Chapter 2 ; it's my fate
———
" ZAHIR, can i have a moment " Zahir mengangkat wajahnya dan memandang sekilas ke arah Aisy yang berada di hadapannya.
" Aku busy "
Aisy ketap gigi. Busy? Padahal tangan pegang fon lepastu tersengih sorang sorang macam orang gila. Busy buat apa tah.
" Apa kurangnya saya? you never give me a chance to really show you that i love you? Susah sangat ke nak bukak sikit pintu hati awak tu untuk saya? " Soal Aisy geram.
Zahir menghempaskan telefonnya yang berjenama samsung s9 itu ke atas meja kerjanya kasar dan berdiri sambil memandang tajam ke arah Aisy .
" Sebab kau tak layak "
Kata Zahir selamba. Aisy memejamkan matanya dan cuba untuk menghadam ayat tersebut.
" Jadi... Hanna tu layak sangat ke? " soal Aisy. Zahir melangkah menghampirinya .
" Of course, Hanna cinta pertama aku dan hanya dia yang layak untuk duduk dalam hati aku. Kau dengan dia macam langit dengan bumi. Kau tak layak nak masuk dalam hati aku " kepala Aisy di tunjal kasar.
" Disebabkan kau, aku dan Hanna terpaksa tangguhkan semuanya. Kau pemusnah kebahagiaan aku dan dia. Kalau bukan sebab kau , aku dan Hanna tak akan menderita "
Mata Aisy mula berkaca kaca. Jadi selama ini Zahir menganggap bahawa dia adalah punca penderitaan mereka.
" Aku benci kau , dan sampai bila bila pun perasaan tu tak akan berubah " Hati Aisy retak seribu. Tidak pernah terbuka walau sedikitkah pintu hati lelaki itu untuknya ?
" Hubungan ni berkekalan pun sebab aku kesian kan Hayla , kalau bukan sebab dia... Aku rasa dari dulu lagi aku dah ceraikan kau " Zahir tersenyum senget.
" Aku dah buat keputusan, aku akan ceraikan kau dalam masa yang terdekat dan aku akan kahwin dengan Hanna " Zahir mencapai telefonnya dah berlalu pergi meninggalkan Aisy sendiri.
Air mata Aisy mengalir di pipi. Kau kena Kuat Aisy! Kuat! Kau kena bertahan demi Hayla!
AISY dan Faya jalan beriringan ke sebuah cafe yang terletak di dalam pusat membeli belah tersebut .
" Seriously Aisy? Babe takkan lah kau nak redha je suami kau nak ceraikan kau , lepastu kahwin dengan perempuan lain? " Pertanyaan Faya dibalas dengan anggukan lemah Aisy.
Faya mengeluh.
" Faya , kalau dah tertulis yang aku bukan jodoh dia usaha la apa cara sekalipun tetap sama . Mungkin ini takdir aku and i accept that " Faya garu kepala yang tak gatal. Lemahnya la Aisy ni.
" Habis kalau dia tu jodoh kau macam mana pulak? " Aisy mengangkat bahunya. Faya tepuk dahi. Pening! Masalah orang lain tapi dia pula yang mereng kepala otak nak fikir cara untuk pulihkan keadaan.
Tiba tiba kerusi di hadapan mereka ditarik perlahan. Kedua mereka memandang ke arah gerangan manusia tersebut.
" Sorry late guys... Dah oder? " katanya sambil membelek belek menu yang berada di atas meja.
" Belum lagi ,ni haa cuba kau nasihat sikit sahabat kau ni. Suruh dia fight for her marriage and love " terdengar tawa halus keluar dari mulut itu.
" Kenapa ni? Aisy? Faya? Cuba cerita slow slow. Pasal Zahir ke? " soalnya. Aisy dan Faya berpandangan.
" Apa? Tengok muka kusut Aisy pun aku dah boleh tahu la sebab apa. Ini Anas Rezza okey " Faya menggulingkan bola matanya.
" Okey macam ni, kita makan dulu then lepastu baru kau cerita masalah kau okey Aisy? Now kita oder. Perut aku dah berkonsert dah ni " Aisy tergelak kecil lalu mengangguk perlahan kepalanya.
Setelah puas hati dengan makanan yang sudah masuk ke dalam perut. Masing masing mula menunjukkan muka serius dan memandang ke arah satu sama lain. Aisy membuka mulut manakala yang lain mendengar dengan penuh teliti.
" Jadi sebab tu lah kau suruh aku carikan rumah? " Aisy menganggukkan kepalanya. Faya dan Anas berpandangan seketika.
" Tapi kenapa kau tak tinggal dengan Umi je Aisy? " Aisy mempamerkan wajah kusutnya.
" Faya, aku dah tak nak susahkan Umi dengan Walid lagi. Aku rasa aku dah banyak bebankan diorang. Lagipun aku dah janji dengan arwah kakak yang aku akan jaga Hayla " Anas dan Faya terdiam seketika.
" Okey now Aisy, aku ada good news untuk kau " Anas tersenyum teruja.
" Cakap je lah, tersengeh-sengeh. Aku hempuk kang " marah Faya.
" Aku dah dapatkan rumah untuk kau. Dekat dengan tempat kerja, rumah Umi kau dan sekolah Hayla " Senyuman Aisy terus mekar dibibir merahnya.
" Serious lah Anas? Ya Allah, syukurlah. Terima kasih sangat sangat sebab kau dengan Faya dah banyak tolong aku. Aku tak tahu la apa nasib aku kalau korang dua tak ada " terdengar suara Aisy mengundur.
" Aisy, aku nak kau tahu yang aku dengan Anas always ada untuk kau dengan Hayla. So don't worry okey. Now kau dah boleh senyum sebab satu masalah dah selesai " Bicara Faya.
Kepala dianggukkan lalu bibirnya mengukir senyuman nipis.
Aisy, you have to start a new life from now. Lepas ni , semuanya akan berubah. Terutamanya, Zahir....
To Be continued,
20 comment to unlock the next chapter
&
hit the 🌟 button
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...