Chapter 3 ; as protector
" AISY? Aisy Annara kan? " sapa seseorang. Kepala Aisy diangguk perlahan. Dahi berkerut . Ye la, siapa je tak hairan bila strangers tiba tiba tegur and tahu nama kau.
" Hey Aisy takkan tak kenal saya kot? " dahi Aisy semakin berkerut. Kepala yang tak gatal digaru.
" No i don't , macam mana awak boleh ada dekat rumah Umi saya? Siapa yang suruh awak datang sini? " soal Aisy bertubi tubi. Hayla yang berada disebelah Aisy juga sudah blur.
" Aisy! Sampai pun. Kenapa tak masuk dalam? Hari nak hujan tu , ajak Sein masuk sekali " Terasa bagaikan terkena renjatan elektrik.
Tak mungkin!
" Se... Sein? Sein Zafran? " kepala lelaki itu dianggukkan laju. Senyuman manis dipamerkan. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu.
" Apa awak buat dekat sini? " soal Aisy kehairanan.
" Saja lawat keluarga awak, lagipun kebetulan my mom nak bagi buah tangan dekat aunty Su " beg kertas yang berada disebelahnya dicapai lalu diletakkan ke atas meja.
Mulut Aisy membentuk 'o
" Emm by the way, siapa budak sebelah awak tu? Adik ke? " soal Sein sambil matanya tak lepas dari memandang ke arah Hayla .
" Ouh ini anak saya, Annur Hayla "Riak wajah lelaki itu terus berubah.
" A... Awak dah ka... Kahwin? " kepala Aisy diangguk perlahan. Terdengar lelaki itu mengeluh berat.
" Melepaslah saya... " gumamnya perlahan namun dapat ditangkap oleh Aisy. Umi atau Puan Suraya tiba bersama Air dan makanan ringan untuk dihidangkan kepada Sein.
" Umi, Aisy naik atas dulu. Nak mandi " Belum sempat Puan Suraya berkata apa laju saja kaki Aisy melangkah ke arah biliknya diikuti Hayla.
" Mama siapa tadi tu. Muka macam orang gatal je Hayla tengok... " kata Hayla selamba. Kalau dia tak suka dilepaskan saja apa yang terbuku di hati. Hayla seorang yang straight forward.
" Dulu dia jiran kita tapi, sekarang tak la sebab kita dah pindah rumah , dia tu memang gatal pun " Balas Aisy. Anak beranak sama je.
" Mama... Kenapa kita tak balik terus? Kalau baba balik rumah nanti kita tak ada macam mana? " Aisy kemam bibir. Dia tak akan balik Hayla. sebab sekarang dia tengah sebok layan perempuan lain.
" Lepas makan malam nanti kita balik ya, lagipun dah lamakan Hayla tak jumpa tokmi? " Akhirnya Hayla akur.
Selesai mandi dan solat Hayla dan Aisy turun semula ke bawah untuk menyiapkan makan malam.
" Haa turun pun, Aisy malam ni masak lebih sikit sebab Umi ajak sein makan sekali " Aisy mendengus. Nak tak nak dianggukkan saja dan berlalu ke dapur.
" Ei mama, tak malu betul pakcik Sein tu, sebok nak makan dekat rumah orang, dia tak tahu ke yang perangai dia annoying? Sakit hati Hayla tengok " bebel Hayla tak puas hati. Bibir gadis itu sudah pun muncung tanda dia protes dengan keberadaan Sein di rumah itu.
" Ala sayang, ignore je okey, kita tak boleh nak halau dia sebab Pakcik Sein tu tetamu tokmi " Hayla mengeluh berat.
" Lepas makan kita terus balik tau, Hayla tak suka lah lama-lama nak kena hadap muka pakcik gatal tu . Dah la main main mata dengan mama. geram betul Hayla tengok " Hayla mencebik. Aisy ketawa kecil.
" Iya sayang, mama janji. Lepas makan kita terus balik okey " perlahan-lahan bibir kecil Hayla mengukir senyuman.
" OKEYLAH umi, Aisy dengan Hayla balik dulu tau, takut nanti kalau Zahir balik tak ada siapa pula dekat rumah " segera tangan puan Suraya disalam dan masuk ke dalam kereta Porsche cayenne miliknya.
Aisy melepaskan nafas lega. Akhirnya dia tidak perlu lagi untuk menghadap lelaki yang annoying bak kata Hayla itu.
" Emm mama, lelaki tu ikut kita " Aisy tersentak. Mata memandang ke arah cermin padang belakang.
Ya! Lelaki itu mengekori mereka.
" Eee mama dia gila ke? Hayla takut " rengek Hayla. sejujurnya dia turut berasa takut. Belum pernah perkara seperti ini terjadi.
Sampai saja di hadapan rumah. Segera Aisy memasang Alarm keselamatan setelah pagar ditutup. Tepat pada masanya kereta Sein berhenti di hadapan rumah mereka.
Aisy memeluk Hayla erat.
" Aisy, saya tahu awak ada dekat dalam! Keluarlah sayang. Takkan awak tak rindukan saya? Sampai hati awak kahwin dengan orang lain Aisy. Saya akan pastikan yang awak akan jadi milik saya , saya janji "
Sein masuk ke dalam keretanya dan memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.
" Hayla okey? " Hayla yang sudah memucat itu diperhati lama. Maafkan mama Hayla.
Dan kerana itulah aku perlukan Zahir sebagai pelindung aku dan Hayla....
To Be Continued
30 vote & 30 comment to unlock the next chapter.
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...