[ MEDIA : ZAHIR ADHA ]
Chapter 32 : Terima kasih
TERKETAR-KETAR tangan Aisy menyentuh pipi Zahir yang sejuk itu. Di tatap lama wajah bersih milik Zahir lama. Adakah ini kali yang terakhir dia dapat menatap wajah lelaki itu?
Kenapa Zahir harus pergi secepat ini? Sakit nya hati bagai dihiris sembilu.
" Zahir? Awak betul betul dah pergi ke? Kenapa awak ni kejam sangat? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak adil! Saya benci awak! Kenapa awak tinggalkan saya secepat ni! " tubuh sasa Zahir dipukul geram.
" Dah lah awak belum mintak maaf dengan saya! Kenapa susah sangat nak bukak mata? Kenapa awak – " tubuh Aisy ditarik ke dalam pelukan Datin Aisha.
" Aisy tak boleh ma , Aisy tak bersedia untuk kehilangan Zahir lagi " dipandang saja sekujur tubuh yang kaku itu tanpa riak. Sudah puas dia menangis sebelum ini sampaikan Air matanya sudah kering.
" Aisy keluar dulu ma " Aisy berkira kira untuk pergi namun langkahnya terhenti apabila tangannya direntap kasar. Serta merta tubuh itu terus menoleh.
" Sampai hati kau nak tinggalkan aku lagi? Tak kesian ke dekat suami ni? " Aisy kemam bibir.
Zahir membuka matanya lalu menghadiahkan gadis itu sebuah senyuman manis yang belum pernah dilihatnya.
Pap! Pap! Pap!
Serentak Aisy dan Datin Aisha memukul tubub Zahir kuat. Geram yang amat dengan prank bodoh lelaki itu.
" Bodoh! Awak ingat lawak ke buat buat mati hah? " Kata Aisy kegeraman.
Tak semena telinga Zahir terus dipiat oleh Datin Aisha. " Hantu punya anak. Zahir memperbodohkan mama? Haaa ini makan dia! Ingat mati ni benda main main ke? Allahu ada yang mati kena cekik nanti " Datin Aisha mengucap panjang manakala Zahir sudah terkekek ketawa.
" Sorry Auntie, Wan tak berniat nak tipu Auntie dengan Aisy. Zahir ni haa paksa paksa orang " Ucap Wan yang bersandar pada pintu wad.
" Mama balik dulu lah. Merajuk dengan kamu! " Datin Aisha terus keluar meninggalkan lelaki itu di ikuti Wan.
Aisy juga ingin melangkah pergi namun dihalang oleh Zahir. Tangan lelaki itu menggengam kemas tangannya.
" Aisy , jangan tinggalkan aku lagi please? " Rayu Zahir lalu menayangkan wajah meminta simpati.
" Lepas lah! Awak tahu tak sebab awak mata saya lebam! Hidung saya tersumbat! Suara saya sengau! Benci! Benci " perut Zahir dicubit geram.
" Aku rindu kau " Aisy terdiam. Hantu mana yang dah sampuk Zahir ni? Zahir Adha? Rindu dia?
" Zahir , saya rasa awak ada masalah otak ni . Sekejap ya saya panggilkan Wan ,suruh dia check otak awak mana tahu ada mana mana wayar terputus ke " Terus meledak ketawa lelaki itu.
" Dah pandai buat lawak eh kau sekarang , siapa ajar ni? " soal Zahir.
" Harry " Dahi Zahir berkerut. Jantan mana pulak yang berani dekat-dekat dengan bini dia ni?
" Who's Harry? Harry potter? "
" Harry Jayden, suami saya " terus riak wajah Zahir berubah keruh. Aisy menahan tawa melihat muka cemberut lelaki itu.
" Oh " balasnya.
" Kenapa? Awak ingat awak je boleh buat saya macam manusia tak ada hati? " Zahir memalingkan wajahnya daripada menghadap wajah Aisy.
" Ye lah, aku sedar yang aku ni tak layak untuk dapat peluang kedua daripada kau . Aku mintak maaf sebab buat kau terseksa dulu. Aku bodoh , Aku dayus , Aku buta , Aku kejam sebab dah buat bidadari syurga aku terseksa. Aku faham kalau kau dah tak dapat nak teruskan hidup dengan aku lagi – " tiba-tiba Aisy terasa sebak mendengar pengakuan dan ucapan maaf yang tulus daripada lelaki itu .
Wajah Zahir ditarik supaya lelaki itu menatap wajahnya.
" Zahir, look at me. Saya masih isteri awak dan saya tak akan duakan awak. Apa pun kesalahan awak dulu saya dah lama maafkan. Saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah beri saya peluang untuk bersama dengan awak lagi. Sayang dan cinta saya pada awak tak pernah berubah Zahir Adha "
Air mata mengalir dipipi Zahir membuatkan Aisy terkedu. Zahir? Me-menangis?
" Maafkan aku Aisy, aku rasa berdosa sangat sangat . Aku suami yang teruk, aku tak layak untuk dicintai, aku– " jari telunjuk Aisy diletakkan pada bibirnya membuatkan lelaki itu berhenti berbicara.
" Saya maafkan awak okay? " senyuman manis diberikan kepada Zahir.
Terus tubuh Aisy dipeluk erat.
" Terima kasih atas kesetian dan keikhlasan cinta kau , terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan sikap aku, terima kasih kerana kau sudi menerima baik dan buruk aku " bisik Zahir perlahan ke telinga Aisy.
Terima kasih ya Allah
Eh dah habis dah? Seriously? So far okey ke? HAHAHAHAH. Siapa rasa dia betul betul nak bunuh Zahir sekarang? KuangHajo itu anak.
Sekian terima kasih huhu.
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...