Bab 58

17.7K 191 1
                                    

"Hm ada apa call aku ?" Tanya Medina sambil tengok bintang di balkoni biliknya . Airis dan Aiden sedang tido ni la masanya untuk rehat .

"Weh aku mintak maaf . Sumpah aku taktau laki aku ni pekerja Aryan . Aku mintak maaf Medina " kata Zetty serba salah

"Hm benda dah jadi pun . Sekarang ni aku taktau dengan cara apa aku nak halau dia dari rumah aku . Anak aku pun asyik nak melekat dengan dia tambah lagi si Airis lagi la taknak berenggang langsung" cerita Medina

"Alah kau terima jelah Aryan balik . Dia kan laki kau bapak anak anak kau jugak . Kau buang yang keruh ambil yang jernih"

"Kau cakap senang la Zetty . Kau takde dekat tempat aku . Dia dah hina aku macam macam dia maki aku hari hari pukul aku . Dia layan aku macam binatang Zetty . Dia kata aku mengandungkan anak orang lain . Bukan senang aku nak maafkan dia" kata Medina . Airmatanya mengalir . Dia dah langgar janjinya yang dia takkan nangis sebab Aryan tapi harini dia tewas .

"Ye aku tau Medina aku paham . Tapi kau sanggup ke nak tengok anak kau membesar tanpa ayah . Kau kene pikir panjang Medina . Kalau kau tak boleh buat untuk kau , kau buat demi anak anak kau . Aku tau kau masih cintakan dia kan ? Aku yakin kau masih belum boleh lupakan dia" kata Zetty

"Tapi aku takut Zetty aku takut aku cintakan dia balik . Cukup la aku dah terseksa selama ni . Kenapa bila aku dah boleh move on dia muncul balik Zetty" kata Medina dalam tangisan

"Kau bagi la dia peluang kedua . Mungkin ini kebahagiaan kau sebenar . Kau kene cuba Medina"

"Tak Zetty . Aku taknak . Kalau dulu dia sakitkan aku sorang takpe sekarang aku dah ada anak . Aku taknak dia sakiti anak anak aku . Kepercayaan dia dekat aku sangat tipis . Dia lebih percayakan orang luar berbanding aku" kata Medina yang masih menangis tapi perlahan takut orang dengar

"Hm kalau macam tu ikut la kau . Tapi satu je aku nak pesan buat apa apa keputusan pikir sebaik baiknya . Kau kene pikir Aryan tu tetap ayah diorang . Kalau kau halang dia dari jumpa anak dia kau mungkin akan dibawa ke court . Jadi kau sanggup ke bergilir dengan Aryan jaga Aiden dan Airis . Kau sanggup berpisah dengan anak anak kau even sehari ?"

Medina berpikir sejenak . "Bergilir ? Berpisah dengan anak even sehari ? Sedangkan seminit anak takde depan mata pun aku dah rindu risau apatah lagi berhari hari . Aku taknak berpisah dengan anak aku" kata Medina dalam hati sambil geleng kepalanya

"Taknak aku taknak berpisah dengan anak aku even sehari pun" kata Medina risau

"Ha so kau kene pikir betul betul Medina . Stay dengan Aryan demi anak anak kau or berpisah dengan Aryan tapi bergilir gilir jaga anak ? Kau pilih Medina . Ingat Medina jangan buat keputusan terburu buru" pesan Zetty

"Hm okay" kata Medina sayu

"Okay la aku nak tido dulu assalamualaikum" kata Zetty kemudian ditutup panggilan selepas Medina jawab salam .

Medina hanya termenung . Buntu nak buat keputusan . Sisa airmatanya diseka .

"Just stay dengan abang sayang . Kita boleh jaga anak kita sama sama" kata Aryan sambil peluk Medina dari belakang .

Medina terkejut dengan kehadiran Aryan . Medin menolak badan Aryan jauh darinya .

"Kau ni memang takde adab ke main terjah masuk bilik orang dengan perbualan orang . Dahla tak reti nak balik rumah sendiri" kata Medina sambil berpeluk tubuh .

"Lah kan ni bilik kita sayang memang la abang masuk bilik ni"kata Aryan selamba

"Kepala hotak kau bilik kita . Kau nak duduk sini aku boleh terima tapi duduk sebilik dengan aku NO !" Kata Medina kemudian dibawa langkah ke katil .

