ketawa terus pergi ke Aryan dan naik ke riba Aryan dan lentokkan kepalanya di dada Aryan . Airis jeles latuu . Aryan memeluk kedua dua anaknya .

"Diorang boleh buat tak peduli dekat aku ?" Kata Medina dalam hati . Sebenarnya jeles . Aiden dan Airis lebih suka nak bermanja dekat Aryan berbandingnya . Hmm taknak bagi susu ! Eh tiberr😂

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now