Chapter 28 : Insaf
" UMI Aisy keluar sekejap tau? Ada hal sikit dengan boss " pamit Aisy apabila kereta Harry sudah berhenti di hadapan kediaman rumah keluarganya. Puan Suraya mengangguk perlahan dan memerhatikan Aisy yang sudah masuk ke dalam kereta Harry .
" Terima kasih sebab sudi tolong saya Harry , saya betul betul terhutang budi dengan awak dan kak Laura . Terima kasih banyak banyak sebab awak dah tumpangkan saya dekat rumah awak selama sebulan " Harry hanya mendengarnya dengan tekun.
" It's not a big deal , lagipun kau kawan Elsa. Kawan Elsa kawan aku juga " Aisy tersenyum. Untung Elsa kerana mempunyai sepupu yang sebaik Harry dan Laura.
" Kita nak pergi mana ni? " Soal Aisy apabila melihat jalan yang dilalui oleh Harry menuju ke penjara wanita Kajang .
" Duduk diam diam, jangan banyak tanya. Nanti kau akan tahu sendiri " Kata Harry yang fokus dengan pemanduannya . Aisy akur, dia diam sehingga kereta yang dipandu oleh Harry dipakir di hadapan penjara tersebut.
Dahi Aisy berkerut. Apa yang Harry nak buat dekat penjara ni?
Aisy mengekori langkah Harry ke satu tempat dimana tempat pelawat dan banduan dipisahkan dengan dinding lut sinar.
" Sit here " arahnya. Aisy menurut.
Tak lama kemudian pintu besi dibuka dan seorang perempuan melangkah masuk dan duduk berhadapan dengan Aisy. Wajahnya yang ditundukkan itu membuatkan Aisy sukar untuk mengenal pasti siapa yang berada di hadapannya .
" Cik? " perlahan lahan kepala diangkat. Mata mereka bertembung. Aisy menekup mulutnya akibat terkejut.
" Ha-Hanna? Kenapa awak ada dekat dalam ni? Apa yang awak dah buat? " soal Aisy bertubi tubi. Hanna hanya tersenyum pahit ke arah Aisy.
Harry melangkah pergi meninggalkan mereka berdua dan memberikan ruang kepada Hanna untuk bercakap dengan Aisy secara peribadi.
" Aisy... Maafkan aku " Ucap Hanna. Aisy dapat menangkap sedikit getaran pada suaranya.
" Maafkan aku sebab dah musnahkan hidup kau " sambung Hanna lagi. Aisy tidak mampu untuk berkata apa walaupun sepatah. Dia betul betul terkejut apabila dapat mengetahui Hanna berada di dalam penjara.
" Aku kena tangkap waktu hari pernikahan tu dilangsungkan . Polis serbu rumah papa , Zahir tak sempat nak habiskan lafaz Akad dan aku tak sempat nak jadi isteri dia " bicara Hanna bersama wajah yang tak beriak.
" Aku akan dihukum mati mandatori kerana telah disabitkan kesalahan menyeludup dan mengedar dadah " Aisy memejamkan matanya rapat.
" Mahkamah dah keluarkan arahan, peguam papa pun tak dapat nak buat apa apa sebab kes ni terlalu berat. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku sempat jumpa dengan kau dan Zahir. Maafkan aku Aisy. Aku menyesal. Aku harap kau dan Zahir dapat berbaik semula " Sebak. Namun air mata ditahan daripada mengalir .
" kita manusia Hanna, tak lari daripada melakukan kesilapan. Saya maafkan awak . Masih belum terlambat untuk awak bertaubat dan berubah Hanna " Bicara Aisy.
Tak guna dia berdendam . Aisy senang apabila Hanna sudah sedar akan perbuatannya.
" Aku betul-betul mintak maaf sebab aku dengan Yusuf yang rancang untuk rosakkan rumah tangga kau. Aku yang hasut Zahir macam-macam supaya dia bencikan kau dari dulu sampai lah sekarang sebab aku tak dapat terima orang yang aku sayang kahwin dengan perempuan lain " Aisy mengucap panjang. Allahu perit sekali kebenaran ini.
" Aku tahu kalau aku tak buat macam tu Zahir akan cintakan kau dan lupakan aku, jadi aku burukkan kau setiap hari supaya dia bencikan kau " Aisy tersenyum pahit dan cuba untuk menelan satu persatu kebenaran tersebut.