"Sayang jangan la cakap aku kau dengan abang . Sedih hati abang dengar tau" kata Aryan manja

"Aryan Mukhriz stop la call me sayang . Aku ni perempuan jijik . Kau tak layak hidup dengan perempuan jijik macam aku ni . Kau boleh tak tolong bla dari hidup aku . Selama setahun ni aku dah rasa aman dengan anak anak aku . Tolong la Aryan aku merayu sangat tolong jangan ganggu hidup kami" rayu Medina

"No sayang . Abang nak hidup dengan sayang and anak anak kita"

"Anak aku bukan anak kita" Medina membetulkan

"Tak sayang mereka darah daging abang"

"Kau buat lawak apa ni Aryan ? Kau sendiri kot yang kata diorang ni bukan anak kau apehal tiba tiba sekarang ni kau nak mengaku diorang ni darah daging kau ? Haha lawak la kau ni " kata Medina sambil buat gelak hambar

"Sayang abang mintak maaf . Abang tau abang salah . Abang memang bodoh sebab percayakan orang lain dari sayang . Tolong la sayang bagi abang peluang kedua . Abang janji abang takkan sia sia kan peluang ni" rayu Aryan sambil memegang kedua tangan Medina

"Lepas Aryan jangan sentuh perempuan jijik macam aku" kata Medina sambil menarij tangannya kemudian dia baring dan menarik selimut paras dada .

"Sayangg.."

"Shh diam anak aku nak tido" kata Medina

Aryan diam . Aryan pergi menutup lampu dan membuka lampu tidur kemudian baring sebelah Medina .

"Aku cakap bilik kau dekat bawah kan yang kau pegi tidur sini kenapa ?" Marah Medina yang sudah duduk dari pembaringan .

"I'm your husband Medina so abang berhak tidur sebilik dengan sayang" kata Aryan perlahan

"Ergh what ever" marah Medina kemudian baring semula dan membelakangkan suaminya .

"Uwerk uwerk uwerk" tangisan Aiden kedengaran . Baru Medina nak bangun Aryan cepat pergi ke baby cot tersebut dan ambil Aiden .

Medina sempat kerling jam di dinding pukul 3:20 pagi .

"Kenapa sayang baba ni ? Baby boy nak apa ?" Pujuk Aryan . Tiba tiba dia macam bau something .

"Baby boy berak ye ? Patut la nangis . Sayang baby wipes dekat mana ?" Tanya Aryan pada Medina di atas katil

"Takpe biar aku yang buat . Kau gi sambung tidur" kata Medina kemudian bangun .

"No it's okay sayang . Biar abang yang buat . Dekat mana baby wipes ?" Tanya Aryan lagi

"Dekat dalam laci sebelah meja solek" kata Medina

Aryan terus pergi amik baby wipes ,pampers dan segala barang barang keperluan . Medina pergi ambik lapik untuk cuci taik Aiden dan dibentangkan atas katil .

Aryan letak Aiden di atas lapik tersebut . Kemudian Aiden buka seluar dan pampers Aiden . Pampers Aiden dibuang dalam plastik roll kedap bau supaya baunya tak terkeluar . Aryan angkat kedua kaki Aiden untuk cuci taik . Setelah selesai Aryan letak kaki Aiden semula . Baru Aryan nak sarungkan pampersnya Aiden telah memancutkan kencingnya di badan Aryan lama .

"Baby boyy habis baba" kata Aryan separuh jerit sebab terkejut . Aiden ketawa seperti paham apa yang terjadi .

"Hahaha padan muka baba kan good boy sayang" kata Medina sambil main dengan tangan Aiden

"Nasib baba sayang tau" kata Aryan sambil tarik pipi Aiden .

Kemudian Aryan menyarung pampers dan seluar Aiden kemudian diserahkan pada Medina untuk tidurkannya kembali . Aryan nak mandi sebab dah kene kencing Aiden .

Medina bawa Aiden baring diatas katil dan menyusu . Barang barang Aiden biarlah Aryan kemas . Nak jadi bapak mithali sangat kan kemas la balik .

Aryan keluar dari toilet dengan berseluar pendek sahaja . Disangkut towel nya di tempat penyidai . Kemudian Aryan mengemas semua barang barang yang diguna tadi .

Selesai semua Aryan  baring di sebelah Aiden yang sudah terlelap . Aryan merapatkan jaraknya dengan Aiden kemudian dicium dan peluk .

Love You Husband (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now