(p/s : play media)
Chapter 5 ; Her Silence
SEHARIAN Hayla berkurung di dalam bilik, bila disoal sepatah jawab sepatah , disoal berpatah patah lagi lah... Sepatah haram pun tak dijawab .
Pintu bilik Hayla ditolak perlahan oleh Aisy. Gelap gelita dan sejuk. Apa masalah anak gadis nya itu? Aisy bingung.
" Hayla... Jom kita makan " Ajak Aisy riang seperti seperti selalu. Namun Hayla masih statik. Aisy tidak dapat melihat wajah Hayla kerana ditutup dengan comforter.
" kenyang " balas gadis itu sepatah.
Dahi Aisy berkerut. " tapi Hayla tak makan dari balik sekolah lagi. Hey kenap— " belum sempat Aisy menghabiskan ayatnya Hayla memintas.
" Ngantuk, nak tidur " Aisy memgangguk faham mungkin anak gadis nya itu datang bulan itu yang moody semacam tu.
Pintu bilik Hayla ditutup rapat sebelum dia melangkah ke dapur untuk menyimpan lauk di dalam fridge. Bahu Aisy sedikit terhinjut apabila terdengar bunyi pintu utama dihempas kasar.
" Zahir? "
Bayangan Zahir kelihatan apabila lampu ruang tamu di buka. Lelaki itu mencampakkan beg bimbitnya ke atas sofa. Butang kemeja paling atas dibuka, neck tie dilonggarkan .
" Nak makan? Saya boleh panaskan lauk " baru saja Aisy ingin melangkah, Zahir bersuara.
" Can you stop this bullshit thing? accept the fact hat nothing can change my heart. Accept the fact that i will never love you . Aku dah jumpa lawyer siang tadi. Sebulan dari sekarang , muktamad "
Aisy mengumpul kekuatannya untuk membalas semula kata kata lelaki itu.
" Yes, i know... Tapi saya masih isteri awak selagi mahkamah tak bagi kata putus. Dan saya dah redha Zahir ,saya pun dah penat nak kejar cinta yang tak akan pernah saya dapat " Aisy terus melangkah pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.
Hayla yang mencuri dengar perbualan mama dan babanya menangis. Dia tidak mahu kehilangan salah seorang daripada mereka .
Pagi itu,
" Hayla , luggage siapa dekat depan pintu tu? " Soal Aisy yang sedang menuangkan susu ke dalam cawan.
" Hayla punya, lepas amik Hayla nanti... Hayla nak mama tinggalkan Hayla dekat rumah tokmi " Zahir dan Aisy berpandangan seketika dan memandang ke arah Hayla pula.
" Kenapa ni Hayla? Hayla sunyi ke sebab baba dengan mama busy kerja? " soal Zahir namun gadis itu tidak menjawab.
" Tak apa lah , pagi ni Hayla pergi dengan baba ka— " kata kata Aisy pantas dipintas laju.
" Tak ,Hayla nak pergi dengan mama " Aisy hanya menurut saja kehendaknya anak manjanya itu. Selesai mengemas barang di dapur dan menyiapkan bekal buat Hayla. Tas tangan berjenama Louis Vuitton dan kunci keretanya di capai lalu menuju ke kereta.
" Hayla, hey what's wrong with you my little princess? " Hayla tersenyum senget.
" Ask your self, what's wrong with you baba? " Kata Hayla dingin dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri. Kereta Aisy keluar dari perkerangan rumah.
Zahir merenung Hayla melangkah pergi.
" INI bekal Hayla, nanti mama hantar beg Hayla dekat rumah tokmi . And sayang I'm sorry sebab lunch nanti mama ada hal so Uncle Airel akan amik Hayla tau " Hayla hanya mengangguk lemah.
Wajah mamanya yang sedang tersenyum itu dipandang lama sebelum dia keluar dari Kereta dan menuju ke kelasnya.
Aisy mengeluh kecil. Hayla-Hayla kenapa la dengan awak ni ... Kereta Aisy terus dipandu ke rumah puan Suraya.
" TAK tahu la Aisy , umi bolehkan tengok tengokkan Hayla untuk Aisy dalam dua tiga harini? " Puan Suraya tersenyum nipis.
" Kenapa tak boleh pulak Aisy, Hayla tu cucu Umi juga. Arwah pun ada amanahkan umi untuk tengok tengok kan dia " Aisy terdiam apabila puan Suraya mengingatkan nya kepada arwah.
" Aisy rindu kak Aya Umi " rintih Aisy. Puan Suraya turut merasakan perkara yang sama seperti Aisy.
" Umi, Aisy dah gagal ke nak besarkan Hayla? Aisy tak tahu Umi , Aisy tak kuat... " Aisy menangis di dalam dakapan Puan Suraya.
" Aisy sabar ya sayang, Aisy tahukan bukan semua manusia bertuah macam Aisy. Aisy tahu kan Allah sayang sangat dekat Aisy sebab tu dia uji Aisy " tenang Puan Suraya berbicara.
" Tahu Umi ,tapi sakit sangat... Aisy sayang Zahir Umi , tapi dia.... " Aisy tidak mampu untuk menyambung ayatnya. Esakkan semakin menjadi jadi.
" Ya sayang Umi faham, tak ada siapa pun yang rela untuk diceraikan. Tapi Aisy kena tahu, yang perancangan Allah tu adalah yang terbaik " Aisy mengesat air matanya. Kemudian tersenyum segaris ke arah Puan Suraya.
" Okey lah Umi ,Aisy pergi kerja dulu. Jagakan Hayla untuk Aisy ya? " Puan suraya mengangguk perlahan dan menghantar pemergian Aisy bersama senyuman manis.
Sepanjang perjalanan ke office, Aisy cuba untuk mengawal rasa sebaknya namun dia tidak berdaya. Kereta diberhentikan ditepi jalan terus dia menghamburkan tangisan sepuas-puasnya.
Maafkan Aisy kak Aya.... Maafkan Aisy...
To Be Continued,
Lepasni kita expose siapa Hayla sebenarnya okey, jangan pusing pusing.
Vote and comment.
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...