30 | Keliru

12.2K 632 30
                                    

[ FIRST MEDIA : ZAHIR ADHA ]
[ SEC MEDIA : Play video dekat media tu untuk tambah feel semasa membaca ]

So semalam i baca korang punya comment which made my day! Ada dua tiga orang yang dapat teka dengan betul . So kalau nak tahu jawapan siapa yang betul , Keep on reading!  Enjoyyy

























Chapter 30 : Keliru

WAJAH Nazhan dipandang lama. Tiada senyuman di wajah itu bermaksud lelaki itu serious dengan apa yang dilakukannya. Terdengar dia mengeluh kecil.

" Kau ingat aku main-main? Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau Aisy? Kau yang nak sangat jumpa dia kan? Tunggu apa lagi? Masuk lah! Kau jangan sampai aku heret kau masuk dalam " ugut Nazhan apabila Aisy berdiri statik di hadapan pintu .

Aisy akur. Perlahan-lahan langkah diatur masuk ke dalam dan merapati sekujur tubuh yang terbaring di atas katil .

" Ke-kenapa? Macam mana boleh jadi macam ni Naz? "

Nazhan menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia mula menceritakan semuanya kepada Aisy.

" Seminggu lebih lepas kau kena culik , dia kena pukul . Dia call aku mintak tolong , tapi aku ingatkan dia main-main . Lepas tu ada orang call aku, dia cakap Zahir dekat dalam ICU orang jumpa dia tepi jalan . Doktor cakap hentakkan dekat kepala dia terlalu kuat . Dah sebulan dia macam ni disebabkan side effects daripada hentakkan tu " Aisy yang mendengar penjelasan daripada Nazhan memejamkan rapat matanya.

" Sebulan aku tunggu dia bangun , tapi sampai sekarang dia macam tu . Doktor kata Zahir juga mengalami kesukaran untuk bernafas dan 75 peratus bergantung pada Ventilator . Denyutan jantung kadang kadang naik, kadang kadang turun. Kebarangkalian untuk dia sedar dalam masa yang terdekat adalah mustahil , jadi berdoa lah banyak banyak supaya dia cepat sedar. Aku tak sanggup tengok dia macam ni , Zahir yang aku kenal bukan jenis yang senang untuk jatuh sakit. Zahir yang aku kenal kuat, bukan lemah macam ni " Nazhan sedaya upaya mencuba untuk menahan dirinya daripada mengalirkan Air mata.

" Aku tahu dia dah banyak buat kau sakit hati dengan perangai dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aku tahu dia dah banyak buat kau sakit hati dengan perangai dia. Dengan layanan dia, percakapan dia. Aku nak minta maaf bagi pihak Zahir , aku merayu dekat kau Aisy. Tolong maafkan dia , aku tahu dia sayangkan kau . Dah banyak kali aku paksa dia untuk lepaskan kau, tapi dia berkeras dan tetap dengan pendirian dia. Zahir keliru dengan hati dan perasaan dia sendiri. Dia sayangkan kau, tapi dalam masa yang sama dia terikat dengan cinta Hanna, cinta pertama dia, dia taknak sakitkan hati Hanna. Aku tahu dia tak boleh nafikan perasaan dia. Empat tahun duduk sebumbung dengan kau, mustahil bagi dia untuk tak jatuh cinta dengan kau Aisy. Aku kenal Zahir dah lama, aku dah cukup masak dengan perangai dia " Bicara Nazhan panjang lebar. Aisy hanya terduduk lemah di sisi Zahir dan mendengar luahan Nazhan dengan tekun.

" Dia pernah cakap dekat aku yang dia keliru , dia cintakan Hanna tapi dalam masa yang sama dia sayangkan kau . Bau rambut kau , pandangan kau , suara kau semua buat dia jadi tak tentu arah. Dia layan kau teruk sebab dia tak nak kau sedih kalau satu hari nanti kau dan dia terpaksa berpisah . Bila kau pergi dari hidup dia, aku sendiri yang nampak betapa tak terurusnya hidup dia. Dia jual rumah lama dia sebab dia taknak ingat lagi segala perbuatan kejam dia terhadap kau. Dia rasa berdosa sebab layan kau macam sampah " Aisy meraup perlahan wajahnya. Benarkah apa yang Nazhan sampaikan? 

" Okay lah Aisy... Aku balik office dulu , bila Zahir tak ada aku yang nak kena uruskan semua. Nanti malam aku datang balik. Kalau kau nak balik, balik lah. Pasal Zahir jangan risau nanti ada orang yang datang teman " Pesan Nazhan sebelum kakinya melangkah keluar dari wad tersebut .

Hanya bunyi pluse monitor yang kedengaran di dalam wad tersebut.

" Siapa? Siapa yang kejam sangat buat awak sampai jadi macam ni Zahir? Kenapa lama sangat awak tidur? Saya tunggu awak cari saya, bawak saya balik. Saya ingat awak dah bahagia dengan Hanna tapi rupanya awak tengah menderita dekat sini sorang-sorang " Aisy berusaha untuk tidak menangis , dia harus bertahan dan kuat di hadapan Zahir.

" Saya tak pernah berdendam dengan awak walaupun awak dah buat dekat saya macam-macam . Sayang saya pada awak tak pernah berkurang Zahir. Tak pernah " Pipi Zahir yang sejuk itu diusap perlahan.

" Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi lepas ni . Saya akan jaga awak sampai awak sihat. Please , jangan mengalah Zahir. Awak kena buka mata , awak kena bangun! Saya tahu awak boleh " Bisik Aisy perlahan ke telinganya.

" Awak tunggu sini sekejap ya? Saya nak pergi ambik wuduk. Saya nak solat asar , lepastu saya bacakan awak surah Yassin ya? " Tangan kekar lelaki itu diusap perlahan sebelum Aisy masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk.

Tanpa Aisy sedari,  air mata Zahir mengalir di pipi .









To Be Continued,

tak sedih pun kan😭😭? Agaknya Zahir akan sedar tak?

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now