8 | liar

12.3K 717 31
                                    

Chapter 8 ; liar







LANGKAH Aisy terhenti apabila matanya dapat menangkap tubuh seseorang yang sangat dikenalinya.

" Mama.... " Aisy berjeda. Wanita itu menghampiri nya.

Terus saja tubuh Aisy didakap wanita itu erat. Aisy mengerti mengapa wanita itu memeluknya. Sudah tentu wanita ini tahu apa yang sedang berlaku.

" Aisy sihat? Kenapa mama tengok Aisy makin kurus ni? " wajah Aisy dibelek belek nya. Aisy tersenyum kelat. Macam mana lah nak makan kalau masalah pun menimbun..

" Mana kak Zera? "

" Dia pergi parking kereta . Aisy, mama ada banyak sangat benda nak bincang dengan kamu. Pertama sekali, mama nak minta maaf pasal Zahir.... " ucap wanita itu sayu.

Aisy memandang ke arah Datin Aisha yang menundukkan wajahnya. Mungkin malu untuk menatap wajah gadis itu setelah apa yang anak lelakinya lakukan.

" Dah nasib Aisy Ma, Aisy redha " tipu Aisy. Sejujurnya hati perempuan mana je yang rela diceraikan?

" Zahir dah bagitahu mama yang kamu berdua... " Ayatnya tergantung.

Perlahan lahan kepalanya Aisy memgangguk. Makin laju pula air mata yang mengalir di pipi wanita itu. Aisy sebak.

" Mama sayang sangat pada Aisy, mama tak nak hilang Aisy. Kalau boleh mama nak Aisy jadi menantu mama sampai bila bila " tangis Datin Aisha .

" Dah tak ada jodoh ma, lagipun tak ada guna Aisy fight kalau Aisy sorang je yang sayangkan Zahir wahal hati Zahir sayang pada orang lain " Aisy tersenyum kelat. Perit. Terlalu sakit untuk berpura pura kuat di hadapan orang.

" Zahir dah bagitahu semua pada kami semalam , dia dengan Hanna akan berkahwin dalam masa yang terdekat " Aisy tersentak .

" Keputusan zahir muktamad " semua memandang ke arah Zahir tajam.

" Kamu ingat anak dara orang tu patung ke Zahir? Suka suka hati nak campak buang macam tu je? " Marah Datin Aisha. Dia tak sangka yang anak lelakinya berperangai seperti itu.

" Zahir tak peduli, dari dulu Zahir dah warn papa dengan mama yang Zahir tak nak memperisterikan dia, tapi siapa yang berkeras juga nak Zahir kahwin dengan dia? " Suara lelaki itu naik seoktaf.

" Tapi kenapa kau mesti ceraikan dia? Kenapa kau tak bermadu je? " Zahir tersenyum sinis kepada kakaknya.

" Easy, sebab aku tak mampu berlaku adil. Lagipun aku tak pernah cinta kan perempuan tu, jadi buat apa aku simpan dia? " Azera ketap gigi. Dasar lelaki.

" Apa yang kamu nak bagitahu umi dengan Walid Aisy nanti? Tergamak kamu malukan kami Zahir? " Kali ini Dato Zafri pula bersuara. Sungguh dia kecewa demgan perlakuan Zahir yang tak semenggah itu.

" Whatever it is, sebulan dari sekarang Zahir dan Perempuan tu akan bercerai secara sah "

" Kau binatang " gumam Azera geram.

" Apa apa je lah kak , aku boleh jadi setan kalau kau nak. Aku dah penat. Please kalini bagi aku peluang untuk cari kebahagiaan aku sendiri "

Zahir berlalu pergi meninggalkan mereka diruang tamu yang masih diam membisu.



AISY tersenyum buat kesekian kalinya. Dia harus menunjukkan bahawa dia bukan seorang perempuan yang lemah.

" Aisy tahu yang Zahir memang tak akan pernah cintakan Aisy. Aisy dah lama tahu pasal hubungan Zahir dan Hanna. Sebelum kami kahwin lagi " Datin Aisha dan Azera memandang ke arah Aisy serentak.

" Kenapa Aisy tak bantah? " soal Azera.

" Sebab Aisy tak nak hampakan Umi, walid, mama dan Akak. Aisy buat semua ni untuk kebaikan Hayla juga dalam masa yang sama Aisy sayang kan Zahir " Aisy tersenyum apabila dia terkenang kembali saat kali pertama dia melihat Zahir.

" Tapi kita hanya boleh merancang dan Allah yang menentukan semua " mereka terdiam mengiakan kata kata Aisy.




























ZAHIR memandang ke arah Nazhan yang dari tadi tak habis habis merenungnya tajam macam nak tembus tempurung kepala.

" Apa lagi Naz? Ye aku tahu kau tak puas hati, tapi ini soal hidup aku, kebahagiaan aku! " Zahir bersuara.

" Habis kau fikir tak pasal kebahagiaan Aisy dengan Hayla? Empat tahun weh, tak akanlah kau tak pernah tersuka dia " pantas Zahir menggelengkan kepalanya.

" Tak, aku tak suka dia dan aku benci dia " Kata Zahir dengan penuh keyakinan.

" Kau pasti? " Nazhan mengangkat sebelah keningnya seolah olah tahu bahawa manusia di hadapannya itu berbohong.

Zahir kemam bibir.

" Kau ni kenapa Naz? Kau kawan aku tau! Kau patutnya support aku bukannya backup perempuan tu " Marah Zahir. Apa punya kawan lah macam ni. Bikin kepala otak orang stress je.

" Sorry Bro, walaupun kau kawan aku tapi aku tak akan sokong orang yang nak runtuhkan masjid sendiri " balas Nazhan sarkastik dan terus melangkah keluar dari pejabat Zahir.

Zahir terkedu.





To Be Continued,

Vote & comment

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now