6 | pathetic me

12.5K 702 17
                                    

Chapter 6 : pathetic me







FIKIRAN Aisy sudah melayang jauh memikirkan apalah yang akan terjadi dengan nasibnya selepas dia dan Zahir bercerai nanti. Orang pertama yang akan terkesan dengan penceraian itu ialah Hayla.

Hayla sangat menyayangi Zahir. Sukar untuk Aisy ungkapkan tahap keakraban mereka. Dan berat juga hati Aisy untuk memberitahu Hayla akan perkara yang sebenarnya.

Dia tak mampu.

Masih segar lagi dalam ingatan Aisy riaksi Hayla apabila mereka terserempak dengan Zahir dan Hanna beberapa tahun yang lepas.

" Mama , tu kan baba? Mama sapa perempuan dengan baba tu? Mama kenapa baba tak jalan dengan kita? " segala pertanyaan anak gadis itu hanya dibiarkan sepi .

Perkahwinan yang terbina atas permintaan dan aturan keluarga yang pada mulanya Aisy sendiri membantah, namun apabila melihat saja wajah Zahir buat kali pertama tembok egonya runtuh.

Dia yakin pada ketika itu Zahir mampu membahagiakan Hayla dan juga dirinya sendiri namun apakan daya harapan tetap tinggal harapan. Kini baru Aisy sedar bahawa dia silap. Mengahwini lelaki yang tidak mencintai dirinya adalah suatu penyeksaan.

Cinta Aisy bertepuk sebelah tangan. Zahir cinta hanya pada cinta pertamanya, Hanna Damia. Seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, berbudi bahasa, dan sangat tertib orang nya. Siapa saja yang tidak tertarik dengannya?

Walaupun Hanna tahu yang Zahir sudah berkahwin , Tapi mengapa? Mengapa Zahir juga yang menjadi pilihannya? Mengapa? Mengapa Zahir juga yang mahu direbutnya?

Aisy bungkam.

Sudah tentu dia tidak mampu untuk melawan daya tarikan Hanna. Zahir sudah melarang dan mengingatkan dirinya bahawa dia tidak setanding dengan Hanna.

" Kau bodoh Aisy " gumam Aisy sendiri lalu tersenyum segaris.

" Aisy are you okey? " sapa satu suara yang tidak asing di telinganya.

" Oh Tengku, tak ada apa. Saya okey " balas Aisy acuh tak acuh. Tangan kelam kabut mencapai ipad mini yang berada didalam tasnya .

" Mind to share? " Aisy tergelak kecil.

" What's so funny Aisy? Come in, you need some privacy " ajaknya. Pintu Office yang sudah terkuak 45 darjah itu dipandang lama sebelum nafas berat dihela.

Mahu atau tidak, dia tidak mampu untuk melawan.

Aisy duduk berhadapan dengan boss nya itu. Awkward moment happened. Dia pandang Aisy, Aisy pandang dia. Ok what's going on...

" You can tell me everything " Pantas Aisy menggelengkan kepalanya. Gila ke nak bagitahu masalah rumah tangga dia dekat boss, fuh memang tak lah.

" You don't need to be 'segan' with me , I'm promised that i will be the good listener ever " why bother? Omg boss... Alahai.

" I heard that you and Zahir are going to... " ayatnya tergantung. Aisy mengeluh berat. Ini semua mesti dari mulut makcik makcik bawang. Sah!

" Yes, saya dengan dia dalam proses untuk bercerai " Kepala lelaki itu terangguk-angguk.

" How about you and Hayla? Are you guys going to be okey? " soalnya perihatin. Oh tolonglah boss. Am i look so pathetic?

" Nak tak nak itu yang saya dan Hayla akan lalui. Saya dah buntu, saya dah give up, terima kasih sebab Tengku sudi dengar masalah saya, tapi saya tak mahu nampak lemah di mata sesiapa terutama di mata Hayla . Thanks " Jawab Aisy dan terus melangkah keluar dari pejabat lelaki itu.

" Aisy, Aisy... It's doesn't matter how strong someone is, everyone's Heart is still fragile " kepala digelengkan.




























" DUDUK lah Aisy, aku amik air kejap " Aisy memgangguk perlahan kepalanya dan duduk di atas sofa di ruang tamu.

" Haaa nah, milo panas untuk kau. Sejuk kat luar tu dari petang sampai sekarang tak berhenti lagi hujannya " Faya meletakkan mug yang berisi milo panas di atas meja.

Wajah Aisy yang kelihatan mendung itu diperhati lama. " hey kau okey tak Aisy? " soal Faya risau.

Terus terhambur tangis Aisy. Faya tergamam apabila wajah putih melepak milik Aisy bertukar merah dan dibanjiri air mata.

" Hey kenapa ni? Cuba cakap dengan aku? " Aisy mencapai tasnya lalu mengeluarkan sehelai sampul surat. Faya terus merampas surat tersebut lalu dibacanya sepintas lalu.

Terus tubuh Aisy dipeluk erat. " Faya... Semuanya akan berakhir tak lama lagi " rintih Aisy. Dia sudah hilang kekuatan nya untuk berdiri sendiri.

" Sabar lah Aisy, ada hikmah disebalik ujian ni. Kau sabar banyak banyak ya? " pujuk Faya.

" Dah malam ni? Kau tak balik rumah ke? Hayla mana? " soal Faya hairan apabila Aisy datang ke rumahnya malam malam begini. Jarang Aisy nak tinggalkan Hayla sendirian di rumah.

" Hayla tidur rumah Umi " dahi Faya berkerut.

" Faya aku rasa Hayla dah tahu pasal ni, aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia, aku tahu dia tak dapat terima semua ni sebab dia terlalu sayangkan Zahir... "

" Wait kau nak kata yang Hayla ni lari dari rumah ke apa Aisy? " Faya mengangkat sebelah keningnya.

" sort of "

Terus terhambur ketawa gadis itu. Entah apa yang lawaknya pun tak tahu la si Faya ni.

" Apa yang lawak Faya, eeeei aku tengah sedih ni tau. baru nak berdrama kau ni potong betul " Aisy mencebik dan turut ketawa bersama dengan Faya.

Mungkin sekarang aku mampu bergelak ketawa, dan aku yakin selepas hari itu tiba... I don't be able to smile anymore.





















To Be Continued,

So far okey ke tak? Belum terlambat nak unpublished ni...

Vote and comment

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now