17 | Respect

11.9K 711 59
                                    

[ PLAY MEDIA ]

























Chapter 17 : Respect

DATIN Aisha melangkah merapati Aisy yang terlena di sisi Zahir. Sebak hatinya melihat kesetian Aisy kepada anak lelakinya itu. Dia menyesal kerana memaksa Aisy untuk menerima Zahir kerana tidak mahu bermenantukan perempuan seperti Hanna.

Namun semua usahanya hanyalah sia sia, Zahir tetap akan berkahwin dengan gadis serba tak kena di matanya itu dan Aisy menderita kerana kehendaknya.

" Apa yang aku dah buat ni ya Allah " ucap Datin Aisha dalam hati . Kini dia sedar bahawa manusia hanya mampu merancang.

Mutiara jernih yang mengalir di pipi tua itu jatuh ke atas tangan Aisy dan membuatkan gadis itu terjaga dari lenanya.

" Mama? Bila sampai? Kenapa mama tak kejut Aisy? " terpisat-pisat gadis itu memandang ke arahnya. Senyuman manis diberikan kepada Aisy.

" Mama tak nak ganggu Aisy, mama tahu Aisy penat sebab tak tidur semalam kan? " Aisy hanya mengangguk perlahan. Masih mamai barangkali.

" Aisy balik lah dulu bersihkan diri, biar mama yang jaga Zahir , nanti kak long pun Ada sekali " Mata Aisy bersinar-sinar .

" Kak long dah balik? Bila ma? Mama tak bagitahu Aisy pun! Rindunya dekat kak long " Ujar Aisy teruja. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Kak long atau nama sebenarnya Zara Asyifa , Semenjak wanita itu berkahwin dan mengikut suaminya tinggal di luar negara .

" Kalau nak jumpa kak long cepat lah balik mandi lepas tu datang sini balik, lewat pun tak apa sebab Kak long mungkin stay sampai malam. Aisy rehat la dulu dekat rumah " segera tubuh Datin Aisha dipeluk erat.

" Thanks sebab tolong Aisy ma . Aisy balik dulu Assalamualaikum " Datin Aisha mengangguk dan memandang gadis itu melangkah pergi sehingga bayangnya hilang.

" Ma " Datin Aish menoleh apabila tangannya disentuh oleh Zahir.

" Zahir dah sedar? Sekejap ya mama panggil Doktor " Datin Aisha keluar dari wad beberapa minit kemudian dia kembali bersama Doktor Wan dan jururawat.

" Maaf Datin tak boleh masuk " Kata jururawat perempuan itu menutup pintu wad. Datin Aisha duduk dibangku menunggu.

" Mama? Kenapa duduk luar ni? Adik okey tak? " Datin Aisha mengangguk perlahan.

" Dia okey Zara , jangan risau " Zara mengangguk perlahan dan duduk disebelah Datin Aisha.

Doktor Wan keluar dari Wad , dan melangkah ke arah Datin Aisha. " Alhamdulillah Datin , Zahir tak ada apa apa. Demam pun dah nak kebah. Cuma kurang air dalam badan sahaja dan kami terpaksa tahan dia untuk beberapa hari. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu " Wan meminta diri dan melangkah pergi meninggalkan mereka.

Pantas Datin Aisha masuk ke dalam wad dan diekori oleh Zara .

" Ma... Eh Kak long! Bila sampai " jerit Zahir teruja apabila kelibat Zara dibelakang Datin Aisha.

Baru saja Zahir ingin memeluk kakaknya pantas Zara menepis dan memukul lengan Zahir kuat menggunakan bekas makanan yang berada di tangannya.

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now