15 | Fever

13.4K 716 99
                                    

[ MEDIA : AISY ANNARA ]




















Chapter 15 : Fever

TELEFON diletakkan di sisi meja . Keluhan berat dilepaskan selepas membaca berita berita yang tular di media sosial mengenai Zahir dan juga Hanna baru baru ini.

Tarikh pernikahan mereka telah ditunda ke hujung bulan 11 atas permintaan Hanna sendiri . Katanya ada kerja di Bangkok yang perlu diselesaikan.

Aisy membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan untuk di masak . Jam di kerling sekilas, 9 pagi. Masih awal. Mata melilau ke sekeliling rumah mencari kelibat Zahir yang daripada pagi tidak kelihatan. Selalunya waktu waktu macam ni dia dah bangun tengok tv tak pun baru balik dari jogging bersama Nazhan.

" Senyap je? Kereta ada . Takkan keluar jalan kaki kot? " Aisy berteka-teki.

Bakul pakaian yang kosong dicapai langkah diatur ke biliknya untuk mengambil pakaian kotor. Kemudian Aisy mendaki anak tangga untuk ke bilik Zahir dengan tujuan yang sama.

Pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum dikuak luas. Mata terarah pada katil bersaiz king yang terletak ditengah tengah bilik tersebut.

" Tidur lagi rupanya " gumam Aisy perlahan.

Pakaian kotor dikutip lalu disumbatkan ke dalam bakul.

Aisy memerhatikan meja kerja milik Zahir yang berselerak dan tidak teratur itu. Terus kakinya melangkah ke meja tersebut dan mula mengemas fail-fail dan buku buku yang berada di atas meja tersebut dan diletakkan di atas rak.

Dahi Aisy berkerut .

Baru terlintas difikirkannya, bahawa Zahir bukan seorang yang akan membazirkan masanya untuk tidur di hari minggu . Perlahan lahan kaki mendekati tubuh yang berbalut dengan comforter itu.

" Zahir? " panggil Aisy. Tubuh lelaki itu ditolak perlahan.

" Za... " Aisy terdiam apabila tangannya menyentuh dahi Zahir yang panas itu. Demam? Patut lah senyap je. Selalunya pagi pagi dah menyakitkan hati orang.

" Zahir awak demam ni " Tutur Aisy perlahan. Bahu Zahir digengam namun pantas ditepis kasar oleh lelaki itu.

" Jangan sentuh aku " katanya perlahan. Aisy mengeluh . Sakit sakit pun nak ego lagi. Bilalah nak berubah lelaki ni?

Tangan Zahir dikeluarkan dari comforter dan jari telunjuknya dihalakan ke arah iPhone 8 yang berada di atas meja sisi katil .

" Call kan Hanna untuk aku " Aisy akur telefon tersebut diambil , call log dibuka. Name contact 'sayang' ditekan dan telefon tersebut disua ke bibir Zahir.

Loud speaker dibuka.

" Hello sayang? Kenapa call? Rindu i ya? " Suara Hanna mula kedengaran di corong telefon.

" Hanna " Zahir bersuara lemah.

" You okey ke tak ni? Kenapa suara macam lemah semacam je? " soal Hanna yang kedengaran agak cemas.

" I demam, boleh you bawa i pergi klinik? " Pinta lelaki itu. Aisy kemam binir. Aku yang tercongok depan kau ni tak nak mintak tolong pula!

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now