Chapter 27 : Rindu
AISY berdiri di hadapan cermin dan memerhatikan refleksnya . " Olivia , saya tak nak lah pergi. Lagipun Harry kan dah ada awak as PA dia. Kenapa saya pun kena pergi juga. Segan lah! " rungut Aisy lalu mencebikkan bibir ke arah Olivia yang sedang memberikan 'final touch' pada wajahnya.
" Aip , you jangan nak mengada eh Aisy. I tak nak kena marah depan orang ramai sebab you okay . So please Aisy , jangan bagi i malu nanti " Olivia menyusun cantik alasannya, sedangkan Harry tak akan berbuat demikian.
Aisy akur. Nak tak nak digagahkan juga kerana kasihankan si Olivia. Pintu bilik dibuka dan mereka beriringan menuju ke arah lif.
" Hey ladies " Sapa satu suara yang amat mereka kenali. Pantas keduanya menoleh.
Langkah Harry berhenti betul betul dihadapan Olivia dan Aisy. Lelaki itu memakai tuxedo bewarna hitam, rambut disisir kemas dan jambang di cukur.
What a surprise?
" You shave? Like finally! " Suara Olivia memecah kesunyian. Mereka bertiga masuk ke dalam lif dan turun ke arah bawah di mana terletaknya dewan majlis tersebut diadakan.
" Olivia , kau pergi check attendance dulu. Aku ada benda nak cakap dengan Aisy sekejap nanti kitaorang masuk " Olivia hanya mengangguk dan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua di luar dewan.
" Come " Aisy di bawa ke taman yang berada di tengah-tengah banggunan dimana terdapat sebuah taman yang tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
" First of all , I'm sorry Aisy " Aisy tergamam. Sepanjang dia mengenali Harry perkataan maaf adalah perkataan yang paling mahal dan paling susah yang hendak didengarnya. Tapi kenapa tiba-tiba hari ini lelaki itu mengucapkannya?
" Wh-why? Kenapa tiba-tiba "
Harry mengeluh kecil.
" You will know soon . Aku minta maaf kalau Sepanjang kau bekerja dengan aku, aku banyak buat kau sakit hati, buat kau sedih " Aisy menjadi semakin panik. Apa yang Harry sedang merapu ni?
" Harry awak sihat ke tak ni? Look, apa pun salah awak saya maafkan. I know that you just being yourself " Balas Aisy. Terselit nada kerisauan disebalik suaranya.
" Okay good, let's go " Harry terus melangkah masuk ke dalam dewan di ikuti oleh Aisy dibelakang. Mereka mencari kelibat Olivia di dalam kesesakan dewan tersebut.
Kedua mereka duduk dengan senyap dan leka didalam dunia masing masing manakala Olivia sibuk dengan telefon dan tabletnya.
Tetamu yang ditunggu tunggu telah tiba, pintu dewan terbuka dan mereka berjalan masuk dan menuju ke meja vvip yang disediakan khas. Aisy tergamam saat matanya terpandang seseorang. Seseorang yang sangat dia sayangi. Aisy terduduk lemah di tempatnya . Adakah ini takdir atau kebetulan, sudah sebulan dia tidak berjumpa dengan ahli keluarganya.
Wanita itu berjalan menuju ke arahnya. Terus tubuh Aisy didakap erat. " Akak rindu Aisy " ucapnya perlahan.
" Aisy pergi mana? Tahu tak semua orang rindukan Aisy? Semua orang cari Aisy! " Sambungnya lagi . Aisy terdiam seketika sebelum dia membuka mulut.
" Zahir? " Zara diam.
" Kenapa kak long diam? Zahir mesti dah bahagiakan sekarang? Aisy je yang masih tak dapat nak rasa apa ertinya bahagia " tutur Aisy lemah.
Zara mengusap perlahan tangan Aisy.
" Tak Aisy , both of you suffer a lot " dahi Aisy berkerut kerana tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Zara.
" Nanti ikut akak balik ya? Ada banyak benda yang Aisy perlu tahu " kata Zara dan berlalu pergi ke arah suaminya. Kebetulan Zara dan Ilham mewakili keluarga Zahir untuk ke event tersebut.
" Kau okey? " soalan Harry hanya dibalas dengan anggukan perlahan.
