31 | Pergi

13.3K 595 49
                                    

[ FIRST MEDIA : AISY ANNARA ]
[ SEC MEDIA : play video dekat media tu untuk tambah feel semasa membaca ]

DOUBLE UPDATE!





























Chapter 31 : Pergi

TIGA BULAN , Zahir terlantar di atas katil dan tidak menyedarkan diri. Tiada tanda tanda yang menunjukkan lelaki itu akan bangun dari tidurnya.

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Aisy membuatkan suasana di dalam wad itu terasa damai. Itu lah rutin harian Aisy dari pagi , petang hingga ke malam dia akan berada di sisi Zahir dan sentiasa menemani lelaki itu.

Tiap-tiap hari dia berdoa agar lelaki itu akan sedar dari koma. Dia rindukan Zahir, tiga bulan tanpa suara garaunya, gurau kasarnya, tingkahnya membuatkan Aisy terasa kosong.

Tuala dibasahkan lalu dibersihkan seluruh badan Zahir. Rambut lelaki itu dirapikan  muka , leher dan badan diletakkan bedak . Zahir diperlakukan seperti seorang bayi.

" Emm, wanginya awak! " Aisy mencium pipi Zahir.

Pintu Wad dikuak.

" Aisy " Sapa Datin Aisha .

" Mama datang sorang je? Kaklong mana? " Soal Aisy apabila kelibat Zara tidak kelihatan.

" Zara pergi ambik report card Kembar dengan Ilham . Aisy dah makan? " soal Datin Aisha lalu mengeluarkan bekas makanan. Lauk yang dimasaknya semua diangkut ke hospital semata-mata hendak makan bersama dengan Aisy.

" Wah sedapnya mama masak " Ujar Aisy teruja apabila melihat lauk pauk yang dibawa oleh Datin Aisha seperti masak lemak cili api , kangkung goreng belacan , daging masak hitam dan ulam ulaman. Kecur liur Aisy dibuatnya .

" Jom kita makan? " Aisy menurut. Pinggan dihulurkan kepada Datin Aisha.

" Aisy tak nak kerja ke? Takkan Aisy nak duduk sini tunggu dan jaga Zahir? Kita pun tak tahu bila dia nak bangun " Aisy hanya tersenyum nipis.

" Entahlah ma, Aisy tak terfikir nak kerja dalam masa yang terdekat. Biar lah Aisy jaga Zahir sampai dia sedar " Datin Aisha mengangguk faham. Dia sudah mengagak Aisy akan berkata seperti itu.

" Kak Zera tak cuti ke ma? Dah lama Aisy tak jumpa dia " Soal Aisy apabila teringatkan seorang lagi kakak kepada Zahir.

" Zera kata hujung bulan ni dia balik sebab cuti sem , dalam dua tiga minggu macam tu lah tak silap mama " Aisy mengangguk, dapat lah dia menghabiskan masa bersama wanita itu.

" Agaknya bilalah Zahir nak bangun, mama rindukan dia. Zahir tak pernah sakit sampai macam ni , kamu ingat tak masa dia demam dulu? Demam demam pun mulut mesti potpetpotpet . Makin hari pipi dia makin cengkung , risau mama tengok " Datin Aisha menahan sebak. Ibu mana tidak sedih apabila melihat anak mereka terbaring kaku di atas katil hospital.

" sabar ya ma? Kita doa banyak banyak, inshaAllah Zahir akan sedar tak lama lagi " Kata Aisy yang cuba untuk menenangkan wanita itu.

Selesai sahaja menikmati makan tengah hari bersama Datin Aisha , mereka berdua bergilir-gilir menjaga Zahir dan keluar untuk solat.

" Mama " Datin Aisha terjaga dari lenanya.

" Mama pergi lah solat ya? Biar Aisy jaga Zahir pulak " Datin Aisha mengangguk. Bag yang berisi telekung itu dicapai dan dia melangkah keluar daripada wad tersebut.

Aisy duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Zahir. Rambut lelaki itu di tolak ke belakang membuatkan wajah kacak Zahir semakin terserlah.

" Awak bangun lah , tak takut ke muka awak cengkung lepastu dah tak hensem nanti macam mana? " Usik Aisy seolah olah lelaki itu mendengarnya.

" Awak ni tak adil lah , awak dah lah seksa hati saya empat tahun, sekarang ni awak nak seksa saya berapa lama lagi Zahir? "

Tit... Tit...

Sepi. Tiada balasan darinya.

" Awak jangan lah ignore saya lama lama! Saya rindu nak dengar suara garang awak, saya rindu nak melawak dengan awak " telapak tangan Zahir diletakkan pada pipinya.

" Bila lagi saya boleh rasa cinta awak Zahir? Bila lagi kita boleh bahagia? Saya merayu dekat awak, tolong lah bangun... Saya- " tittttttttt.........

Wajah Aisy terus bertukar cemas. Pluse monitor menunjukkan satu garisan lurus menandakan jantung Zahir tidak lagi berdetak . Segera butang merah pada kepala katil itu ditekan berkali kali.

Tak sampai beberapa saat Doktor dan jururawat mula memenuhi ruang tersebut.

" Nurse! On defibrillator! " Arah Wan kelam kabut. Ventilator yang terpasang pada mulut Zahir dicabut dan diganti dengan oxygen mask.

" Maaf puan, sila tunggu di luar ya " tubuh Aisy ditolak keluar dari dalam wad. Lutut terasa lemah , Aisy terduduk lemah diatas kerusi. Dalam hati tidak berhenti henti dia berdoa supaya Zahir dapat diselamatkan.

" Aisy kenapa ni? Kenapa dengan Zahir? " soal Datin Aisha cemas. Bahu Aisy digoncang perlahan.

" Zahir ma, Zahir... " kata Aisy lemah. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan Zahir. Dia perlukan Zahir!

30 minit berlalu, akhirnya Wan keluar daripada wad yang menempatkan Zahir dengan wajah yang membuatkan jantung Aisy berdegup kencang.

" Wan? Macam mana dengan Zahir? Dia selamatkan? Dia okay kan? " soal Aisy bertubi-tubi .

Malang sekali , Wan menggelengkan kepalanya " Maafkan saya Aisy , Allah lebih menyanyangi Zahir " Datin Aisha jatuh terjelopok dan tersandar lemah pada dinding.

Empangan Air mata Aisy pecah. Tak,  tak mungkin Zahir akan pergi secepat ini! Kenapa?












To Be Continued,

Apa ni? 😭😭😭😭😭 ...
sorry kalau ada typo sebab sis type laju gila nak mati lepastu malas nak double check huhu

Ada yang menangis tak? 😢
tak sedih pun kan?

DO READ SAYANGKU BELLA TOO OKAY?

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now