22 | psycho

13.7K 680 51
                                    

Chapter 22 : Psycho




















KEPALA Aisy ditolak perlahan membuatkan gadis itu terjaga daripada tidurnya. Rambut yang kusut-masai itu dicengkam perlahan dan semakin lama semakin kasar menyebabkan Aisy terjerit kecil.

" Good morning sayang, kita breakfast? " bisiknya perlahan ke telinga gadis itu.

Aisy diam tak terkutik . Dia sudah penat ingin meronta-ronta supaya dilepaskan kerana setiap kali dirinya meronta pasti lelaki itu akan berkeras dengannya.

" Sekejap , biar aku bukak tape dekat mulut kau " Bicaranya lembut. Tak ubah seperti seorang lelaki psycho.

Aisy memejamkan matanya rapat apabila tape yang ditarik oleh lelaki itu menyakitkan mulutnya. Mahu saja ditendang kemaluan lelaki itu namun ditahan saja niatnya dan menunggu waktu yang sesuai.

" Aku tahu kau laparkan? Jom kita makan " Sebungkus nasi goreng kampung diletakkan di atas meja berhadapan dengan Aisy. Teh o Ais ikat tepi digantung pada paku yang terdapat pada meja tersebut.

Aisy memandang sepi ke arah makanan itu.

" Kenapa tak makan? Dah tiga hari kau tak makan kan sayang? Nanti kalau kau sakit aku juga yang susah " hujung rambut Aisy dimain nya.

" Awak nak saya makan pakai kaki ke? " soal Aisy sarkastik sambil menunjukkan tangan nya yang terikat.

" Kenapa tak cakap awal awal, tak apa biar aku suapkan kau ya? Baru lah sweet "Aisy menggulingkan bola matanya. Kalau bukan sebab dia kebulur tak ada makna dia nak telan!

Suapan pertama yang selamat masuk kedalam mulut Aisy membuatkan lelaki itu tersenyum.

" Kan senang kalau kau kahwin dengan aku, aku boleh jaga kau lebih baik dari dia. Aku boleh bahagiakan kau Aisy. Percayalah " Aisy hanya diam dan membiarkan lelaki itu merapu-rapu dengan angan yang tak akan kesampaian .

" Dah lama aku tunggu saat macam ni, kita berdua. Aku suap kau makan, rasa bahagia sangat " lelaki itu mengelus lembut pipi Aisy.

Selesai menghabiskan makanan, air disua ke mulut Aisy dan gadis itu menyedut rakus minumannya. Tiga hari tak minum kau rasa?

Dia sendiri tidak tahu kemana lelaki itu membawanya. Sedar sedar saja dirinya sudah terikat sendirian di situ adalah dalam seminggu lebih . Mustahil tempat yang lelaki ini pilih berdekatan dengan kawasan perumahan atau perkampungan.

" Jangan risau, kau selamat dekat sini. Lelaki tak guna tu tak akan tahu kita dekat mana " dia ketawa.

" Kenapa awak buat saya macam ni? " soal Aisy sebak. Mengapa lelaki itu tergamak memperlakukan dirinya sebegini?

" Because you are mine. And i don't like to share. Aku tak suka tengok kau sedih, menangis. Dan aku akan pastikan orang yang buat kau mengalirkan air mata tu akan terima akibatnya " Aisy menggelengkan kepala.

" Awak nak buat apa? Please jangan apa-apakan dia! Tolonglah " Rayuan Aisy membuatkan rahang lelaki itu bergerak gerak. Marah?

Tiba tiba saja pipinya dicengkam kasar.

" Kenapa kau ni bodoh sangat? Kau sedar tak dah seminggu tiga hari dah kau dekat sini , tapi ada dia cari? Tak ada! Tak kan kau tak nampak lagi yang dia tu betul betul tak kisah pasal kau hah! " amuk lelaki itu kegeraman.

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now