[ MEDIA : AISY ANNARA ]
Chapter 26 : Date?
BEKAS makanan yang diletakkan didalam beg kertas diatas meja makan dicapai oleh Aisy lalu melangkah ke luar rumah. Kereta mini cooper bewarna biru milik Laura didekati.
Sebulan berada di rumah Harry , terlalu banyak perkara yang berlaku dan hubungan Harry dan Aisy bertambah akrab. Laura juga senang melihat adiknya yang kini sudah mula berjinak-jinak untuk mengenali perempuan lain selain dirinya.
Kereta terus dipandu ke pejabat Harry yang terletak berhampiran dengan ladang teh . Tempat yang akan menjadi ‘ port kegemaran ’ Aisy setiap kali balik dari office lelaki itu.
Masuk saja ke dalam banggunan itu, Aisy disapa oleh Mariana yang bertugas sebagai receptionist di banggunan tersebut. Melihatkan senyuman yang terhias pada wajah manis milik Mariana, Aisy turut tersenyum senang.
" Good afternoon Mrs Harry to be " usiknya.
" Haish , apalah awak ni Mariana. Saya dengan Tuan awak tu kawan saja. Tak lebih " Balas Aisy . Akibat selalu digelar Mrs Harry oleh Mariana , habis berjangkit satu banggunan memanggilnya dengan panggilan tersebut.
" Alaaa , kalau iya pun kami tak kesah la Aisy. Awak dengan Tuan tu sepadan sangat! Macam cincin dengan permata, lagipun awak ni bertuah tau. Bukan senang Harry Jayden nak rapat dengan perempuan " Kata Mariana lagi membuatkan Aisy mencebik.
" Dah dah, kalau saya layan awak. Alamatnya tak makan lah Harry nanti. Saya pergi dulu " Pamit Aisy dan melangkah pergi.
Sampai saja di aras 7 dimana terletaknya office Harry , Aisy disapa oleh Personal assistant lelaki itu , Arine Olivia " Hi Aisy , you sampai tepat pada masanya! Harry tengah tunggu you , lapar sangat dah tu "
Aisy hanya tersenyum segaris. Pintu bilik Harry dibuka perlahan membuatkan lelaki itu mendongak dan memandang ke arah pintu.
" You are late " Katanya sambil memberikan wajah tak beriak kepada Aisy.
" Sabar lah , ingat saya terbang ke apa? Nak cari parking pun makan masa sampai 15 minit , lepastu jalan kaki masuk banggunan, Hi-sana Hi-sini , tunggu lif lagi– " Terus Harry mengangkat tangannya apabila Aisy mula membebel benda yamg mengarut-ngarut. Perut yang sudah berkonsert itu diusap perlahan.
" Okay , cut the crap. Baby aku dah lapar ni " Kata Harry. Tawa Aisy terus meledak. Harry yang berada dihadapannya kini adalah 100% berbeza dengan Harry sebulan yang lepas.
Bekas makanan dikeluarkan daripada beg kertas dan disusun dihadapan Harry. Penutup dibuka dan serta merta aroma Ayam masak merah by Chef Aisy terus memenuhi bilik lelaki itu.
" Baca doa dulu " pintas Aisy . Harry yang sudah memegang sudu itu kembali meletakkannya dan menadah tangan untuk membaca doa.
Selesai membaca doa, Laju saja suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Dan selepas itu terdengar bunyi ‘ ummmph ’ yang terhasil daripada Harry.
" Seriously , i need to find someone who can cook me any delicious things like this to eat everyday , someone like you but not you " Aisy menggulingkan bola matanya. Ada yang kena penampar pakai sudu nanti.
YOU ARE READING
1.0 | Bahagia Milik Kita ✔
Romance[ PREVIOUSLY KNOWN AS CINTA YANG TERAKHIR UNTUKNYA 2 ] [ C O M P L E T E ] " loving someone who doesn't love you similar to reach for a star . You know you'll never reach it but you just have to keep trying because who knows? it might fall " S t a...