Chapter 36 : Forgive me
ZAHIR menggengam erat tangan Aisy , sudah dua hari gadis itu terbaring kaku. Wajahnya yang lebam dipandang lama , tangan naik meyentuh bibir Aisy yang pecah akibat ditampar oleh Sein.
Gagalkah dia?
" Ab-bang " Zahir mengangkat wajahnya apabila terdengar suara Aisy memanggilnya.
" Aisy? Sayang? " pipi Aisy diusap lembut .
Perlahan-lahan Aisy membuka matanya. Mata milik Zahir menjadi tatapan. Bibir mengukirkan senyuman. Rasa seperti bermimpi.
" Sayang " Panggil Zahir lagi
Aisy cuba untuk bangun dari perbaringannya namun dihalang keras oleh Zahir. Perutnya yang masih kempis itu diusap perlahan.
" Anak ki-ta? " Air mata Aisy mula mengalir dipipi apabila peristiwa terakhir dimana perutnya disepak oleh Sein terlayar di dalam fikirannya .
" Shh don't cry , anak kita selamat sayang . Anak kita selamat " Kata-kata Zahir terus membuatkan Aisy teresak-esak. Tidak dapat dia gambarkan jika terjadi apa-apa dengan kandungannya.
" Aisy, maafkan abang . Abang gagal lindungi Aisy sekali lagi. Abang suami yang teruk , abang tak akan maafkan diri abang kalaj jadi apa apa pada Aisy dan anak kita " Zahir menangis.
Aisy terkedu.
Pertama kali dia melihat lelaki itu mengalirkan air mata kerana dirinya. Pentingkah dia di dalam hidup lelaki itu?
" You cry " Aisy mengesat pipinya Zahir yang sudah dibanjiri air mata.
" Sini " Aisy mengesot ke tepi dan memberikan Zahir ruang untuk berbaring disebelahnya. Tubuh Zahir dipeluk erat , haruman lelaki itu membuatkan jiwanya berasa tenang dan selamat.
Ubun -ubun Aisy dicium .
" Thanks for everything " bisik Zahir perlahan ke telinga Aisy.
" Terima kasih sebab dari awal sampai lah sekarang, Aisy tak pernah berputus asa untuk cintakan abang. Terima kasih kerana tak berhenti mengejar cinta abang.. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan sikap abang . I love you Aisy Annara "
" Kenapa sweet semacam ni? " soal Aisy hairan.
" Aisy tak bangun dua hari , abang risau sangat sangat tau. Kalau jadi apa apa pada Aisy macam mana? " Zahir melepaskan keluhan kecil.
" Aisy kan dah bangun, nak risau apa lagi? " kepala Aisy disandarkan pada dada bidang milik lelaki itu.
" Lain kali kalau ada apa apa jangan nak tunjuk hero sangat , awak tu perempuan. lembik pulak tu ada hati pergi selamatkan orang lain sorang sorang , gigit nanti tahu la " hidung mancung Aisy dipicit oleh Zahir membuatkan gadia itu mengaduh sakit.
" Baik lah Encik suami. Tuan hamba menurut perintah "
AISY memeluk tubuh Zahir yang terduduk lemah di birai katil erat. Dah dua tiga kali lelaki itu ulang-alik masuk bilik air. Dia yang Mengandung orang lain pula yang kena alahan.
" Alahai kesiannya suami Aisy ni " kedua belah pipi Zahir dicium . Perut Aisy yang sudah membulat itu di usap perlahan oleh Zahir . Kini kandungan Aisy sudah berusia 6 bulan tinggal 3 bulan saja lagi mereka berdua akan bergelar mummy dan daddy.
" Abang nak makan? Aisy boleh masakkan? " Zahir menggelengkan kepalanya. Tangan nya masih tidak berhenti mengusap perut Aisy. Makin hari makin berseri wajah Aisy . Pipi naik, jari tembam. Aduhai tergugat iman cik abang.
Tubuh Aisy ditarik ke dalam dakapan Zahir. Aisy terduduk diatas peha lelaki itu. Aisy layankan saja manja suaminya yang makin lama makin menjadi-jadi manja dia.
" Aisy ni makin lama makin comel lah, geram je abang tengok " Dagu lelaki itu ditongkatkan pada bahu Aisy.
" Abang jangan nak mengada eh " Zahhir tersengeh nakal.
" Takkan lah tak boleh? " Dahi Aisy berkerut. Ada juga yang kena hempuk nanti.
" Kalau tak sayang anak buat lah " Zahir senyum sampai ke telinga apabila melihat Aisy bercekak pinggang di hadapannya .
" Lepas baby lahir kita buat lagi okay? Abang nak 10 tau. Aisy sanggup bagi tak? " Keluhan berat dilepaskan.
" Ingat Aisy ni mesin buat anak ke apa? Yang ni pun belum keluar lagi ada hati mintak banyak-banyak " Pipi Zahir dicubit kasar.
" Sayang tak nak scan ke? " pantas Aisy menggelengkan kepalanya.
" Tak nak, tak surprise lah nanti " Zahir menggangguk .
" Abang , jom keluar? Aisy teringin nak makan takoyaki lah " Zahir tergelak kecil. Macam manalah badan tak debab. Makan je kerja dia.
" Siap cepat " Aisy menjerit suka, pantas leher Zahir dirangkul kemas dan..
Cup!
Mata Zahir membutang dengan tindakkan luar kawal Aisy. Makin hari makin unpredictable isteri aku ni haihhh nasib sayang. Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh bibir yang baru saja dikucup oleh Aisy.
Nakal!
To Be Continued,
Tinggal lagi dua tiga chapter je. Malas nak extend lebih lebih cerita ni sebab kalau aku buat Zahir ni jadi romantik takut semua naik meluat pulak HAHAHAHAHA
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...