"Patut ke aku terima tawaran dia ? Kalau aku tak terima aku usaha sendiri aku tak rasa Medina akan jadi hak aku kalau aku terima kiranya Medina akan jadi hak aku dengan cara kotor hmm . Ah lantakla kotor tak kotor aku kene dapatkan Medina . Berapa lama lagi aku sanggup tunggu dia " kata Rizal seorang diri
"Mana dia card yang dia bagi aku tadi ni ?" Kata Rizal sambil raba poketnya
"Ouh ya dalam wallet yes yes" kata Rizal sambil ambil wallet dalam biliknya
"Okay jumpa . Call taknak call taknak ? Ahh call jelah untuk kepuasan diri aku jugak" kata Rizal kemudian menaip nombor Nadia dan dail .
Tut tut tut
"Hello ?"
"Hello Nadia ke ni ?" Tanya Rizal untuk kepastian nombor ini adalah Nadia seperti tertulis di card
"Yes that's me . How ? Agree to join with us ?" Kata Nadia dengan senyuman sinis . Dia sudah dapat agak yang call ni orang yang dia bagi number card tadi
"Hmm for Medina I will do everything to got her"kata Rizal
"Okay good . Nanti I dah buat plan I roger you . Bye !"kemudian terus dimatikan talian
"Medina you will be mine" kata Rizal kemudian direbah badannya ke katil dengan senyuman yang lebar .
****
"Macam mana Nadia ada kacau bini kau lagi tak ?" Tanya Khairi yang baru siap makan di kedai mamak . Biasalah orang lelaki suka lepak dia kedai mamak even orang kaya pun .
"Alhamdulillah la dalam sebulan dah kot takde gangguan apa apa . Maybe dia dah penat kot semua benda yang dia buat tak menjadi" kata Aryan yang tengah makan .
"Ouhh lepastu sekarang ni kalau bini kau nak pegi mana mana kau suruh orang jaga tak ?" Tanya Khairi
"Sometimes la . Kalau aku rasa perlu kene la follow dia tapi kalau setakat pegi kedai runcit ke yang dekat dekat tak la"
"Eh ni bila kau pegi outstation dekat Pahang tu ?"
"Lusa ni . Kalau ikutkan bini aku bukan bagi kau tau la dia pregnant ni asyik nak melekat je dengan aku"kata Aryan sudah siap makan
"Yelah kau outstation seminggu kot . Memang la dia tak bagi lama tu" kata Khairi
"Hm tulah aku cadang nak bawak bini aku sekali tapi takut dia bosan pulak duduk dalam hotel je . Pastu aku pujuk la lepas outstation seminggu aku cadang nak bawak dia bercuti tapi dekat Malaysia jelah . Dia kan tengah pregnant taknak la bawak dia jauh jauh"
"Pastu jalan tak pujukan tu ?"
"Nasib baik jalan . Dia pun dah lama tak holiday tu yang jalan tu" kata Aryan kemudian gelak
"Kau nak bawak bercuti dekat mana ?"
"Tu aku belum tau lagi . Tapi aku rasa nak suruh mommy aku yang tolong carikan dekat online tempat mana cantik . Aku busy sangat lately ni"
"Ouh okay la . Mommy kau pun kalau cari tempat memang lawa comfirm bini kau suka"
"Haha sebab tu la aku nak mintak tolong mommy aku . Kalau aku suruh kau takut kau booking hotel dalam hutan je hahaha" gelak Aryan
"Amboi kau sedap cakap aku . Apa ingat aku ni taktau ke mana cantik dengan buruk" kata Khairi sambil membuat muka loya
"Hahaha yelah . Okay la bro aku balik dulu" kata Aryan sambil bangun dari kerusi
"Lah nak balik dah ? Awal lagi kot" kata Khairi yang masih duduk
"Nanti bini aku membebel pulak . Awal apa dah pukul 10 malam ni"
"Eleh takut bini lahtuu"kata Khairi yang sudah berdiri
"Banyak la kau takut bini . Ni bukan takut bini tapi sayang bini" kata Aryan sambil kenyitkan matanya kemudian melangkah pergi dengan gelak perlahan
****
"Sayang kenapa tidur sini ? Bangun bangun jom masuk bilik" kejut Aryan sudah duduk di tepi Medina atas sofa di ruang tamu
"Hmm kenapa balik lewat sangat ?" Tanya Medina yang sudah duduk dengan mata masih terpejam
"Biasa la kalau dah berborak dengan Khairi sampai tak perasan dah lewat malam"
"Hmm okay"kata Medina mata masih terpejam
"Dah jom masuk bilik sambung tidur" ajak Aryan yang sudah bangun
"Angkat" kata Medina sambil depakan tangannya . Mata still pejam .
"Ya allah mengadanya . Taknak la sayang berat"gurau Aryan
Terus terbuka mata Medina . "Saya berat sebab ada anak abang jugak" kata Medina yang sudah silangkan tangan di dada dan bibir sudah dibawa kedepan .
"Yelah abang gurau je . Okay jom" kata Aryan kemudian dicempung tubuh Medina
"Yeay bestnya dapat dukung macam ni hari hari" kata Medina yang sudah rangkul leher Aryan dan disembam mukanya di dada Aryan
"Haah sayang best la pinggang abang yang sakit" kata Aryan
"Hehe kata sayang kene la buatkan "
"Yelah anything for you" kata Aryan . Medina tersenyum suka . Bahagia ya amat . Semoga kebahagiaan ni kekal selamanya aaminn..
YOU ARE READING
Love You Husband (COMPLETE✔)
Romansa☡Matured Content☡ Kahwin tanpa ada rasa cinta . Tetapi lama kelamaan cinta itu hadir tanpa diduga . Apabila cinta sudah hadir semakin banyak dugaan yang datang . Tapi itu bukan alasan untuk kita putus asa . Kita kene pertahankan cinta kita hingga ke...