" Lepas aku caritakan semua ni dekat Zahir dia terus keluar, katanya nak cari kau tapi dah sebulan dia tak datang sini. Aku pun tak tahu dia pergi mana " Aisy terdiam sendiri.
Sewaktu dia ke rumah Keluarga Zahir tidak pula kelihatan kelibat lelaki itu. Kemana dia pergi?
" Maafkan aku sekali lagi Aisy . Aku tahu aku dah banyak berdosa dengan kau dan Zahir. Aku harap kau maafkan aku " Hanna mengesat air matanya.
Aisy tersenyum. Jika dinding lut sinar itu tidak ada sudah lama didakap tubuh Hanna erat. " saya maafkan awak Hanna " Lampu merah pada dinding lut sinar itu menyala dan suara Hanna tidak lagi kedengaran.
Warden perempuan yang menjaga Hanna menarik tangannya untuk keluar dari tempat itu. Hanna menghadiahkan sebuah senyuman sebelum bayangnya hilang disebalik pintu besi tersebut.
Aisy terduduk lemah dan meraup perlahan wajahnya. Semuanya yang berlaku terlalu mendadak. Otak nya terasa sesak dan sukar untuk menerima semuanya semudah itu.
Kaki melangkah mendekati Harry yang sedang menunggunya di dalam kereta.
" Hantar saya balik " Harry tidak membalas atau menanyakan apa apa, sebaliknya diturut sahaja permintaan Aisy.
OLIVIA mendekati Harry yang sedang termenung jauh. Bahu lelaki itu dicuit perlahan membuatkan Harry serta merta menoleh ke arahnya.
" Mind to share? " Harry menggelengkan kepalanya.
" fikir pasal Aisy eh? " Soalan Olivia membuatkan Harry tertawa kecil.
" Kenapa kau rasa yang aku tengah fikirkan dia? Bagi aku lima sebab? " Kata Harry sambil matanya tidak lepas daripada memandang Olivia.
" you kan suka dia, of course lah you fikir pasal dia takkan you nak fikir pasal i pula " Balas Olivia dalam nada bercanda.
" Olive , Aku dengan Aisy hanyalah kawan baik. Dia bukan sesiapa yang istimewa dalam hidup aku " Mulut Olivia membentuk o.
" Tapi bukan Satu office panggil dia Mrs Harry? " Soal Olivia lagi.
" Itu hanya sekadar melawak. Kenapa cemburu ke? " serta merta Olivia menggulingkan bola matanya.
" Saya? Cemburu? Oh tidak tidak "kata Olivia lalu ketawa yang dibuat buat.
" What if i say that I am thinking about you? " Olivia mati kata. Wajah Harry yang serious itu dipandang lama. Nampak sangat yang lelaki itu tidak bermain main dengan apa yang baru di perkatakan nya sebentar tadi.
" Ke-kenapa saya? " terus hilang I-You apabila Olivia sudah mula menggelabah.
" Come on Olive , aku tahu kau ada hati dekat aku dari dulu lagi kan? " Bawah bibir digigit perlahan. Alamak kantoi!
" Lagipun buat apa aku nak kejar hak orang lain sedangkan depan mata aku sekarang dah ada kau" Dahi Olivia berkerut.
Hak orang lain?
" Aisy? Hak orang lain? Maksud awak? " Soal Olivia bertubi tubi. Tidak memahami apa yang Harry cuba sampaikan.
" Aisy tu isteri orang Olivia. Aku taknak jadi perosak rumah tangga orang okay. Muka kacak macam ni ramai lagi yang nak " Harry mendabik dada. Olivia menjeling Harry yang masuk bakul angkat angkat . Dasar tak malu, puji diri sendiri.
" Adrine Olivia , Sebenarnya aku pun sukakan kau " Mulut Olivia melopong luas. OMG crush suka dekat kita balik! Mahu saja dia pengsan disitu namun ditahan sahaja.
Harry Jayden, you drive me crazy!
To Be Continued,
Nampaknya Harry Jayden bukan jodoh Aisy. How sad! So stay tuned. Mesti semua nak tahu apa jadi dengan Zahir kan?
Dan Akhirnya Hanna akan dihukum mati mandatori(wajib) semua! Happy tak?
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...