[ PLAY MEDIA ]
apa pun sis nak cakap , korang jangan confius tau sebab sis banyak skip chapter . Salah satu sebabnya ialah sis tak tulis " Mature Content ". So harap awak semua faham la ya?
Enjoy reading! ❤
Chapter 35 : Kau sakit
AISY keluar dari bilik Doktor Alisa dengan hati yang berbunga-bunga , senyuman tak lekang dibibirnya. Tangan kanan mengusap perlahan perutnya yang masih kempis itu manakala tangan kirinya pula menggengam erat sekeping gambar dari imbasan ultrasound .
Namun senyuman Aisy kian memudar. Pada waktu itu dia berharap agar Zahir turut bersama dengannya dan menikmati saat bahagia itu bersama. Langkah mula diatur menuju ke keretanya.
Tiba tiba telefon milik Aisy berdering. Tanpa melihat nama si pemanggil Aisy terus menjawab panggilan tersebut.
" Hi sayang, i miss you so bad " Aisy tersenyum, tahulah dia siapa gerangan si pemanggil itu.
" Waalaikumsalam , Aisy rindu abang juga. Bila nak balik? Sampai hati abang tinggal Aisy lama-lama kan? " Kata Aisy kononnya merajuk dengan lelaki itu.
" Alololo , jangan lah merajuk sayang . Abang dah on the way balik ni. Lagi dua jam abang sampai " Aisy tersenyum kembali.
" Aisy ada surprise untuk abang, tapi abang kena balik rumah dulu lah " Dia terdengar Zahir mengeluh kecil.
" Sayang suka buat abang nervous tau , ni yang buat abang nak pecut laju laju balik rumah ni " Aisy ketawa apabila mendengar omelan Zahir.
" Okay-okay , drive safe. Kita jumpa dekat rumah okay? "
" Okey sweetheart " Terus talian dimatikan. Seminggu lelaki itu meninggalkan nya sendirian kerana ada urusan di Johor Baharu . Aisy tersenyum sendiri kerana tidak sabar untuk bertemu dengan Zahir. Rindu!
Aisy memakirkan keretanya dan masuk ke dalam rumah. Gambar imbasan ultrasound tadi diletakkan di dalam sebuah kotak kecil . Kotak tersebut di biarkan di atas meja di dapur.
Baru saja Aisy ingin melangkah ke bilik... Sekali lagi telefonnya berdering. Kali ini skrin leper itu diperhatikan lama sebelum dia menjawab panggilan tersebut .
" Hello Umi? " Sapa Aisy.
" Hello Sayang , rindu aku tak? " Aisy tersentak apabila suara lelaki itu menyapa telinganya.
" Ma-macam mana telefon umi aku boleh ada pada kau! " soal Aisy terkejut.
" Apa kata kita jumpa? "
" Kau nak apa lagi hah? Apa yang kau nak dari aku? " Soal Aisy kegeraman. Ketawa lelaki itu kedengaran .
" Senang cerita macam ni lah , kalau kau nak Umi, walid dengan anak kau selamat . Apa kata kau datang sini . Datang rumah aku? " Aisy terkedu.
" Jangan Sentuh keluarga aku lah setan! " Air mata Aisy mula mengalir dipipi.
" Aku tunggu " tut.
Tanpa membuang masa Aisy terus mencapai kunci keretanya dan terus memandu ke rumah 'lelaki gila' itu .
Meanwhile,
Kereta Zahir masuk ke perkarangan rumah. Dia keluar dari kereta bersama dahi yang berkerut apabila melihat kereta Aisy tiada di bawah garaj. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dan mula mencari di manakah keberadaan Aisy.
Zahir ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Tiba tiba matanya terpandang sebuah kotak kecil yang berada di atas meja makan.
Kotak tersebut dicapai lalu dibuka perlahan. Serta merta bibirnya menguntum senyuman.
" Allahuakhbar , syukur Alhamdulillah! " Ucap Zahir . Gembira tak terkata.
" Mana Aisy ni? " Zahir mula rasa tak sedap hati. Telefon pintarnya dikeluarkan dan terus mengesan lokasi terkini Aisy. Mujur saja dia terfikir nak letak alat pengesan itu pada telefon dan kereta Aisy .
Dahi Zahir berkerut apabila kereta Aisy berhenti di sebuah gudang lama berdekatan dengan rumah uminya. Zahir terus masuk ke dalam keretanya dan memandu ke lokasi tersebut dan menelefon Nazhan.
" Hello bro , kenapa ni? " suara Nazhan menyapa telinga Zahir.
" Naz , boleh tolong aku tak? "
KAKI melangkah masuk ke dalam gudang lama atau 'rumah' lelaki gila itu . Aisy memberanikan dirinya untuk melangkah masuk ke dalam , dia harus berani dan kuat demi menyelamatkan keluarganya.
" Umi? " jerit Aisy.
Aisy melangkah ke arah kotak-kotak yang tersusun tinggi di sebelah kanan gudang tersebut apabila telinganya menangkap bunyi seperti kotak ditendang.
" Ya Allah Umi, walid, Hayla! " Terus Aisy menerpa ke arah mereka dan cuba untuk membuka ikatan pada tangan dan kaki.
Aisy memandang ke arah Hayla yang sedang meronta-ronta sambil memandang ke arah belakangnya.
Pak!
Aisy terus jatuh ke tanah.
" Aisy-Aisy , kau ingat kau kuat ke? Berani juga kau datang sini sorang-sorang ya? " suara itu berkata sinis.
Rambut Aisy ditarik kasar.
" Semua yang jadi ni berpunca daripada kau , Zahir koma sebab kau , keluarga kau kena culik pun sebab kau! " kepala Aisy ditunjal kasar.
" Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa Sein! " Jerit Aisy lantang. Ya , lelaki itu adalah Sein. ( kalau tak ingat boleh refer chapter 3 )
Sein Zafran ketawa.
" Kau tahu yang aku dah lama cintakan kau, tapi kenapa kau pilih dia? Kau tolak pinangan aku tapi kenapa kau terima pinangan keluarga dia? Kenapa bukan aku Aisy? Kenapa! " Jerkah Sein membuatkan Aisy terkedu.
" KAU SAKIT SEIN, KAU GILA! " tengking Aisy.
Dush!
Dush!
Perut Aisy ditendang kuat . Aisy menjerit kesakitan . Lelaki itu gila! Dia gila!
" Zahir tak layak untuk kau ! Cuma aku saja yang mampu buat kau bahagia Aisy, AKU! "
Pang!
" Apa yang kau rasa sekarang ni tak sesakit apa yang aku rasa! " jerit Sein seperti orang yang sudah hilang kewarasan.
Dush!
" Allah! " Rintih Aisy, air mata mengalir di pipi kerana menahan sakit dan perit. Perutnya diusap perlahan sebelum mata Aisy terpejam rapat.
" Jangan bergerak! Kami polis " pihak berkuasa mula mengepung kawasan gudang tersebut. Senjata dihalakan ke arah Sein yang masih berdiri dihadapan Aisy.
Sein tersenyum sinis. Perlahan-lahan kakinya mengundur ke belakang.
" Jangan bergerak! " namun Sein masih tetap melangkah ke belakang.
BANG!
Satu tembakan Mengena tepat pada jantung lelaki itu.
" Aisy! " Zahir terus berlari mendapatkan Aisy . Tubuh Aisy dipeluk erat kemudian pipi gadis itu ditampar lembut . Air matanya mula mengalir laju, dia tidak mahu kehilangan Aisy!
" Please don't leave me sayang "
To Be Continued,
O'oh 😧
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...