20 | Selamat tinggal

15.1K 756 135
                                    

[ P/S : PLAY MEDIA ]



















Chapter 20 : Selamat Tinggal

SAKIT , Satu perkataan yang dapat Aisy ungkapkan. Masa berlalu dengan begitu pantas , dan semakin hampir hari itu semakin sakit hatinya. Rasa seperti hati itu ditoreh-toreh menggunakan pisau.

Dari jauh Aisy hanya memerhatikan kemesraan dan kebahagiaan yang dipamerkan oleh Hanna dan Zahir. Mengapa dia tidak diperlakukan seperti itu? Mengapa bukan dirinya yang dicintai oleh lelaki itu? 

Hari ini adalah hari dimana mereka berdua bakal disatukan. Impian yang mereka nanti nantikan. Mimpi yang dahulunya angan-angan kini menjadi kenyataan.

Ya Aisy, mereka akan diijab qabulkan malam ini. Dan mengapa kau masih disini?

Bahu Aisy disentuh perlahan oleh Zara. Pandangan penuh simpati diberikan kepada Aisy.

" Akak Aisy tak perlukan simpati dari sesiapa. I'm okey and totally fine" Aisy menggengam erat tangan Zara untuk meyakinkan wanita itu bahawa dia benar benar okey.

" Akak kenal Aisy sayang , i know you suffered a lot my dear " Pipi Aisy diusap perlahan.

" Akak, Aisy yang pilih untuk hidup macam ni. Aisy redha dengan ketentuan Allah . Ada hikmah disebalik semua yang berlaku kak, cuma kita tak sedar " Tutur Aisy perlahan.

" Maafkan akak Aisy, akak tak mampu nak pertahankan Aisy bila Papa dah buat keputusan. Akak berdoa sangat sangat yang semua ni tak akan terjadi. I love you so much " mutiara jernih mula mengalir dipipi Zara.

Aisy sebak, namun ditahan saja air mata daripada mengalir dipipi.

" Akak tak salah, tak ada siapa yang salah. Mungkin sekarang Aisy tak bahagia. Mana tahu satu hari nanti Aisy mampu? Doakan Aisy ya kak? " Zara yang sudah tersedu sedan itu dipeluk erat.

" Kenapa Aisy cakap macam ni? Macam nak tinggalkan Akak je. Tak suka lah " Rengek Zara manja.

Aisy tersenyum nipis.

" Mana ada nak pergi mana mana, kan Aisy dah janji nak teman akak waktu Zahir nak nikah. Nanti kita sama sama pengang tangan kak Zera. Takut jadi tarzan pula dia " Zara tergelak kecil.

" Baju Aisy dekat rumah umikan? Apa kata Aisy balik bersiap sekarang, nanti takut kalau lambat jalan jammed pulak " Aisy menjeling sekilas jam ditangannya.

" Okey lah kak, jumpa malam nanti okey. Kalau ada apa apa message Aisy cepat cepat tau! " Aisy meminta diri dan memandu ke rumah Zahir untuk mengambil barang yang tertinggal.

Masuk saja ke dalam rumah , dia ternampak kelibat Zahir yang bermundar mandir di ruang tamu.

" Eh? Bila awak datang sini? " soal Aisy terkejut. Manalah tahu jelmaan je.

" Kau yang bersembang dengan kak long sampai tak perasan aku keluar " Balasnya.

Mulut Aisy membentuk'o . Kaki melangkah ke biliknya dan mengambil sebuah kotak baldu yang disimpan di dalam almari . Aisy terus keluar dan mendekati Zahir.

" So congrats for your wedding. I'm happy for you. Semoga bahagia hingga ke jannah " Ucap Aisy dan menghadiahkan lelaki itu sebuah senyuman yang tidak ikhlas.

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now