KAKI melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Dato Zulfikri dan Datin Aisha setelah sebulan dia menghilangkan diri.
" Aisy! Anak mama! Mana kamu pergi sayang? Puas kami cari kamu " Tubuh Aisy dipeluk erat oleh Datin Aisha. Aisy membalas pelukan tersebut.
" Mama sihat? Papa? " Dato Zulfikri hanya tersenyum senang melihat Aisy yang berdiri di hadapannya selamat dan sihat walafiat.
" Aisy pergi mana? Mama ingat mama tak akan dapat jumpa Aisy lagi lepas tahu yang Aisy kena culik " sayu kedengaran suara Datin Aisha.
" Aisy okey je mama , Alhamdulillah Aisy selamat sebab Allah pertemukan Aisy dengan insan insan yang berhati mulia macam Harry " Zara dan Ilham berpandangan sesama sendiri.
" Harry Jayden? " soal Ilham. Aisy mengangguk perlahan.
" Kakak Harry yang jumpa Aisy, kalau kakak dia tak berhenti tepi jalan dan ambik Aisy. Mungkin sekarang Aisy tak ada dekat sini kot " Aisy tersenyum apabila teringatkan Laura. Baru dua hari dia jauh dari wanita itu namun hati sudah mulai rindu.
" Syukurlah " ucap mereka.
" Aisy ingat Aisy nak balik rumah Umi dengan Walid. Mesti diorang risaukan Aisy. Lagipun Aisy rindu sangat dekat Hayla " Cadang Aisy. Kesemua mereka hanya mengangguk sahaja.
" Kalau macam tu Aisy, kita gerak sekarang ya? Nanti kalau lambat lambat takut diorang dah tidur pulak " Celah Zara. Tas tangan dan kunci kereta dicapai namun pantas dihalang oleh Ilham.
" Abang drive , bahaya malam malam macam ni kalau awak drive sorang " Zara tersenyum. Alahai caring nya laki aku! Hahahah.
Aisy menyalami tangan Datin Aisha dan Dato Zulfikri lalu masuk ke dalam BMW 8 series milik Ilham. Kereta lelaki itu meluncur laju ke kediaman keluarga Aisy.
Sampai sahaja dihadapan pagar rumah tersebut, Aisy terus meluru keluar dan mengetuk pintu rumah. Manakala Zara dan Ilham hanya memerhatikan dari dalam kereta.
Pintu rumah dibuka oleh seorang.
" Walid! " jerit Aisy. Tubuh tua milik Encik Iskandar dipeluk erat oleh Aisy, dia amat merindui lelaki itu. Puan Suraya yang menyedari akan kekecohan yang berlaku di hadapan rumahnya mempercepatkan langkah .
" Ya Allah, Aisy anak umi! " kedua mereka berpelukan. Aisy menangis didalam dakapan wanita itu. Kini dia berasa selamat di samping keluarganya.
" Jangan tinggalkan umi lagi ya sayang? Umi dah tak ada anak lain selain Aisy dan Airel . Umi sayang Aisy " tangis Puan Suraya.
Setelah tangisan mereka mulai reda, Aisy menghampiri Zara yang sedang menunggu di keretanya.
" Terima kasih sebab bawak Aisy ke sini. Sayang kak long " tubuh Zara dipeluk seketika. Dia tersenyum.
" Akak balik dulu ya Aisy " pamit Zara lalu masuk ke dalam keretanya. Aisy melangkah masuk ke dalam rumah.
" Hayla mana Umi? " soal Aisy.
" Dia ada dekat atas " Aisy mengangguk dan terus berjalan menuju ke bilik Hayla yang sudah gelap. Mungkin gadis itu sudah tidur.
Aisy naik ke atas katil dan bersandar di sebelah Hayla yang sudah terlena. Aisy mengelus lembut Pipi gebu gadis itu lalu dicium sayang.
" Ma-mama? "
To Be Continued,
I rasa CYTU2 mungkin sampai 30 or 40 Chapter je kot. So kiranya dah nak habis la ni.
Siapa nak rasa yang Aisy akan jumpa balij dengan Zahir?
Siapa rasa jodoh Aisy adalag Harry?
And siapa nak tahu mamat psycho mana yang dah culik Aisy?
Stay tuned!!!
Ada sesiapa nak double update? 😋
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...